Friday, December 31, 2010

So long 2010, Welcome 2011





May this new year bring many opportunities our way,
to explore every joy of life and
may our resolutions for the days ahead stay firm,
turning all our dreams into reality and
all our efforts into great achievements.

Like birds, let us,
leave behind what we don’t need to carry,
GRUDGES SADNESS PAIN FEAR and REGRETS.
Life is beautiful, Enjoy it.

HAPPY NEW YEAR 2011


p/s : Rindu la masa celebrate new year dulu2. tengok firework kat Putrajaya tu. countdown masa kat KLCC. tengok live performance. nape sekarang tak terbuat lagi aktiviti macam tu? nape? rindu..rindu..rindu semuanya.. haihh~






Sunday, December 26, 2010

Mari Beriadah!





Jap g nak beriadah bersama rakan-rakan
Kali ni say a big NO to shopping mall!
Let's go to the zoo sambil berphotoshoot
gile xde tempat lain nak g.
sukehati la woi..ade aku kesah?? wahahaha
*tetibe*
;D





Pagi tadi text Cik Diana Hamasuba
Die jemput g Rantai Art Event
Kat Balai Seni Lukis
Die jage booth semalam n harini
sangat rindu nak pegi
Last pegi masa 2007
3 years ago kot!
arrghhhhh!




Monday, December 20, 2010

'Dia' Datang Lagi



'Dia' datang lagi
Kali ni 'Dia' datang menjenguk lebih cepat daripada tarikh sepatutnya
Rasa macam 'Dia' baru je datang haritu
Stress kah aku? haissshhhh

'Dia' datang tanpa sebarang signal
Memang rasa macam nak meringkuk2 je masa tengah meeting td
sehingga ada yang menegur
"nape muka pucat? Tak sehat ke?"
aku hanya mampu tersenyum

Jahatnya 'Dia' datang diwaktu begini
Pergerakan semua terbatas
datang la waktu tengah golek2 kat rumah ke.
*bole plak men request2..hihi ;D*
Sampai masa meeting td sempat berbisik kat Ain
"mcmane nak drive balik ni? aket sangat..." ;(

drive sangat slow n berhemah je td.hihi
Tapi balik tadi jem la plak kat highway.
Time ni la plak die nak jem nye!
nak mencarot pon dh x berdaya
*hahaha..mood nk mara aje*
Ssshhh..diam je.
It's Better. yes! ;)

Balik rumah terus mandi
dan mengisi perut dengan nasi
tapi tak habes
sbb rase saket 'Dia' lebih mengatasi rasa lapa
tapi nak makan..huk3

Ye..
'Dia' itu adelah 'teman' setiap wanita pada setiap bulan
'Dia' pasti akan datang melawat!


Ok...sekarang saya sedang meringkuk mcm dlm gamba bwh ni



nak tido sampai esok pagi
tak mau layan sangat saket disebabkan 'Dia' ni
Hujan sekarang ni
Sejuk oh!
mari peluk tubuh sambil bercomforter
gudnite.








Saturday, December 18, 2010

off to Tapah



I'm off to Tapah tomorrow to attend my bestie's wedding
with my darlings : Diana Hamasuba & Lily Steng
Dah selamat dapat title puan dah lepas asar tadi....
PUAN Adzimah ye sekarang..awwwwww~ ;D

on her engagement


Sorry tak dapat teman anda waktu diijabkabulkan tadi
kene keje...sob~ sob~
Esok kite jumpe.
Kami tak saba nak jadi sang pari2 anda
untuk mengiring kepantin masuk dewan wehhh~ hahaha ;D


Esok kene bangun pagi2 lagi
nak fetch tuan puteri-tuan puteri ku itu
destinasi from Klang-> shah alam -> Kota Damansara -> Tapah
So, malam ni mari kite tdo awal
nak drive jauh ni esok.

Nite2 peeps!
;)





p/s : Ingat nak ambik cuti on Monday. Tapi ade meeting plaksss..wahai tenaga, sila jangan flat! aiiiihhhh~





Student's Life Again

Mari masuk belajar semula. Harini adelah hari pendaftaran pelajar baru bagi pelajar-pelajar pascasiswazah (Master and PhD students). So, sebagai staf yang bertanggungjawab serta berhemah, kena la datang kan menemani Ketua Program. ;D Teringat zaman student dulu. seronoknye. Rasa macam nak sambung study balik la. Tapi bila fikirkan komitmen keje and time management terbantut pulak niat murni tu. Takpe...ade rezeki nanti niat itu pasti akan tercapai. yes! pasti! InsyaAllah. ;) Tiba2 terlihat la kelibat 2, 3 orang my junior yang mendaftar kan diri sebagai student balik. Dari jauh die bersuara kat aku "hai..saya dah jadi student balik..comel tak? Orang tua g keje rajin2 dulu ye" hahaha. cess..hampess statement!


Biase la kan.. aku kalau buat keje time perut berbunyi mesti tak boleh fokus sangat. Lebih2 lagi bile duduk tercongok tunggu student tak datang2 lagi. Ketua Program aku ni macam memahami sket la situasi aku sebab tibe2 je die bersuara "Eh..lapa x? Tak sempat breakfast la kat rumah. Jom makan dulu." Aku dengan pantas la menjawab. "Jom2! Ain, jage kaunter ye. Kot2 nanti student datang takde orang pulak". Dengan pandangan yang sinis n berapi je die pandang aku. hahaha. Chill la bobo! ;D Memang Cik Ain ni dah breakfast dulu kat rumah. sebab tu die tak heran sangat nak makan.hehe. Masa tengah breakfast tu, aku ni pon sebok2 la join 1 meja dengan ketua2 program yang ada which is mereka2 pon sangat friendly n niceeeee~~ Sangat nice bila diperkenalkan dengan one of the Head of Graduate programs ni name die Dr.Sayang Mohd Deni. Waaaaa..i like her name. sesuai dengan orangnye. sangat soft spoken n so nice. suke! Best nya semua orang panggil die sayang...hehe. ;) Kat kepala terus je tercipta idea nak bagi name kat my future baby Nur Kaseh Adelia...hahahahaa...gile kuat berangan aku ni..kui3. So sweet name bile berunsurkan kasih & sayang or name bunga..;)



sempat lagi nak posing kat dalam dewan.huhu~
Depan aku tu la ketua program, Dr. Anitawati. muda kan dieeeeee..;)
bersama my assistant. Cik Ain. ye..saya selalu buli die. ngeee ;D



