Tuesday, March 29, 2011

Tak tau nak cakap macamane. Tapi ok tak?






Yunalis Zarai & Hana Tajima. Ok??
wakakakakaka


Faiqah : ni yunonis zoro ngan hani takjumpa. boleh? hahaha

Me : hahaha. bole la. name dh nk dokek samo dh tu.
ni versi klang punye. hahahaha. dush! dush!








bulat!!
haiihhhhh~
:D







Petty Arguments






Pagi tadi mase drive otw g keje,
dengar fly fm
topic pagi ni
"PETTY ARGUMENT"
Relationship Breaker? *aku saje tambah ayat ni*
hohohoho~ :D


How do u handle a petty argument?
How do you end one?
How do you behave after it happens?


Kenapa perlu ade petty argument tu?
To get more attention ke?
This is the WRONG way to get it,
"you never pay attention to me"

Starts an argument.
"I want to spend some time with you"
That will always get my attention.
Prolonged petty whiny arguments,
cause me to resist doing what I was asked
duhhhh~


Macam feedback yang aku dengar tadi,
sume macam nak blame perempuan
sebab perempuan ni suke membesar2kan isu
suke remeh2kan benda2 kecik
padahal benda tu tak la serius sangat
Itu enggak FAIR! enggak FAIR!


Bagi aku perlu bersikap macam tu,
tapi untuk certain2 case la
sebab lelaki ni lebih bersikap "TAK KISAH"
"ALAA..BENDA KECIK JE TU"


So perempuan la kene memainkan peranan penting
untuk 'tegas' kan sikap acuh tak acuh lelaki tu
bila lelaki dah terbiasa dengan sikap macam tu,
nanti bila ade benda2 penting pon,
dorang anggap sambil lewa je
bukan sebab suka membebel yeh
lain tu...no no no :D


Actually benda ni,
kira macam sikap saling ingat-mengingati sebenarnye
supaya partner kite tu tak alpa..ewah! :D

contoh :
kadang2 partner kite tu terlupa
tarikh anniversary perkahwinan ke
It's Important ok!
date tu something yang sentimental value kot!
tapi lelaki ni selalu anggap benda tu tak penting sangat
hohohoho~ :D
terlupa tarikh pon dah bole nak dijadikan isu
then start la petty argument tu..haaa



Aku nak share la sket kan isu from caller pagi tadi kat fly fm tu. That girl tu cakap, bf die kuar lepak dengan sorang girl ni kat Nilai. *takde tempat lain ke nak dating? tempat mcm kams jugak nak lepak..hahaha.mulot jahat! xpe..hati den baik..wekksss :D* just two of them. berdua saje. diulangi BERDUA sahaja. hahaha. saje nak caps lock 'BERDUA' tu. :D pastu gf that guy tu call la die. from 8.00 pm till 1.00 am bf die tu tak pick up the phone. Gf die tu argue la, if just kua2 lepak, nape tak bole nak angkat phone. pick up je la. Dorang argue2 sampai la dorang end up the argument dengan break up the relationship. Pastu si batu api DJ BEN fly fm ni pon cakap "Just because of that u guys end up the relationship?" hahaha. See! si ben tu nak cakap la yang benda tu small matter je. bole solve. tak payah la sampai nak break up. Pastu caller tu pon cakap la..it's been six years dorang couple, die dah tak tahan lagi dengan perangai bf die tu plus before this bf die tu pon pernah flirt dengan girl lain. Finally, she's find out after a week they broke up, ex-bf die tu couple dengan girl yang die kuar dating kat Nilai tu. What???? WTH!! WTF!!! hahaha. DJ Nadia pon support la that girl. die cakap "Yes! u should break up with your bf and go find another better man. You go girl!" hahaha. I AGREE!!! :D




p/s : im usually not the one to stop the argument first, but if I realize that its completely pathetic, all I say is "you know what ? you're right." that's all. it might be hard because of your ego, but inside you'll know that you're the smarter one ;). But, lately ni aku dah jadi macam cool sket. Cakap pon elok2 je. haha. Aku bersikap lebih mengalah. lebih2 dengan kakak aku.(depends on situation :D). Tengok! adik mengalah dengan kakak. ngeee~



-Fin-





Monday, March 28, 2011

Kenapa cinta susah datang?







