Thursday, July 30, 2009

Plan yang Tak dapat di laksanakan

Every weekend mesti ade je jemputan kahwin la tunang la. Sampai plan yang di rancang pun terpaksa di lupakan. Since last week aku dah plan nak pegi karnival Flora kat Putrajaya bersama teman2. Sudah lama tak ketemu sama mereka. Maafin aku ya kawan2. Korang g la photoshoot dulu k. huwaaaa..jeles! jeles! Tadi pun Diana ajak g berbuka puasa untuk esok pun tak jadi. haiiiihh..bile la bole lepak2 ni Diana. Miss u la Fazura.hukhukhuk..;D Aleh2 aku g kenduri kawen juge pada hujung minggu ni. Sampai orang bertanye kat aku "Ko ni aktif g kenduri kawen org, ko bile lagi?" Wah! Soalan cepu mas. Baru je sat tadi membe datang bagi kad kawen. Minggu ni je ade 1 majlis tunang & 2 majlis perkahwinan kene attend. Kawan2 ramai yang dah kawen niiiiiiiiiiii....wiso bebenor plak aku.haha. Ape pun aku mendoakan kebahagiaan mereka semua. Amin~ ;) Jom tido! Esok kerja! Samat Malam.;)



Wednesday, July 29, 2009

Jadi Cikgu?

Balik dari keje tadi ada seutus surat yg di pos express untuk ku. Dalam hati aku berdetik "mane ade order barang online..kalau ade takkan la bentuk leper gini. shawl pun lg tebal.kui3". Aku pun bukak la sampul surat tuh. Daripada Kementerian Pelajaran Malaysia la. Surat temu duga pengambilan guru sandaran terlatih/tidak terlatih siswazah untuk ditempatkan di Pusat Anak Permata Negara (PERMATA) Jabatan Perdana Menteri. Haaaa....amek ko. Panjang gile die nye perkara.huhu. Tarikh interview pada 12hb Ogos bertempat di SMK Putrajaya Presint 14, jam 8 pagi. Bole ke jadi cikgu aku ni? Nak explain kat orang pun aku ni jenis tak saba n nak mara2 je. Ini kan pula nak bersabar dgn budak2.huhu. Tapi, mebi aku tak pegi kot. Bak kate kawan2 yg lain, tak pe la. Rezeki kite kat tempat lain muungkin lg murah. Tabah lah! ;)



Sunday, July 26, 2009

Jom Makan Buah 2009!

Musim buah kembali! Bagi sesiapa yg ade kampung halaman tuh best la dapat balik kampung makan buah di dusun2. Kalau yg takde kampung mcm aku ni duduk je la kat Klang ni.huhu~ Kampung yg lagi satu tuh pun kaya dgn sawah padi je. Buah-buahan ni kurang sket la.heee~ Petang semalam kakak aku call ajak datang putrajaya sebab ade program makan buah 2009 bertempat di Perkarangan Taman Warisan, Putrajaya. Kira program ni under Perbadanan Putrajaya yg kebetulan abang ipar aku ditugaskan untuk memantau n meng'handle' aktiviti sepanjang program dijalankan. Tapi semalam tak sempat pun nak pegi. So, pagi tadi tiba2 mak aku ajak pegi plak. suruh call my kakak tanye die dah pegi belum program makan buah tuh, Kalau belum mak ajak pegi sekali. Die pun dgn nada mengada2 jawab la "tak pegi lagi.Nak pegi dgn sape.abg zaini (hubby beliau) kene keje. Nape? nak pegi ke? hehe". aku pun membalas "haaa...ko tunggu kat rumah, nanti lepas zohor kitorang (aku, mak & ayah ) angkot ko.haha". Dalam jam 2.30 pm tuh family aku pun bertolak ke Puchong Perdana untuk mengangkot kakak kesayangan aku tuh. wek! ;D sebelum pegi tuh punya lah asyik call je kakak aku tuh tanye "dah gerak belum? nape tak pegi lagi? nanti buah nye habes la. Ramai org taw. Karnival ni sampai pukul 6 je". Eee...excited bebenor la. mengandung kah kakak aku ni mengidam buah? hahaha~ ;D siap inform kat aku lagi "dah nak sampai mesej aku taw"..muahaha..manyak songeh betol.sepak kang! hahaha~ ;D Pukul 3 pm tuh pun family aku dah sampai di rumah kakak aku. aku trus mesej die suh siap sedia tunggu kat luar. Die masuk je kete terus mak aku ckp kat die "amboi2 ko macam tuan puteri ye siap berjemput2 neh"..Kakak aku pun sengih2 je la.huhu~ Ok! mari kita ke destinasi sebenar! Moh kita serang putrajaya makan buah yok! Sampai2 je terus ja parking betul2 kat depan pintu masuk kat selekoh jalan tuh. Gila otai la ayah aku nih.haha~ abg ipar aku siap dah booking 4 biji durian untuk family aku suh bwk blk. adusss..tarak bole bla la aku same durian. Naseb la ayah n mak aku layan. huhu. Aku beli la buah duku langsat 3 kilo RM9 nak bawak pi opis esok. Mak aku siap pesan "jangan la bwk opis sume.byk tuh.bwk separuh je. separuh lagi simpan kat rumah" muncung aku dah kedepan sedepa.hehe. Yela..aku ni anak yg baik. Mendengar kata org tua.hahaha~ Tapi manis wei...sedap la buah langsat tuh! nyum..nyum. Berhenti setiap gerai buah je aku wat food test sendri. beli nye tak.wakakaka. Mak & ayah borong buah jambu, lagi ape ntah sbb aku n my kakak+hubby separate g gerai buah lain. Bile jumpe blk dah penuh dah tgn ayah aku bwk beg plastik buah.huhu.