Selesai breakfast, baru la bole buat keje dengan senang hati n bole fokus! haha. Tempat yang disediakan untuk fakulti masscomm ni ade 1 je. Padahal ketua program untuk masscomm ade 2 (MC770 and MC771). So, tempat menunggu bagi student pon jadi 1 line which dorang tak tahu mane 1 nk tuju. Bagi student yang tak nampak kaunter tmpt kitorg ni kosong, diorang pun tunggu je la turn kat tempat MC770. Aku ni haaa yang kene jadi secretary g jalan sket panggil dorang n tanye "MC771 kan? pegi daftar kat kaunter sane. Kaunter tu kosong dari tadi". haaaa..bagi ayat tegas sket! poyo betul. hahaha. Majority naseb baik semua student2 baru kenal muka aku ni sebab aku dok join skali dalam bilik meeting masa dorang kene interview dulu. Tapi jenuh la wei nak kene cakap n buat macamtu kat tiap2 student. Atas inisiatif sendiri, aku pon buat la signage besar2 untuk kod program MC771 & MC991. Kalau MC770 datang tempat kitorang cepat2 je kene halau.."Eh..bukan sini, sebelah2" hahaha.biadap sungguh! ;D Bila tiba turn student foreigner dari Iran datang, haaaa..mula la pelbagai masalah yang melanda. Time tu ketua program banyak tanya kat aku ape kes budak ni.huhu. So, aku kene la menjawab sket kasi student ni paham n kene deal dengan staf IPSiS yang handle kes International students. Bole kenal la plak kan staf tersebut. Aku pun gamble je tanye staf tu "Eh..macam kenal je". staf tu pun angkat2 kening n senyum. Aku tanye lagi "ni abang dayanna kan?" Die pon jawab "haaaa...sape eh?" aku : "Dyla la" staf IPSiS : "haaaa...ye ye...lain la sekarang. dah besar dah die" sambil buat isyarat tangan tu makin meninggi. hahahhaa. siot! nak cakap dulu2 time skolah aku kenit la tuh! dush! dush! Bole plak jumpe abang membe mase skolah dulu. kecik betul dunia. huhu.


Bila tiba masa nak balik tuh,sempat pulak ade ex-staf masscomm tuh tegur n memperkenalkan aku kat staf2 n ketua program tempat die bertugas sekarang. Macam ni ayat die "Haaaa..tengok tu AR siap turun padang skali. Ni la die AR perangsaraf". Pastu ade plak ketua program die menyambung "OOOOooo..AR, ingat student tadi"...aku pun senyum2 kambeng je la kat situ. huahuahuahua. Alaaaaa....macamane nak nampak dewasa ni??? agagagaga~ Ok. Lepas tu ada sambungan taklimat bersama VC, IPSiS n peraturan akademik pukul 2pm - 5pm. Tapi aku tak pegi pun sebab ketua program masscomm yang dua2 tu pun tak pegi. Tapi student2 wajib pegi!! muahahaha~ Then, settle semua, balik tu, menyinggah tempat sane sini sampai rumah pon around 4pm. Penat nye. Minggu ni xde chance la nak bangun pagi lewat sket. nak tido! nak tido! ;D



p/s : Balik2 je takde orang pun kat rumah. Mase aku tengah drive otw balik rumah, mak call tadi ckp die n ayah dah otw pegi rumah my sis kat putrajaya. huh~Lately ni rajin betul merpati dua sejoli tu pergi berjalan2 ke Putrajaya. BEST sangat ke? hiksss~ ;D






Thursday, December 16, 2010

Cerita macam-macam campur2



Cerita 1

Makan -> tembam -> kurus -> gemuk


Perbualan melalui telefon beberapa hari yang lepas.

Lecturer : hello..who's on the line?
me : Dyla, prof.
Lecturer : oh! Dyla..how are u?
me : I'm fine prof..Thank u
Lecturer : Jessica ade situ x?
me : Die xde, die pegi cafe belakang.
Lecturer : oh..u x pegi makan ke?
me : makan..saya kirim je kat die
Lecturer : u nampak sangat kurus la skrg. kurus2 sgt pon tak elok tau. Bukan la i kata ms u mula2 masuk keje cni u gemuk. Tp kira ade isi sket la berbanding skrg.
me : *gulp..gulp* ye la prof. ni saya nk makan la ni.
Lecturer : haa..bagus2. makan banyak2. jgn x makan. Btw, nanti suruh jessica jumpa saya.
me : Ok prof!


Cerita 2

Perbualan berlaku di pantry opis

me : Eh...jangan habiskan roti tu tau.. nak makan jap lagi lepas solat. Ingat!
Felo PhD : oo..ok..wei dyla, ko dah start makan banyak balik eh..
me : makan banyak ke? habes tu..orang asyik cakap aku kurus je. hahaha
Felo PhD : Kurus?? ko gemuk la dyla. hahaha
me : Heyyyy!!!! *sambil cucuk2 bahu felo PhD tu gune kuku yang panjang ni* hahaha
Felo PhD : Hahahahahahahaha


Cerita 3


Sesi Pemanduan Kereta



Di anatara ayat2 yang sentiasa mereka ucapkan kalau naik kete dengan aku.

Adzimah : Woi! Ko ni kan bawak kete macam xde break je kan kete ko.

Kak Laila : Dyla, aku kalau duk belakang ni memang macam naik roller coaster la. suke betul aku.

Ain + kak Laila : xbole la naik kete dengan ko ni. mesti ade banyak peristiwa. hahaha *ngok betol mereka ni. hahaha. gelak sampai geli tangan nk pegang stereng.*

Jess : Ok kawan2....kaki die terlepas ye drpd break. naseb takde kete kat depan tu. Dah la drive pakai wedges tebal.