Kenapa cinta susah datang?
Walau mata sudah bertentang,
Walau hati sudah bergoncang,
Walau Sayang sudah terbentang,

Kenapa cinta susah datang?
Bila kekusutan selalu dikongsi,
Bila sayang sama berbahagi,
Bila melodi bertukar ganti,

Kenapa cinta susah datang?
Walau hati menggigil menahan rindu
Walau wajahmu tak terpadam dihatiku
Walau hatiku seakan-akan milikmu

Kenapa cinta susah datang?
Bila hati mula tak keruan,
Bila pertanyaan jadi soalan,
Bila jawapan jadi pertaruhan,

Kenapa cinta susah datang?
Walau ia ujian kesabaran
Walau jodoh bukan ketentuan
Walau ini kehendak tuhan



Diantara komen & pendapat yang diterima berdasarkan tajuk entry ni

dia xde transport kot nak dtg

sesat jalan

kaki dia tempang ekk

susah nak dtg sebab byk halangan

mcm lari berpagar ekk

naper jwpn kami salah ekk?

sebab tuan rumah pun takde jawapan

mmg dia xdek jwpn... klau x buat apa dia bukak soklan

lari dalam guni kot
atau lari sambil bawa telur dlm sudu

bukan bawa bola celah lutut ekk

mukannnnnnnn
celah lain kot

sebab tengok jeee, panggil tak jugak. macamana nak datang!


Bongok2 je komen yang aku baca
hahahahaha
Main2 plak dorang ni..
Ini serius tahu!!
:D





Ade yang bagi jawapan yang serius macam kat bawah ni :

Kenapa cinta susah datang?
cinta datang kekadang tak terduga
cinta tak boleh dipaksa2
aku cinta dikau tak cinta
dikau cinta aku tak cinta
aku cinta dikau cinta
pun tak menjamin cinta menyatukan kita
cinta datang, cinta pergi
cinta nan tidak kekal abadi

pandai la u ni...
suka jawapan jujur ni...
hahahaha..JIJIKSS!






Lumrah Hidup






Life is about choices..
Sume benda pun ade pilihan..
And harus di pilih..
Jangan kate kite tiada pilihan
jika kita memang tersilap langkah
memang kite pilih untuk buat salah
jangan salahkan sesiapa


Tentang pangkat & kuasa
bila seseorang tu berada di atas n berkuasa
sentiasa lupakan orang di bawah
di mana sifat rendah diri n friendly yang dulu
semasa engkau berada di bawah?
kenapa tak bole nak maintain kan sifat tu?


Tentang kesungguhan & komitmen
ape yang aku amati
seseorang tu bersemangat pada sesuatu benda,
bila berada di tahap permulaan je
lepas dah dapat, die buat dek.
macam dah bosan
contoh macam nak tackle awek la
bile belum dapat, bersungguh nye ambik hati
caring nak mampos
hari2 mesej & call
Bila dah jadi hak milik,
ape yang dibuat masa nak ngorat tu, sumenye hilang
Macam tak ambik endah sangat.
Nape macam tu eh? hmmm~

same jugak la dengan career,
mula2 lapor diri, memang semangat ni nk mulakan keje baru
bila dh masok setahun, dua
rase macam boring sebab hari2 buat keje yg same
macamane nak kekalkan sifat kesungguhan tu hingga ke akhir?
haiiihhhhh~




Kate2 daripada Mast budak baik :D


Tentang bahagia.
Kau sendiri yg kena tentukan.
Kau sendiri yg kena pilih.

Tentang gembira.
Pun sama.
Kau la pemilih utama.
Xde sape boleh paksa kau jd gembira.
Kalau kau sendiri xnak gembira.

Bercinta sampai 10 tahun pun belum tentu kau akan bahagia.
Belum tentu ko akan bersama.
Betul.. Aku dah tgk n dengar banyak kes.

Teruskan hubungan sebab nak jaga hati.
Teruskan sebab kesian..
Sudahnye..
Kau jugak yg seksa..

Dah la..
Lupekan sume.
Move on.

Yg penting kau gembira.
Kau tu bahagia.

Paham?

Hidup aku simple.
Aku buat benda yg aku suke.
Aku xkan buat benda yg aku xsuke walaupun org lain suke.