mak aku dah pening tgk buah.huhuhu~


Lepas selesai borong buah, aku ajak mereka2 pegi Taman Pertanian Warisan. Siap naik coaster lagi.huhu. Nak ikotkan harini takde perkhidmatan kenderaan untuk melawat sekitar Taman Pertanian ni. Tapi sbb ade abg ipar aku, kami dapat la specialty tak payah jalan kaki dlm keadaan panas tuh. Dalam ondaway menaiki coaster tuh, terserempak la dgn visitors lain yg berjalan kaki melawat Taman Pertanian. Diorang mcm pelik n bengang je sbb kitorang je yg naik coaster ni.hahaha~ Siot bebenor. So. lihat la pelbagai hasil tanaman yg ade di Taman Pertanian Warisan di Putrajaya ni.

visitor2 ni bengang je tgk kami menaiki coaster.wakakaka~ ;D

aku yg sabotaj gambar mak.hahhaa~ ;D

bole petik free buah kedondong ni.
siap terpelecok la kaki aku.haha~

skill my kakak snap mgunekan SLR nye..;)

aku jadi model tak bertauliah kepada my kakak.hihu~ ;D

aku n ayah yg tiada beza ketinggiannya.
kami mmg comel.hikhikhik. ;)

mak n ayah
masa untuk pulang. Tapi before pulang, kite makan dulu! ;D

p/s: Next week ade karnival flora kat Putrajaya. Last pegi mase 2007. BEST! jom kawan2! ;)


Saturday, July 25, 2009

Pre-Raya Branded Warehouse Sale

Harini pagi2 lagi si awin a.k.a my cousin dah call ajak teman die g survey butik pengantin n nak potostat assignment die. Pastuh aku pun buat2 la ayat simpati sket dgn mengajak die g bejalan2 ke mane2 yg patot. Dah lame x kuar beriadah sejak keje. weekend je kene keje.this week je rase free sbb mmg x perlu datang keje.huuu~ sedey2. Last2 kami (aku, awin, along+hubby) g warehouse at Stadium Melawati Shah Alam which is starts on 22/7-26/7. Mula2 aku ajak2 ayam je. Tak sangka plak mmg seyes si awin ni nak g.huhu. Sampai2 je, mmg umat manusia tak begitu ramai. stuff die pon tak banyak sgt mcm warehouse2 sebelum ni.*nampak sgt slalu g warehouse sale..haha!* Rambang mata weh tgk handbag die! Yang sgt pelik berlaku pada aku harini, aku dah pegang n bwk ke hulu ke hilir dah mini handbag GUESS yg harganya after 60% less RM107 *mmg murah gile babeng*, perasaan serbe salah tibe2 muncul. Trus je aku letak blk handbag tuh. Haaa...baik tak aku?haha. Last2 aku bli pashmina utk pakai kat opis yg sejuk dingin beku n sunglass ala2 retro.haha.Mmg suke ah sunglass yg besar2 neh.huhuhu. Aku n awin tibai bli sunglass. mmg takde keje.huhu. Tak lame pon kami berada kat dalam stadium tuh. Dah settle bli brg sume perut mereka2 ni tiba2 rase lapar plak. Aku tak rase lapa sbb baru je makan nasi grg kt rmh seblum keluar td. Pegi la bli keropok lekor n air sejuk kat gerai2 berhampiran stadium. Mmg syiok weiiii dapat teguk air sejuk! ;D Next! Destinasi seterusnye ke butik pengantin sekitar Shah Alam untuk survey pakej kahwin si Awin ni. Sumenye tak berkenan di hati si Awin. So perut pun dah lapar blk kami g menikmati nasi ayam Pak Mal kt seksyen 11. Selesai makan, kami pun pulang! Jam 3 ptg dah sampai rumah. Pastuh tido! Onyeaahh! *Malas nak elaborate cita panjang2 sbnrnye aku ni.hahaha~* Sekian terima kasih! ;)

sunglass baru kami. trus pakai tuh. batak btol.hahaha~ sunglass ku retro yawww~ ;D



along yg sabotaj aku n awin.Penat2 posing kat blakang, die g snap pikcer die dgn hubby plak. Cesss!