Mak aku : Adik, kalau ko yang bawak kete, memang mak ni kene darah tinggi aje la. *hahahaha*

Kesimpulan cerita : Berdesing la jugak dengar ayat2 perli mereka2 ni..huhu~ Maaf lah kepada semua penumpang2 dihormati..saya memang suke bawak kete laju2. lepas ni saya akan memandu dengan lebih berhemah..ngeeeee~ ;D


Cerita 4

Sesi memasak



Haritu masa sedang menumis sayur, tiba2 je mak bersuara macam ni.

Mak : Kalau nak belajar masak, cube la cari resipi2 kat internet tu. Jangan la ko online tengok blog baju je. Nanti kalau ko lapa nak makan, baju2 tu bole ke nak makan?

me : *adeh! adeh! macam bertimpa2 batu jatuh atas kepala mase tu* ahahahahaha



-Fin-




p/s : sekarang tekak rase saket. mata n hidung rase panas. jgn la demam datang sekarang. oh!





Monday, December 13, 2010

L.O.V.E



Harini suddenly rase nk log in friendster
setelah beberapa bulan tak berbuat demikian.
almost a year i think.
sangat banyak news yg tertinggal oh!
*mamarazzi sangat taw* ;D

godek punye godek friendster tu,
saje je nak view my blog kt friendster
satu je pun publish kat blog tuh.
angan2 je lebih nk jadi penulis.haha

so, rase macam nak letak isi kandungan blog tu kat sini la kan.
(since 2007 tu established..hehe)
sukehati aku ohkayyy~ *tetibe* ;D



1. To My Friends Who
Are………..SINGLE

Love is like a butterfly. The more you
chase it, the more it eludes you. But
if you just let it fly, it will come
to you when you least expect it. Love
can make you happy but often it hurts,
but love’s only special when you give
it to someone who is really worth it.
So take your time and choose the best.

2. To My Friends Who
Are…………NOT SO SINGLE

Love isn’t about becoming somebody
else’s "perfect person." It’s about
finding someone who helps you become
the best person you can be.

3. To My Friends Who
Are…………PLAYBOY/GIRL TYPE

Never say "I love you" if you don’t
care. Never talk about feelings if
they aren’t there. Never touch a life
if you mean to break a heart. Never
look in the eye when all you do is
lie. The cruelest thing a guy can do
to a girl is to let her fall in love
when he doesn’t intend to catch her
fall and it works both ways…

4.To My Friends Who
Are…………MARRIED

Love is not about "it’s your fault",
but "I’m sorry." Not "where are you",
but "I’m right here." Not "how could
you", but "I understand." Not "I wish
you were", but "I’m thankful you are."

5. To My Friends Who
Are…………ENGAGED

The true measure of compatibility is
not the years spent together but how
good you are for each other.

6. To My Friends Who
Are…………HEARTBROKEN

Heartbreaks last as long as you want
and cut as deep as you allow them to
go. The challenge is not how to
survive heartbreaks but to learn from
them.

7.To My Friends Who
Are…………NAIVE

How to be in love: Fall but don’t
stumble, be consistent but not too
persistent, share and never be unfair,
understand and try not to demand, and
get hurt but never keep the pain.

8. To My Friends Who
Are …………POSSESSIVE

It breaks your heart to see the one
you love happy with someone else but
it’s more painful to know that the one
you love is unhappy with you.

9. To My Friends Who
Are …………AFRAID TO CONFESS

Love hurts when you break up with
someone. It hurts even more when
someone breaks up with you. But love
hurts the most when the person you
love has no idea how you feel.

10. To My Friends Who
Are …………STILL HOLDING ON

A sad thing about life is when you
meet someone and fall in love, only to
find out in the end that it was never
meant to be and that you have wasted
years on someone who wasn’t worth it.
If he isn’t worth it now he’s not
going to be worth it a year or 10
years from now. Let go…..


TO ALL MY FRIENDS…….

My wish for you is a man/women whose
love is honest, strong, mature,
Never-changing, uplifting, protective,
encouraging, rewarding and unselfish






Sunday, December 12, 2010

nak ni! nak ni! nak! nak! sangat hendak!


almost get it...siket je lagi..x saba..sgt gelojoh..iskkkk~
hahahaha
;D



pastu yang kt bawah ni pon nak jugak.
jatoh hati la aihhhhhh~






pastu bengkok dua2 belah kaki.hahaha
mak...ayah...nak siket duit! agagaga~
;D










Thursday, December 9, 2010

sembang subuh






I just can't sleep
feel damn cold here
It's 5.30 am
raining outside there *Best nye klu masa panjang lg utk smbg tido*
another 1 hour utk prepare pegi keje
nape mood nak bercengkerama kt blog skrg semakin tipis?
aiihhhhhhh~


pagi2 subuh hadam ni tkebil2 cari charger handphone
finally found it kat dapor.
oh..handphone ayah tgh charge.
ok.battery die dh full.bole cabot.hehe

Dah!
tu je nk cakap subuh2 ni.
*sengal*

Semoga harini permulaan hari yang baik2 saja.
bye!
;D






Thursday, November 4, 2010

pegi mamp la....







situasi bermula begini....

Joreng 1 : weh, jom kite g belaja berenang nak?

Joreng 2 : sonoknye....jom2! tp takot la...dulu belaja nk terapung badan pon x pandai2

Joreng 1 : Tak pe la..kakak ipar akak g class berenang RM160 sebulan 8x dh terror dh

Joreng 2 : eh, kalau la 8x tu belajar tapi tak pandai2 jugak mcmane?