Hidup kite, biar kite tentukan.
Jgn bg org lain tentukan.
Sebab kalau apape jd, kite tau, tu la pilihan kite.
And kite xkan salahkan org lain..

Xbaik tau~


SETUJU!!!!!!




Saturday, March 26, 2011

Glee Mix


Check this out bebeh
Suke la lelaki yang bole nyanyi live performace
macam dlm cite glee ni
nampak Cool~
(ok dyla..sila bertaubat drpd terus menerus jd gedik! haha T_T)











Gwyneth Paltrow sangat gojes!
bole tahan la suara die
lyrics 'her' tu di tukar kepada 'him'
baru la girl power bebeh..*wink2* :D











cute sangat..
sweet je die nak approach that girl..aww~ :D








Ok. dah la..
yang lain2 tu pandai2 korang la search sendiri kat youtube
hahaha
or tengok la kat starWorld sane



Selingan saje suke2 (part 1) :

Baru2 ni Ain ade mintak tolong urut bahu die. Aku pun picit2 la bahu die tu. Tengah picit2 tu tetibe die gelak2. "Eh..dyla..dah2...naik bulu roma wei ko urut". hahahahahaha. mengong la budak ni. aku urut je kot bukan buat ape pon. Memang ngok! :D


Selingan saje suke2 (part 2) :

hari tu aku & Ain ade ajak Faiz join tengok Charity Choir.
Aku : "Faiz, jom kite pegi tengok ni" (sambil tunjuk poster).
Faiz : "ape tu?"
Aku : "Alaa..penah tengok Glee tak? performance die lbh kurang mcm tu la."
Faiz : "Tak nak la..I GELI la nak tengok benda2 macam tu.hahaha".

adoi..bongek betol la ia tuh..hahahahaha.










Kali kedua



Di pagi jumaat penghulu segala hari, orang kate permulaan hari yang baik lg mulia kan. Tapi permulaan hari jumaat aku semalam macam tak berapa nak baik.


Selama ni aku kalau parking kete memang superb n cantik je. wawawawa :D Tapi semalam ntah macamane, boleh pulak tayar kete aku teringin sgt nak bercium dgn divider kat jalan depan office tu. Ni kali kedua ok rim tayar calar. 1st mase kat selekoh section 7 dulu. Wahai hadyla, awak ingat ni macam dalam cite fast & furious ke woi! hahaha. lepas dah menyeretkan tayar kat divider jalan tu, aku pon buat muka toyer sambung drive je macam biase. Malu bodow. hahahaha. Mase tu dah la ade mamat hensem kat belakang kete aku. lepas die potong kete aku tu, senyum2 plak die. nak gelak kan aku la tu. tampor nak? seb hensem. tak jadi hati tu nak mara. sejuk balik hati.wakakakakaka. gile~~ :D


Okey2. sambung balik cite asal. Mase kejadian berlaku, si Faizul n Wak tengah syok2 bercerita kat depan office tu, terus terdiam. Muka dorang tekejot gile babeng ok tengok aku seret divider tu. Serius tak bole tahan aku nak gelak tengok muka dorang. (orang cuak kan kete accident, tapi aku bole nak gelak2 n relax je. Memang nak kene sepuk! hahaha). Terus aku suruh Jess keluar tengok keadaan tayar kete.

Jess : "calar sket la dyla rim tayar depan ni. Divider ni pecah".
Aku : "haaa?? serius la pecah? rase macam tak kuat je langgar tadi" kih3.

Mase tu ade jiran office sebelah tengah lepak2 kat luar pon siap terkejot okey. Aku duduk lame sket dalam kete, baru la aku kuar. Tunggu jiran sebelah office tu masuk office dulu. sumpah aku malu! hahaha. bengong laa~ Dalam kawasan Intekma pon bole nak accident. Adoi laaaa~~

Wak :
"Ko ni langgar ape dyla?eee budak ni~"
Aku : "Kuat ke bunyi langgar tadi?"
Faizul: "Kuat la..terkejot kami ni. ntah pikir ape la ko ni divider pon nak langgar. u runsing pikir pasal kite ke dyla?. eh..gughau..hahahaha"
Aku :
"hahahhaa...eh engkau ni. lempang nak? (Ingat bini sket wahai sang suami sekalian) hahaha".