Friday, July 24, 2009

UiTM Ditutup serta merta di seluruh Malaysia!


Hari ni dapat pekeliling dari pihak management UiTM bahawa semua kampus UiTM di seluruh Malaysia ditutup seminggu. Wah! best nye student2 sume usung beg balik kampung. Memandang kan baru2 ni suda 4 kampus Cawangan yg telah ditutup akibat virus H1N1 iaitu Kampus Alor Gajah, Seri Iskandar, Bukit Mertajam n yg terbaru Dungun, so pihak UiTM mengambil keputusan untuk memberi penyelarasan cuti seminggu bg semua Kampus UiTM untuk langkah berjaga-jaga. Ishh...bahaya betul la. Semakin menjadi2 virus ni membiak. Dah la cepat tersebar melalui udara n pernafasan. So kene la pakai topeng pasnih. Cuti untuk mid term dah xde la untuk student2 UiTM ni sbb dah di beri cuti awal ni.huhuhu. Tapi student je diberi cuti. Staff UiTM ni xde di beri cuti jugak ke sempena kes H1N1 ni? haiiiihhhhhh~ Keselamatan kesihatan kami pun penting jugak. Nak cuti jugak! Penat la keje..ngeh3. ;D;p


Tuesday, July 21, 2009

Nachos oh Nachos

Semalam bersamaan hari Isnin, aku telah menjalankan ibadat puase ganti.huhu~ Bulan depan dah nak puase wei..Baru terhegeh2 nak ganti puase.huhu~ Mula2 plan mmg nak berbuka puasa kat rumah je. Tapi, bile timing nak balik keje tuh dlm 4 lebey cam tuh aku saje2 la view blog rakan dan taulan kuh. Tup2 aku terliur tgk makanan kat blog seorang kawan kepada kawan aku ni.huhuhu.dugaan2..iman aku tak kuat langsung tgk makanan tuh.hahaha~ Tiba2 aku teringat kat cik kok @ adzimah yg berpuasa ganti juga semalam. Aku trus call die dlm kol 5pm mcm tuh untuk ajak die berbuka sekali di tempat yg aku tgk kat blog td.*pengaruh makanan kuat betul aku ni.haha* Tak nak angkat phone pulak si Zimah ni. Tak lame lepas tuh die call aku blk. Dengan pantas nye aku bgtaw die *Jom bbuke puase dgn aku. Aku teringin nak makan seswatu la.hehe*. Cik Kok pun trus bersetuju tanpa berfikir panjang. Siap warning kat aku ckp "ko tunggu sampai aku datang taw" sbb nye die ade temu janji sat. Dalam masa tunggu adzimah datang, Jah plak mesej. Nak join aku buka puase. Aku pon on je la. Suruh die tunggu ke destinasi berbuka puasa kami. Nak taw dimanakah ia berada? Di sini laaaaaaaaaaaaaaaaaaaa~


Kami menyinggah di Nachos Nachos SACC Mall. Mmg dah lame teringin weh aku nak makan kat sini. Akhirnye dapat juga.hehehe. Sementara menunggu Jah sampai, aku n zimah dah order makanan dulu. Kalau nak taw, 4 pinggan ye menu yg berlainan kami order. Ni mmg bukan nafsu manusia ni aku rase. Tak tahu la nafsu ape yg merasuk aku nak order sampai byk mcm tuh skali.hahhaa. Tak lame lepas tuh Jah pun sampai. Order menu die, bertambah la menu kepada 5 pinggan.haha. Mmg pelahap betol la. Dalam masa makan tuh suare kitorang je yg asyik kedengaran dari awal sampai la penghabisan. Agak lame jugak la kami berada di situ.huhu. Bak kate Jah kepada kami berdua, "makan je gelak, makan je gelak..mane la tak gemuk" kuwang asam betol la.wakakaka~ Pastuh die kate lagi "Mmg la kite makan kongsi same2, tapi aku tgk lepas ko, ko, lepas ko..ko lagik yg makan Dila" hahahahaa~ bongok la Jah ni. ;D So..kat bawah ni adelah diantara menu kami yg sempat aku snap.