Joreng 1 : kalau macam tu pegi MAMP la..hahaha

Joreng 2 : ahhhhhh...*gelak sambil hantuk2 kepala kt meja* memang nak mampos betol la..hahaha

Friday, September 17, 2010

Hanya kerana cinta


Rasanya x terlambat nk wish Hari Raya so Salam aidilfitri yang ke-8 harii..hee~ lame nye tak update blog. Gile malas nak bercerita sekarang ni. Tetiba malam ni rase mcm ter rajin plak...;D Actually now i'm currently fallin' in love with this song lah since lagu ni hari2 kua time raye ni~ hari2 dengar kat MP3..haiiihhh~ suke je taw. Tak ada yang lebih dari itu (pinjam lirik lagu ni sket.hee) Bole je dengar through this blog. Baru je update lagu ni..wink2 *gile jiwa2 karat yg xbole disental ni..ape dh jadi??? hua3..buat bese jew la..layannnnn....zasss~ ;D*



Keadaan kita memang sukar
Bukan kerna cinta yang menghalang
Walaupun terpaksa kita terpisah
Namun hanya untuk seketika saja

Tak pernah lepas dari cobaan
Dalam perjalanan percintaan
Tapi ku relakan cintaku untuk mu
Yakin pada tulusnya kasihmu

Hanya kerana cinta ku melangkah jauh
Sanggup menyepi mencari ilham ku
Tak ada yang lebih dari itu

Hanya kerana cinta ku bersujud pasrah
Mengharapkan belas maaf dari mu
Tak ada yang lebih
Tak ada yang lebih dari itu

Bawalah aku ke dalam mimpi mu
Agar ku dapat bersama mu
Walaupun hanya sementara
Sentuhanmu indah



p/s: nak upload gambo x bole....eeeee....GERAM! so aku bia je entry kali ni kusam tiada gambar..sedih! ;( so, pic raye can view kat Facebook je la yeh~


Thursday, May 27, 2010

Alumni UiTM





Finally....
On 22nd of May 2010

Bersyukur pada yang SATU (ESA)
Berterima kasih pada yang ramai

Congrats to all UiTM's Alumni!

;)

Friday, May 14, 2010

Buang sifat itu....




Ohhhhh....
Banyak benda nak cakap
tapi sifat itu terlalu kuat menempel di dalam diri
ye...sifat itu....
Disamping membizikan diri *bizi ke???*
sifat itu jua berjaya menakluki diri
ye....sifat itu....
sifat MALAS...huhu

Ok dah..
Bye!
;D




Saturday, April 10, 2010

Mari!





PIKOM PC Fair 2010
Mari!!
;)



Saturday, April 3, 2010

Tak faham atau sengaja taknak faham?





Situasi ni berlaku di pejabat aku sendiri. One of my colleagues ni die sedang jatuh cinta pada seseorang. Hari2 staff kat opis kene dengar die punye cerita. Tapi kalau cerita yang berbeza2 xpela, bole juge kalau nak dilayan. Tapi ni balik2 cerita yang same yang die dok bebelkan, lame2 kitorang pon jadi bosan. Memandangkan kami ni kan jenis yang baik hati, melayan aje.huhu. Tapi yang memusykilkan kami, takkan la membe sorang ni tak paham2 kalau orang tuh memang not interested kat die.hmmm...susah jugak eh situasi mcmni. Kalau bagi pendapat aku, due2 kene berterus terang. Kalau insan yang dipuja tuh memang xde hati langsung terhadap yang memuja cinta dari die, cepat2 bagitahu perasaan ko sebenar yang ko memang anggap die sebagai kawan je or abang ke bapak ke.huhu~ Yang insan lagi sorang yang memuja cinta tu, kalau orang dah explain mcam tuh, terima lah kenyataan n jangan dok pakse2 hati orang utk terima die. Kalau dah berterus terang pun masih tak faham2, buat bodo je la.huhu~ Petang semalam mase tengah siap2 kan keje opis, sempat jugak borak2 n share2 pendapat dengan membe opis ni. Ni pendapat daripada seorang lelaki ye.. "Bagi aku la kan, kalau dah orang tuh tak reply mesej kite or tak angkat call kite, means orang tuh memang dah tak interested la dengan kite. dari situ pun kite bole faham orang tu mmg tak suke kat kite. Tapi kalau die reply lambat mesej kite tuh, kite boleh consider lagi yang die tuh memang betul2 busy dengan keje, so bile free baru die layan. Dari situ kite bole tahu la yang kite masih lagi ade chance utk proceed to the next stage for the relationship". Haaa...betul tuh anda cakap. Kadang2 susah sikit nak memahamkan orang ni melainkan kite gunekan cara yang betul, terlus n dengan cara psychology. Dari situ aku rase orang boleh terima. Walaupun penerimaan tu tidak 100%, tapi at least orang yang konon2 cinta ditolak tu bole think positive la kan. So renung2 kan dan selamat beramal...hikkssss~ ;D



p/s: Suke hari jumaat sebab esoknye cuti. Tak suke hari ahad sebab esoknye dah nak keje.. bole tak macam tu? heh~

Lagu dan Emosi


Selalunya kite dengar lagu dan irama tak dapat dipisahkan kan? Macam ibarat lagu getaran jiwa oleh Allahyarham Tan Sri P.Ramlee tu "Andai dipisah lagu dan irama, lemah tiada berjiwa, hampa....". Ewah! ;D.. Sekarang ni, setiap pagi mase on the way nak g keje mesti dengar hot chat kat hotfm. Best jugak topik die kadang2. Tajuk hot chat die haritu kalau tak silap aku 'lagu apekah yang paling memberi kesan yang mendalam kepada anda?' Yang paling aku ingat ialah hot chat tentang sorang minah ni, die cite kesah relationship die dengan sorang mamat. Dalam perhubungan die tu, die selalu provoke lelaki tu mcm ni 'kalau awak dah ade calon yang sesuai n ade yang lain awak bagitahu la saye'. Tapi dalam masa yang sama, perempuan ni mmg mempunyai perasaan kat lelaki tu n same gak dengan lelaki tu pun mempunyai perasaan yg same. Banyak kali jugak yang si lelaki memberi penjelasan bahawa die memang xde sape2. Mmg nak kawan dengan perempuan ni sorang je. Last2, dah selalu sangat kene provoke dengan ayat macam tu, lelaki ni pun rase bosan kot n terus jawab 'yup..saya memang ade kawan dengan orang lain n saya mmg sayangkan die' si perempuan ni pulak die memang sangat mengharap bile die provoke soalan mcm tu dengan lelaki tu, si lelaki akan menjawab 'takde...saya mmg suke kat awak'. Haaaa....gitu! kerana mulut n ego, hati sendiri merana. Terus sentap perempuan tu dengar pengakuan drastik sang lelaki. So, perempuan ni pun bagitahu la tajuk lagu dimana bile dengar lagu tu, die akan menangis sebab lirik lagu tu memang betul2 same dengan kisah die. *tak berapa nak ingat la tajuk lagu tu.tapi ape yg pasti agak jiwang la.huhu* Dalam masa yang same, DJ hotfm tu pun putarkan la lagu yang dimaksudkan oleh si perempuan tu. Terus menangis teresak2 die..Jahat taw diorang ni.huhu~


p/s: lagu selalunya boleh menceritakan perasaan seseorang. Kadang2 kite boleh terlebih emosi bile mendengarnya samada perasaan tu timbul perasaan sayang, rindu,benci atau marah. Tapi kalau boleh tak payah la nak emosi sangat bile dengar lagu tuh. feel sikit2 suda. Nanti bile terover emosi, jiwa sendiri yang kacau. So dengar lagu sambil chill yaww~~ ;)