Kalau bab2 accident kecik2 ni aku malas la nak mengadu2 kan. Ingat nak diam je. Tetiba mase tengah makan, ayah bersuara "Kete ko tu tadi langgar ape?" errrkkkk...alamak. Bab2 kete ni mmg ayah particular sket. memang tak bole nak sembunyi2 la.. ngeee~





pecah sket road divider kat depan office tu
aku yang buat. agagaga~




cat kuning itu melekat di rim tayar aku
calar!!





p/s : Kalau Jess naik kete dengan aku mesti kaki die tu macam tekan break. Die kate "kalau la kat seat sebelah driver ni ade break, memang Jess dah tekan break tau dyla" hehehe :D





Friday, March 25, 2011

Aku, Kau Berbeza...Aku, Kau Istimewa





I Just want to share some info from my email
Sekadar untuk renungan dan iktibar kita bersama
ewah!
:)







LELAKI


Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.

Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN??

Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??



Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih2 apatah lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin.



Banyak lagi lelaki lebih2 lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa..). hohoho~


Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya. :D





WANITA


Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki.

Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.


Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tidak ada pada lelaki.


Pernahkah kita lihat sebaliknya??
Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama daripada bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita ?


Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya , manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).




Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita :

1. ibunya ,
2. isterinya ,
3.anak perempuannya , dan
4. saudara perempuannya

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini :

1. suaminya,
2. ayahnya,

3. anak lelakinya dan
4. saudara lelakinya .

Seorang wanita boleh memasuki pintu syurga melalui mana-mana pintu syurga yang disukainya jika cukup dengan 4 syarat sahaja :

1. sembahyang 5 waktu

2. puasa di bulan Ramadhan

3. taat suaminya dan

4. menjaga kehormatannya


Seorang lelaki perlu pergi berjihad Fi Sabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang yang pergi berperang Fi Sabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. MasyaALLAH..sayangnya ALLAH pada wanita

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki , tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..




wallahualam..:)





Thursday, March 24, 2011

Listen with EYES, Donate with HEART





Multimedia Society Club, Faculty of Computer Science and Mathematics (Fakulti aku ni woihhhh..x sangka faculty ni ade sense of humanism..wawawa :D) in collaboration with the deaf children from Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Selangor (Pekak) (SKPK) will be hosting a Charity Programme known as the 'Sign Language Choir Show'.


Date : 25 March 2011
Time : 8.00 pm to 10.30 pm
Venue : Dewan Sri Budiman, UiTM Shah Alam
Ticket Price : RM2 for students & RM5 for non students


Collection from the tickets sold will be donated fully to SKPK. 8 to 11 songs will be presented in sign language.

Similar presentation can be viewed at


Everybody are most welcome "to learn sign language" and donate to the needys while enjoying the show.



p/s : Jah! ko sebagai cikgu pendidikan khas, ko patut pegi ni. hahaha. Teringat mase form 2 dulu ade participate choral speaking untuk wakil sekolah. Best la zaman tu...serius best! Rindu.... (aku ni curi tulang g update blog time keje ehhh..hahaha)




Wednesday, March 23, 2011

Di kala mata tak terpejam





Masa tu dah pukul 4 pagi
mata ni memang xbole nak lelap
penangan minum kopi mase meeting kat opis
hamek ko! terkebil2 mata x bole nak katup
yang ajaibnye tak pulak mengantok esok tu kat office
memang betol2 ajaib! hee~

Nak tau rahsianye?
minum la kopi hang tuah dari melaka
buatan kak jah
:D
Ok2..kopi hang tuah je name die..
yang dari melaka tu aku saje2 tambah. hahaha

Bile tak bole tido
ni la yang aku buat

|
|
|
|
|
Main snap2 dengan baby nikon
:)


gamba konvo yang super duper skema..teehee~



ye..I memang rabun tapi still tak sedar diri :D



tempat ni la yang buat aku xmau kua bilik
heaven okey...hahaha



tempat kumpul surat2 bill 'cinta' daripada
celcom, digi broadband, ambank, Affin Bank, PTPTN...
errkkk...PTPTN?? dah start kene bayar dow
damn! haiiihhh~




simpati to my blusher
sudah jatuh ditimpa lantai
(peribahasa ciptaan sendiri khas utk blusher yg retak. hahaha)
belikan la yang baru..plisssss