Nachos Chili Beef
*pikcer ni xbole nak send kat kok smlm.hrni tibe2 bole plak upload kt blog aku.haha*

Fish n Cheez

Cajun Chicken Pasta
*ni menu free sbb order main course dpt ni free*
bace je la iklan kat bawah ni.malas nak cite.huhu


Brownie Sundae itu sedap laaaaaa~ ;D

Pita Pollo
*ni satu aku mkn abes, satu lg zimah tapaw.perut die da x muat.huhu*

Yang ni menu Jah. xtaw la ape namenye.huhu
*pikcer ni kat blog zimah nampak separuh je.hahaha*

Kire tak membazir taw kitorang order byk2. Kesimpulannya habes jugak taw makanan yg kitorg order tuh. Alhamdulillah.. Next time datang lagi la mkn kat sini. Price die pun bg aku reasonable. Aku dah budget mesti RM100+ ni. Yela order bukan main banyaknye. Menu 5 pinggan pun termasuk la air refill byk kali, campur tax, totally die tak sampai RM100 pun. Below than RM100 taw! wah! BEST! ;)


Interview!


Pagi ni baru dapat panggilan daripada Staff di salah sebuah sektor kerajaan atau senang cite di UiTM Shah Alam la. I have to attend an interview at Center of Islamic Thought and Understanding (CITU) on 23rd July. Lusa weiiiiiii~~!! Position yg di apply adelah sebagai Executive Officer (EO). dah la org yg call tuh mcm ala2 strict je suare nye. Takot aku. Belom interview dah takot neh..hahaha~ Kena wat preparation lagik nih. Study kat website CITU.huhuhu~ Abg EO ade bg tips2 sket untuk interview ni. Abg EO kat Unit Zakat ni dah dapat position tetap Kat UiTM Machang, Kelantan sane tuh. Jauh naaaa kene transfer~ Kawen cpt2 la abg EO biar dpt transfer dekat2 area selatan sini. Menyimpang dah cite aku neh.muaahahaha~ Okey kwn2 doakan kejayaan aku lagi ye..;)

Monday, July 20, 2009

Exam PTD

Di waktu petang pada hari sabtu lepas, semasa tgh merehat kan diri, aku diterbangi surat daripada SPA. *mcm surat layang la plak..ayat ntah hape2.hahaha* Dalam hati aku ckp "laaaaa..surat ni lagik. Asik2 bg confirmation perakuan untuk permohonan jawatan yg aku apply. Bila nye nak panggil interview ntah.huhuhu." Bila aku bukak je..tup..tup kene amek exam PTD la..PTD? apekah? Alaa..die ala2 mcm PTPTN la jugak.hahahaa~ ngek tul jawapan. PTD a.k.a Pegawai Tadbir dan Diplomatik. Alaaa...dah la aku dgr sume yg apply tuh ckp susah n plus ade 3 stage tuh. Bikin cuak je. Aku pun tanye la tips2 pada cousin aku yg kini telah menjawat jawatan sebagai PTD n bertanye kepada Khairul pasal contoh2 soalan yg bakal dihadapi nanti. Kat surat tuh tulis ade 5 section kene jawab and start at 9 am till 430pm bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 24, Shah Alam. Mereka2 yg telah melalui detik2 exam tuh bilang, kite kena tahu hal isu2 semasa, perlembagaan negara,parlimen, kerajaan pusat/negeri, dasar2 negara and etc.waaaaaaaaahhhh! bole jadi ahli politik la mcm ni.huhuhu~ Kena buat preparation yg sgt struggle wooooo~ Ade yg berpengalaman 3x untuk menduduki exam tuh, barula mereka berjaya ke peringkat yg seterusnya bg melayakkan diri menjawat jawatan PTD tersebut. Mula2 dapat surat tuh, aku rasa mcm xnak pegi sbb mcm2 aku pikir dlm pale otak aku ni. huhuhu. Selepas mendengar pendapat dan nasihat drpd pelbagai pihak, aku pun membuat keputusan untuk meneruskan perjuangan ku untuk menjawab exam PTD tuh. *poyo betol.hahaha~* Wish me luck guys! ;)

Saturday, July 11, 2009

Ros's Engagement Day

Tepat jam 5.30 petang tadi aku sampai di rumah kerana menghadiri majlis pertunangan kawan skolah rendah ku iaitu Roslelawati. Majlis start kol 3 tapi balik kol 5. Biasa la bile berjumpe dengan membe2 lama byk yg dibual n digelakkan.huhu. Kitorang tiba awal daripada majlis iaitu pada jam 1.30 pm. Saje nak gedik2 datang awal.haha. So, disini ade beberapa gambar di sekitar majlis berlangsung.

Aku yang memang slalu je nak cakap..hahaha~ ;D




Mak Ros plak sarung kan cincin ke jari bakal menantu..;)

Hantaran from both side maroon-pink


Masa untuk balik!