Sunday, March 28, 2010

A short meeting but it really means

Perjumpaan harini adelah last minute planning. Mule2 nak pergi dinner je dengan Dayah. Sebab Dayah ni sangat2 la bizi orangnye. Tu pun lepas je Dayah abes kursus kol 6.30 pm terus je die pecut turun ke Klang. Lepas tu, zimah mengingatkan yang ade kenduri cukur jambul baby kak puja. So plan ditukar, pergi rumah kak puja dulu baru pergi dinner. Sian Cik zimah tak sehat. Keje keras sampai demam untuk kawen.*wink2* ;) Diana, ambil alih sebagai 2nd driver.huhu. Sampai2 rumah kak Puja baru je masuk waktu maghrib. Lepas solat, gomol2 baby jap, g alas perut skit *xbole makan banyak2 sebab lepas tu nak pergi dinner.huhu* then balik. Mase dalam kete tu, banyak jugak Dayah story kat aku n Eta dengan cite2 yang penuh dengan kejutan. Dengar sampai melopong2 mulut siap bole masuk bola ping pong kot. hahaha~ ;D Diana tetibe kepingin maw makan steamboat. So tempat steamboat yang terdekat bole dituju adelah di Johnny's Bukit Raja. nak masuk makan kat sini kene beratur yaww~ full la sangat orang nak makan. Mase order tuh, tak hengat bukan main banyak nye. Last2 masing2 dah macam ular sawe.hihihi~ Apepun tomyam die mmg SUPERB la...hanya Diana je yang mampu habiskan kuah tomyam tu..yang lain sumenye dah tak larat nak isi perut lagi.huhu. Kol 1045 dah gerak balik dah. Dayah maw pulang awal sebab esok die ade kursus lagi di awal pagi. Plus, orang perempuan nak drive sorang2 diwaktu malam ni agak dangerous.huu~ Walaupun perjumpaan kali ni agak rushing n singkat, tapi bagi aku ia cukup bermakna. Even we rarely sms and call, we still stay keep in touch. Semuanya dah apply untuk sambung Master pertengahan tahun ni. Aku?? later i pikir2 n renung2 kan..heee~ may all successful with their career and dalam jodoh juge. ewah! *nak juge selit2 pasal jodoh.kui3* Okey...dah maw tido. Esok maw g majlis tunang customer yang memberi tugasan kepada kami untuk buat hantaran. Tapi kali ni totally hasil kerja tangan Jah kerana die sudah jadi Cikgu sekarang. Masa die semakin terluang berbanding aku. Huwaaaa...nak jadi cikgu jugak.mereka banyak cuti2 mesia..huhu~



Gambar kanan tu, adzimah bgtaw kat aku
"takpe2 dila, kalau ko x abes makanan ko, aku bole abeskan" hahaha~ ;D



p/s : Sebarang business purpose sekarang bole view di facebook kerana blogshop belum berkesempatan maw bikin. Buat mase sekarang, kumpul produk sebanyak mungkin untuk diiklankan dalam blogshop supaya lebih banyak pilihan bagi customer utk memilih..beri support kepada kami key! ;)



Saturday, March 27, 2010

Save the earth!

Malam ni mari la kite bergulap gulita
sempena menyelamatkan bumi kite ni yang semakin panas.






Cerita Rojak


Story 1

Seminggu dah tak online sambil membuang masa..sekarang ni asyik nak kutip mase je..*ape merepek2 ni dila..ish laaa* Dah seminggu dah pergi tengok belon panas, baru harini nak update.hehe. Bile pikir nak update blog je tetibe penyakit malas timbul.Plus gamba2 pon macam tak banyak yang menarik untuk ditontonkan kepada pembaca blog. ewah! *ade pembaca setia ke blog aku ni..huhu* Agak kecewa la jugak perasaan ni sebab mase kami pergi Karnival Belon Panas kat Putrajaya haritu ade 2 ketul belon je. yang lain2 xde. tuh pun tak terbang. Setakat jalan2 je dikala cuaca panas terik tu. Then kami membuat keputusan untuk berjalan2 di Alamanda je. Bile terserampak dgn Encik Ketum bersama angkatan geng2 photoshoot die, die bilang ade banyak je belon2 tu mase die sampai. hmm...xpela. mebi xde rezeki kami kot. Aktiviti kitorang haritu, jalan2 je benti makan, jalan2 je benti makan. Diana la paling pantas buat suggestion makan ni. Yang aku ni konon2 xnak makan, bole termasuk plak makanan tuh dalam mulot.kui3 ;D Bile agak2 dah rase bosan, plan plak nak tengok cite Alice in Wonderland. Tiket selling fast tuh! Takde rezeki kami jugak disitu. Masa kami pergi haritu, ade pertunjukan bunga api pada sebelah malam. Tapi tengok sume macam dah lembik je, macam malas plak nak tunggu kat Putrajaya tuh sampai malam. Bile on the way nak balik around kul 6 pm tuh, saje2 la duk gedik2 suggest nak tgk belon panas balik. Kot2 la petang2 baru belon panas tuh nak timbul. Lalu je simpang traffic light nak masuk Presint 2 tuh, kete penoh tak gerak2 tuh! Fullabapak!..hahaha~ Cancel2..xpayah la g tengok belon2 tuh. Last2 kami g makan nasi lemak antarabangsa kt kampung baru. Bak kate zimah, "kite ni tak dapat tengok belon, perut kite je yang jadi belon" hahaha~ Diana plak cakap "Harini hari makan2 yang sangat best la..." ish3...idop untuk makan! yaww~ tuh kate Cik dila plak..hahaha~ ;D So ni je la antara gambar2 yang ade untuk di pertontonkan kepada umum. Ade sebahagian belon2 tuh dah mintak permission kat Cik Diha untuk pinjam gambar belon2 die utk di upload di sini. *tak puas hati ni weiiiii belon xde..ishh laaa..* Sebahagian lagi gambar ade kat dalam D80 zimah. Die kate gambor2 tuh die nak buat pekasam dulu baru kasik kat aku. Hangin je aku ni mendengor..huuu~ Gambar cik Diana banyak xde..sebab die banyak jd photographer.. Nanti dah transfer gambar dari D80 zimah, aku upload gamba anda banyak2 yehh~ ;)

