Lepas balik dari opis tadi pergi berborak santai bersama teman2 di KFC simpang 4 aje.hehe. Seronok bile berkumpul dapat share story masing2. Okey..itu cerita selingan je untuk pembuka bicara. Sebenarnya aku nak bercerita tentang Insan Pendidik Anak-anak Istimewa. Sebelum ni, Jah pernah suruh aku tengok pendidikan Khas di youtube. Baru lepas tengok la ni...amat2lah tersentuh hati weiii~ tiba2 rasa perikemanusiaan dalam diri aku macam di tahap 200%! :D Sangat jelas menggambarkan pahit manis perjuangan seorang pendidik insan istimewa. Tak semua pendidik yang mampu untuk memikul tanggungjawab nak membentuk pelajar istimewa. Walaupun kite tengok dari sudut yang kecil, kite nampak golongan istimewa ni tak mampu untuk melakukan ape2 tapi sebenarnya mereka mempunyai terlalu banyak kemahiran yang kite tak nampak. Kalau masyarakat tak nak membantu mereka takkan pergi jauh. Tak semua sudi yang memahami ape yang golongan macamni rasa. Kalau bagi aku pikul tanggungjawab sebagai guru pendidikan Khas ni, aku belum cukup yakin dari segi fizikal dan mental untuk menghadapi tekanan yang bakal dilalui. Insan istimewa perlu dihargai dan cikgu yang berhati mulia, mereka amat memahami dengan keikhlasan hati. TAHNIAH! *wah..tak caye aku bole cakap hal2 pendidikan mcm ni..ngeee~ ;D*
Insan berhati mulia,
tersentuh hati ini dengan keikhlasan yang tidak semua ada,
kerana mereka tidak merasa dan melihat dengan mata kepala.
Insan istimewa ini tidak pernah meminta ia lahir ke dunia….
tersentuh hati ini dengan keikhlasan yang tidak semua ada,
kerana mereka tidak merasa dan melihat dengan mata kepala.
Insan istimewa ini tidak pernah meminta ia lahir ke dunia….
Mereka ahli syurga apabila dipanggil Ilahi.
p/s: Congrats Jah kerana anda akan memulakan kerjaya sebagai guru pendidikan khas hari Isnin ni. Aku sapot ko Jah! *wink2* ;)