Laptop yang semakin uzur
almost 6 years kot usia die
Walaupon touchpad die macam haram &
kadang2 kite tengah fokus online die bole mampos sendiri,
tapi tetap sayang
hahahahaha
:)



tengok la kat cermin belakang tu
gaya orang yang xbole tido snap gambo
amboi...biase die tuh!!
wekkkssss :D




Dah
Sekian, terima kasih






p/s : balik keje tadi terus je tanye kat mak. "bila pasang aircond kat bilik adik tu?" Mak : "petang tadi". Aku : "ooo...nape tibe2 je nak pasang aircond kat bilik tu?" (banyak tanye plak kan. mcm nak kene pelangkong je.haha). Mak : "biarla..ayah yang suruh pasang. takdela mulut ko tu bising2 kate panas2 & asek nak melepak bilik orang je" (nak kate aku selalu melepak kat bilik die la tu. sentap! hahahahaha. adeh~).








Tuesday, March 22, 2011

Hot Air Balloon 2011




Banyak terlepas balloon yang cun2 masa ni
balloon yang ade ni je yang dapat capture
takpela daripada takde langsung kan..
kau ade??
:D




sampai2 je mase tengah cari parking
darth vader dah terbang jauh
damn!


























Paragliding









salah sorang paraglider tersangkut kat tiang lampu..
kipas tu patah ohkay!
Tragis!








mase ni borak2 dengan man
aku : "Man, jom naik KMX bike tu"
Man : "tak nak la..tak macho la naik tu.hahaha"
blekkkk!!! :D

aku : "Nanti mase kitorang naik KMX-bike tu snap gamba tau"
Man : "Ok...kanak2 riang rupenya.hahaha"
aku : "Cisss!! takpe orang xtau umur kite berapa. hahaha"

(gamba last tu muka aku mcm majok je..hahahaha. poyo! :D)











KMX-Bike















Dah lame x cycling
lepas naik KMX-Bike ni, kaki gigil gile dow!
nampak sangat la jarang exercise
hahahahahahaha




abes macho la kalau naik ni? ha? ha? ha korang? ke?
x puas hati tetibe
hahahahaha















Let's go to Alamanda bebeh!










UNKNOWN
mase beli tiket movie ni, staf GSC tu banyak kali tanye
"Semua nye 18 tahun ke atas ye? takde bawak kanak2"
sambil die pandang aku & Lily
biadap die nih!! hahahaha


Cite ni best jugak!
agak psycho
ape yang pasti dalam cite ni,
kete kancil merah ade kat GERMAN ok!
Cool~


pesanan penaja :
pastikan dinding rumah anda tidak diperbuat drpd cardboard
bagi mengelakkan drpd bunyi2 yg tidak disenangi
(sape yang tengok cite ni mesti tau..hahahahaha)
Mase scene tersebut Si lily tu bole tanye :
"macam tu ke zimah? hahahaha"
hahahahahahaha..gile la budak ni~~




Lepas watch movie
semua perut lapa gile
tahan makan sebab nafsu mkn terbantut
akibat terjumpe ulat sayur gerak2 kt salad
damn you ulat sayur!

mase tengah suspend & khusyuk tgk movie,
bole plak tetibe perut aku ni bunyi
spoil betol la...hehehe
:D


Let's Dominos!










Kite pegi serang rumah pengantin baru ni!







gambar atas sekali :
"Lily, ade orang snap gamba kite, jom tido..kroh kroh kroh" hahaha
adik lily yang suke meraba, kakak dyla yg suke membuli
seswai sangat!
memang rosak2..wakakaka


syok nye landing layan avatar
:D




Kat bawh ni pic hot air balloon yg xde ms kitorang dtg
kiciwa sungguh...isskk!
sumber gambar di bawah: facebook Diha...:)






ok..dah ngantok. jom tido!
nite2 peeps~





p/s : pernah suatu ketika dulu ade orang cakap kat aku macam ni "dyla, ko ni kelaka la. jom kite masok raja lawak nak?hahahaha". Ko dah gile ke woi? hakhakhakhak..adoi laaa~