Mula2 ajak zimah masuk belon kat air tuh. Tapi ade suara nakal yg bgtaw "Dila, kalau ko masuk dalam belon tuh takot nanti belon nye tenggelam"..hahaha~ bongok la orang tuh~~



Teruja aku tengok belon panas versi darth vader tu~~ haisssh





UPDATED PHOTOS!


Muke Cik Diana ade interframe kat sini.
Tapi gambar die still x banyak jugak macam gambar kami.hehe


pikcer sebelah kanan ni,
muke aku macam merungut sebab banyak makan je.kui3. ;D





Story 2

Okey...abes daaaa cite belon2. Ni bukak cite jamuan perpisahan plak. Lepas start keje baru awal bulan haritu, Staff2 unit zakat dengan baik hati nye meraikan kami di Hotel UiTM. Aku n Zimah pon lari la jap time lunch hour hari tu.Haaa...makan2 lagi.hehe. Ni pon kes dapat gambar lambat jugak la. So, la ni baru update. x best la kan membebel xde gambor. Less words but full info n more pictures...heh~ ;)

Tak aci betul gambar aku bersama Ustaz kabur..
majok2 ayam gitu..huahuahua~ ;D




p/s: Tetibe haritu borak2 dengan mak cite pasal kawen engko....wahhh! Mak kate nak kawen ni jangan ikot2 orang. Kawan nak kawen, ko pon nak kawen jugak. Yang penting diri sendiri tu. Yang penting jugak, hati ko n pasangan ko tuh. Betul2 nak ke? *ish laaa...malu betul ni..hahaha..gedik lebih..;D* Masa bujang ni la ko nak enjoy ape yang bole dibuat masa bujang. Tapi kene beringat juge berbakti kat ibu bapa n menyimpan n kumpul harta ape yang patot untuk masa depan. Nanti bile dah bersedia nak kawen, ko bagitaw mak n ayah. wahahhahaa~ best la mak ni..kui3 ;)




Sunday, March 14, 2010

Wedding is everywhere



Hampir setiap minggu ade jemputan kahwen. Pastuh dalam kepala aku ni tetibe terfikir "bagus jugak buat bisnes kawen ni (macam buat gubahan hantaran, doorgift, paperbag, bunga telur,mak andam, pelamin n photography..wee~ ) sebab boleh dikatakan setiap tahun, setiap bulan dan setiap minggu ade je orang kawen". Memang sedang dalam perancangan..InsyaAllah, harap2 ape yang dirancang n diusehakan akan menjadi..Amin~ ;) Okey2...Tadi attend wedding Rose kat Crystal Crown Hotel, Klang. Theme die adelah merah+putih..oh! Sangat romantik tema itu..heee~ ;) Jumpe kawan2 lame asyik kene tujukan soalan 'cepuk' emas je "bila ko nak kawen?" n "ko bila lagi?".....aku menjawab sambil bergenang air mataku..hahahahaha~ ;D




saje je nak gegedik letak gambar sorang2..;D





Saturday, March 13, 2010

Petua untuk mendapat pasangan

Ye..ye...di waktu hujung minggu ni la juge aku suke bebenor nak membebel kat blog. Banyak betul cerita aku nak share bersama anda. Dari dulu sampai sekarang, aku memang suke sangat dengar Dr. Fadzilah Kamsah memberi motivasi. Rasa macam syok je dengar die mengeluarkan ayat-ayat bernas dengan lancar daripada mulut beliau. Kalau setiap hari Rabu tuh, lepas maghrib mesti tercongok kat depan TV tengok Bersama Dr.Fadzilah Kamsah kat Astro Oasis. Haaa..topik hangat masa beberapa minggu lepas aku tengok ulangan nya adelah Petua nak dapat 'sepesel girlfriend/boyfriend' hehe. ;D So, bagi sesapa yang still searching for the right one tuh, bole la amek panduan daripada sini..;)




Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.


Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.


Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.


Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti magnet yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.


Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.


Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.


Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting. *aku mcm pernah dengar je orang cakap mcm ni kat aku.."tanggapan pertama tu kan penting"..;D*


Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya dan bau badannya. Lelaki yang seksi adalah lelaki yang bersih dan wangi. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda. *Uissshh...nape la Dr.fadzilah kamsah tak cakap "untuk lelaki juga wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama"....ini menunjukkan wanita tidak menyasarkan 100% rupa paras menjadi ukuran utama dalam mencari pasangan. yang penting sedap mata ni memandang, kemas n wangi..huhu..;D*


Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.


Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.


Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.


Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).


Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.


Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.


Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.


Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.

Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.


Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain danseronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.


Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.


wallahualam~


p/s: entry kali ni macam malas nak pilih2 gambar yg sesuai nak di upload...heee~

Saya amat berminat pada Si dia..

