Wednesday, July 8, 2009

Alam pekerjaan vs Zaman belajar


Bila umur sudah mula menjangkau hampir ke angka 24 pada bulan oktober nanti, terasa diri ni macam dah tua sangat. Zaman belajar pun sudah berlalu. waaaa..terasa cepat sangat masa berlalu! Sekarang nak masuk ke alam pekerjaan pulak. Betul la kata org yg 'makan garam' dulu dari aku ni bilang, bila kite suda bekerja, kite akan rasa zaman belajar lagi best and saat2 yg paling dirindui! Bile zaman belajar kite ada lg banyak masa nak luang kan bersama teman2 n tak banyak sgt komitmen yg nak di fikirkan selain belajar. Berbeza dgn zaman bekerja, jangan kan masa nak hang out, tapi masa nak minum petang n lepak2 dah terhad or nak bermesej2 pun dah tak berkesempatan. sadis! huhu~ Tapi elok juga bekerja selain kita dapat mendidik diri kita supaya lebih bertanggungjawab terhadap komitmen yg diberi serta menjadi manusia yg lebih berguna! ;) Kat bawah ni ada beberapa pendapat and kesimpulan yg hendak aku kongsi kan bersama mengenai tajuk entry kite harini. eceeeewaaaaahhhh~~;D

Pertama
Alam pekerjaan membuatkan 'body clock' kite kembali normal. Bangun awal pagi dan dipertengahan malam (10pm-11pm) mata dah start kuyu dan menguap. *mcm aku* ;D Kalau dulu masa belajar, pukul 11pm tuh malam kami 'masih muda' or 'baru bermula' dan kalau diwaktu pagi kalau bangun jam 10am tuh dah kira awal la! ;D

Kedua
Alam pekerjaan menjadikan kita amat menghargai masa dan berkira cuti hujung minggu, hampir semua perkara yg tak dapat nak dilaksanakan masa hari bekerja, akan dilakukan pada hari tersebut (sabtu & ahad) termasuk la bangun lewat sket. ;D Kalau dulu masa belajar, 'ala nanti bila time tak de class kita buat/pegi laa..'

Ketiga
Kerja office hour menyusahkan kita nak berurusan dgn pihak yg beroperasi office hour juga (Bank, JPJ dan pejabat kerajaan lain misalnya). So, terpaksa minta OFF atau cuti (kalau yg selamba punye org kua je time office hour tuh.hahaha~) dan selesaikan segala urusan sekaligus! Time belajar tak terikat dgn office hour dan byk lopong2 masa tiada class atau class cancel atau pontengggggggg....;D

Keempat
Time kerja ni dah takde cuti lame2. Dulu masa belajar, cuti semester lame sgt smpai tak ingat hari tu hari/tarikh ape..huhu~

Kelima
Kerja dapat ramai kawan. Termasuklah bangsa asing dan golongan peringkat umur muda, pertengahan or atasan. Perangai and telatah orang pun macam2 kite boleh lihat. Dari situ kite boleh lihat diri kite ni bole tak handle situasi and adapt dgn environment tmpat bekerja.


Keenam
Semasa kerja, kita sentiasa tetap belajar dan terus dipraktikkan. Berlainan dgn masa belajar dulu, hujung2 sem nak exam baru terhegeh2 nak diaplikasikan atau dimuntahkan! *aku la tu.hehe*

Ketujuh
Semasa zaman belajar dulu, kite selalu risau jika kite buat silap kerana ditolak markah or tak score. Tapi sekarang, kite amat risau buat silap kerana ianya akan effect pada kualiti kerja. (bila buat kerja tuh better ask if you are not sure yehhhh~)

Kelapan
Dah kerja ni jarang2 parents tanya 'ade duit ke tak?'.huhu. Tapi dah kene fikir tanggungjawab nak bagi duit belanja kat parents sebagai membalas jasa ibu bapa kite. Yang ada adik2 tuh kene la fikir responsibilities nak bg duit belanja kat mereka pulak bg mengurangkan beban parents kite. Selain tuh duit gaji kene disalurkan kepada pembayaran bills setiap bulan. haiiiihhh~

Kesembilan
Bila dah bekerja ni, kerja sekolah dah takde or kurang exam and assignments nak disettlekan. Yang ni amat2 la dirasai! ;D

Kesepuluh
Finally, kerja dapat GAJI! ;)


p/s: nak sibuk2 wish tahniah kepada Mr. Zul Azmi, Mr. Shahrizal a.k.a Mr. Kepochi..muakaka kerana suda bergelar pensyarah di UiTM Perak. *zul, aku teringin la nak masuk n belajar kat class ko n nak dgr student ko panggil ko abang. uwekk! wakaakaka. ;D* Plus tahniah to Helmy sbb jadi lecturer juge di Kolej UNIKOP *sumenye jadi lecturer.ade x yg keje lain selain lecturer dan kerja di bank if graduates from Math niii?? ngeee~* and belated congrats kepada Mr.Firdaus yg bekerja di Bank Islam (Assistant Manager tuh!! ;D). Juga kepada Azmira yg baru start keje this week sebagai fasilitator schoolnet..blog ni byk munge2 seswai same itu name blog saye .;D