Amat admire pada die sejak
di awal kemunculannya
mungkin orang lain dah x minat kat die
Tapi aku masih lagi berminat
selagi aku x berjaya memilikinya~
Oh..nantikan yeh
i will get u soon bebeh! ;)





*yang lame tuh xpenah pon pakai lagi..
so aku dengan baik hati nak wakaf kan kepada Jah.
Jah! maw kah kamu? aku offer 1st n last ni..;D*


p/s: Setiap hujung minggu yang dipenuhi dengan kenduri kawen kawan2. Tapi tak semua dapat memenuhi undangan especially jemputan dari luar kawasan selangor. Yang kat Selangor ni pun tak abes2 kawan yang nak kawen...haiihh~ Apepun nak wish Selamat Pengantin Baru to Aishah & Azlishah. Sorry tak dapat nak attend your wed ceremony in Gemas sebab ade kenduri kawen juge di sini. Semoga kekal ikatan bahagia hingga ke akhir hayat. ;) Lagi satu, application KPLI tahun ni ramai juge yang tak berjaya untuk menduduki mTest. Desas desus mengatakan Kementerian Pelajaran Malaysia nak limit kan kuota pengambilan KPLI sebab ramai graduan maktab yang menganggur. Bagi yang tak berjaya, xpe..bole cube lagi. Anggap itu tiada rezeki & mungkin rezeki anda ade di tempat lain n di masa akan datang. Chaiyokk! ;)



My heart is cheerful again..;D


RESAH sudah mula pergi JAUH..
Terima Kasih TUHAN...Alhamdulillah..;)
Hati kembali normal..
Bisikan nakal je yang membuatkan aku rase RESAH..ewah! ;D
Semoga dapat menjalankan tugas harian dengan berhemah!
Terima kasih kepada sesape yang sudi meminjamkan
bahu anda yg keras mcm buluh atau empuk *ape2 je la..huhu*
serta telinga anda yang setia mendengar.. ;)

HAPPY-enthusiastic-PATIENT-rindu*eh..tetibe..haha~ ;D*




p/s: I lost my glasses...dalam rumah pun boleh hilang. Takkan tersedut masuk dalam vakum kot..ishh la~ Esok maw g tempah glasses baru yaww~Belum gaji lagi, so mak kate die support separuh.ngee~ sayang selalu..;) *Tapi kalau dah gaji, JANGAN HARAP! hahaha plus susah plak nak tido malam sejak akhir2 ni..pastuh bile siang asek nak menguap byk2 kali depan bos.kui3*



Tuesday, March 9, 2010

Jangan terlalu selesa




Ada orang kata, “keluarlah dari zon selesa”. Maksudnya, buat sesuatu yang kurang selesa atau yang kita rasakan ia sesuatu yang sukar. Atau dalam maksud yang lain, buat perkara yang ramai orang takut nak buat. Sebenarnya banyak maksud nak ditakrifkan mengenai zon selesa ini. Contohnya ialah target sales yang nak kita target, lebih kurang RM20,000 dalam sebulan. Jadi, bila kita dah lepas target itu, dikira zon selesa dan zon bertenang. Boleh rileks dan santai seketika. Tetapi awas! jangan terlalu leka, kena juga berfikir strategi untuk bulan hadapan.

Termasuklah juga dengan pekerjaan. Jangan terlalu selesa dengan posisi yang kite sedia ada. Mesti kene ade penambahbaikan dalam hidup dan kerjaya kerana kite kene sentiasa bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan yang mendatang. Jadi, luaskan zon selesa setiap hari. Zon selesa kite termasuklah kesemua kawsan yang dirasakan selamat iaitu fikiran, emosi dan perbuatan yang dirasaka selesa. Sambil kite focus terhadap menggunakan masa dengan berkesan, kita akan terkeluar juga dari zon selesa tanpa kita sedari.

Dengarkanlah gerak hati anda walau sekecil mana pun. Sebagai contoh la kan, jika korang sedang melakukan tugas, tiba2 mendapat idea utk call rakan sekerja, (Lebih kurang mcm idea yg tibe2 dtg, contoh idea nak post blog pon bole, susah sekarang ni nak cari idea memblogging, lain dari yang lain). Kite kene percaya minda separa sedar kite tak pernah tidur. Jangan sekali-sekali utk tidak mengendahkan gerak hati kita, percayalah! Lupakan kesilapan dan belajar dari kesilapan yang lalu, tetapi jangan tidak yakin kerananya. Lupakan perkara itu secepat mungkin.*haaa..dari sini lah emosi terlibat sehingga tak terkawal.terutamaya wanita. itu aku admit!..;D* Tuh je la aku nak mengarut untuk malam ni. Tetibe je nak tulis macam ni. Hati aku rasa macam resah je lately ni. RESAH tolong pergi jauh2..Aku nak pinjam bahu sesape la..bole tak? Oh! ;(


Friday, March 5, 2010

Jiwa Pendidik



Lepas balik dari opis tadi pergi berborak santai bersama teman2 di KFC simpang 4 aje.hehe. Seronok bile berkumpul dapat share story masing2. Okey..itu cerita selingan je untuk pembuka bicara. Sebenarnya aku nak bercerita tentang Insan Pendidik Anak-anak Istimewa. Sebelum ni, Jah pernah suruh aku tengok pendidikan Khas di youtube. Baru lepas tengok la ni...amat2lah tersentuh hati weiii~ tiba2 rasa perikemanusiaan dalam diri aku macam di tahap 200%! :D Sangat jelas menggambarkan pahit manis perjuangan seorang pendidik insan istimewa. Tak semua pendidik yang mampu untuk memikul tanggungjawab nak membentuk pelajar istimewa. Walaupun kite tengok dari sudut yang kecil, kite nampak golongan istimewa ni tak mampu untuk melakukan ape2 tapi sebenarnya mereka mempunyai terlalu banyak kemahiran yang kite tak nampak. Kalau masyarakat tak nak membantu mereka takkan pergi jauh. Tak semua sudi yang memahami ape yang golongan macamni rasa. Kalau bagi aku pikul tanggungjawab sebagai guru pendidikan Khas ni, aku belum cukup yakin dari segi fizikal dan mental untuk menghadapi tekanan yang bakal dilalui. Insan istimewa perlu dihargai dan cikgu yang berhati mulia, mereka amat memahami dengan keikhlasan hati. TAHNIAH! *wah..tak caye aku bole cakap hal2 pendidikan mcm ni..ngeee~ ;D*

Insan berhati mulia,
tersentuh hati ini dengan keikhlasan yang tidak semua ada,
kerana mereka tidak merasa dan melihat dengan mata kepala.
Insan istimewa ini tidak pernah meminta ia lahir ke dunia….

Mereka ahli syurga apabila dipanggil Ilahi.



p/s: Congrats Jah kerana anda akan memulakan kerjaya sebagai guru pendidikan khas hari Isnin ni. Aku sapot ko Jah! *wink2* ;)

Thursday, March 4, 2010

Kenapa?


Kenapa eh harini mcam ade variation emotions
Tak tahu la ape yang sebenarnya tersirat kat hati aku ni
Mungkin kah sebab sekarang tgh menghadapi bulan wanita?
Atau sebab mulut ni..hurmmm..
Nak sharing cerita kat sesape je
tapi masa tak sesuai n tak mengizinkan
sbb sume orang bizi dgn komitmen masing2
So ngomel2 kat sini je la eh blog..
ape yang pasti sekarang aku rase BOSAN!
Tetiba tadi kat kepala ni terpikir
"kenapa nak memahami sesuatu situasi,
tapi dlm masa yg same kene ade rase saket?"
BERKORBAN la konon...
tetttttt~~ rase SENTAP jap..;D



RESPONSIBILITIES yang harus dipikul :

New career...berat ni aku rase..

photographer utk majlis kahwin bulan 6 nanti
*masyuk2..tapi kene pikir betul2 dulu n masih di tahap perbincangan*

Pengapit on 14hb ni
*nak jadi ke tak nak??mood rase tak best.heee~*

Mtest KPLi (result kua 9hb, test 13hb..mebi..kene check balik)
*macam la dapat.hehe*

Check up mulut ni on 9hb
*dah la start keje baru next wik..mcmne nk mintk excuse ni..haihh*

Banyak idea utk create
souvenirs n gift for the next bisnes *Ewah! ;D*
Tapi tak berkesempatan nak buat sample~


p/s : benda2 ni remeh je..tapi aku je yang penat2 kan kepala nak pikir sume ni,huuu~ Sekarang aku rase sangat panas..nak g rehat bilik lain bersama aircond sejuk yawww~



Tuesday, March 2, 2010

Batu Permata Dalam Mulut


Operation running smoothly today..
Alhamdulillah ..

Stone was safely removed.
But I still feel numbness in my mouth
doctor suggested me to eat soft foods like porridge and soup
plus drink lots of water!!!


Want to see the stone????

Aku tengok pon scary weiiiii~~
Macam batu karang size gigi kecik gitu~


Mula2 aku bagitaw la doctor "Kalau tak buat minor surgery ni xde alternatif lain ke nak pulihkan batu tu daripada kecut then hilang?" Doctor tuh tak bagi pilihan langsung ye kat aku. Die siap cakap "No..i think you should do this". Medical assistants asked me like this : "Awak takut ke?" Cesss...gile ke tak takot. takot la weiii~ 1st time kene belah2 ni.huhu. Tak dapat la nak imagine masa nak kene belah bawah lidah tu. Aku rasa macam betul2 masuk dalam operation room. *mula2 semangat je cakap dengan Jah, aku rase mcm kt Labour room ni. Pastuh Jah gelak2 cakap operation room suda...labour room tuh mcm nak bersalin sgt plak..hahaha~ Diam Jah! Diam! Diam! ;D* Siap selimut n tutup mata aku dengan kain hijau tuh. Dengan besi2 n other equipment yang menggerunkan. Tapi bila bius tuh, dah tak rase pape. Semuanya berjalan dengan baik skali.Doctor tuh mesti akan cakap setiap 10 minit macam ni "are you ok?" ;) Die cakap lagi aku kuat semangat! wink2 ;D Bile kua je stone tuh, die terus je bagi aku tengok. He said, "U see..the stone is quite big". Kesimpulannya, kalau korang ade rase pape bijik ke ape yang pelik2 kat badan korang, cepat2 pergi buat check up. Doctor cakap kes2 macam ni hanya segelintir je yang berlaku. Walaupun kes aku ni tak serius sangat, tapi atas nasihat doctor & orang2 sekeliling, kalau tak buat takut akan menjejaskan kesihatan kita in the future. Lebih baik mencegah daripada merawat kan? ;)


p/s: Mak kate "Ko kan nak diet. Kalau makan rebus2, bubur macam ni bole la kurus" hahahaha~ haiiihhhh la mak aku ni. Die buat aku ni macam tak saket je. Don't notty2 yehhh mak...wakakaka~ ;D



Sunday, February 28, 2010

The Beginning

Sepanjang cuti Maulidur Rasul ni sibuk betul la dengan aktiviti2. Exspecially bile dah mula berjinak2 dengan dunia bisnes ni. Ewah! Aku consider yang It's still new. So aku & partner memerlukan support yang penoh daripada anda. Partner aku adelah Jah. Ye...dia lah ketua kumpulan sejak dari sekolah lagi.wakakaka~ ;D Kalau ade rezeki, tak lame lagi akan wujud nya blog rasmi produk kami & menambahkan lagi seorang partner untuk photography session yawww~ InsyaAllah...;) sapekah gerangan partner photography lagi sorang tuh?? RAHSIA!! hahahaha...poyo betul la. kite tunggu & lihat saje nanti yep! So, permulaan ni kami memulakan dengan kawan2 dulu iaitu dengan membuat paperbag for goodies & bekas telur untuk Majlis Aqiqah anak Ida. Then, kalau mendapat sambutan baik daripada orang ramai, aku anggap itu rezeki permulaan yang baik buat kami. Lepas tuh baru la akan buat strategi promosi yang seterusnya...;) Ayah aku siap menyakat dengan panggil aku mcm ni "Usahawan kecik meh sini makan dulu" sebab bile orang suh makan aku asyik ckp "kejap lagi la...banyak keje tak siap lagi ni.." haahahaha..siot je...;D



A day before Majlis Aqiqah
pink+purple theme~



bakul tuh untuk isi bekas telur. very nice~~
Jah siap cari kat SSF Sri Damansara lagik..
price die so reasonable.;)






The goody bags! ;)
*sape maw tempah??hehe.len pattern plak lepas ni*



Tuh dia model2 memperagakan bekas telur..kui3..;D
comel kan?? kan?? credit to Jah! ngeee~





Nur Qaleesya Qistina
time ni suda mengamuk sebab panas
bile nak tido asek kene gomol je..hehe~ ;D



p/s: wait for the new blogshop....wink2 ;)