Tuesday, March 9, 2010

Jangan terlalu selesa




Ada orang kata, “keluarlah dari zon selesa”. Maksudnya, buat sesuatu yang kurang selesa atau yang kita rasakan ia sesuatu yang sukar. Atau dalam maksud yang lain, buat perkara yang ramai orang takut nak buat. Sebenarnya banyak maksud nak ditakrifkan mengenai zon selesa ini. Contohnya ialah target sales yang nak kita target, lebih kurang RM20,000 dalam sebulan. Jadi, bila kita dah lepas target itu, dikira zon selesa dan zon bertenang. Boleh rileks dan santai seketika. Tetapi awas! jangan terlalu leka, kena juga berfikir strategi untuk bulan hadapan.

Termasuklah juga dengan pekerjaan. Jangan terlalu selesa dengan posisi yang kite sedia ada. Mesti kene ade penambahbaikan dalam hidup dan kerjaya kerana kite kene sentiasa bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan yang mendatang. Jadi, luaskan zon selesa setiap hari. Zon selesa kite termasuklah kesemua kawsan yang dirasakan selamat iaitu fikiran, emosi dan perbuatan yang dirasaka selesa. Sambil kite focus terhadap menggunakan masa dengan berkesan, kita akan terkeluar juga dari zon selesa tanpa kita sedari.

Dengarkanlah gerak hati anda walau sekecil mana pun. Sebagai contoh la kan, jika korang sedang melakukan tugas, tiba2 mendapat idea utk call rakan sekerja, (Lebih kurang mcm idea yg tibe2 dtg, contoh idea nak post blog pon bole, susah sekarang ni nak cari idea memblogging, lain dari yang lain). Kite kene percaya minda separa sedar kite tak pernah tidur. Jangan sekali-sekali utk tidak mengendahkan gerak hati kita, percayalah! Lupakan kesilapan dan belajar dari kesilapan yang lalu, tetapi jangan tidak yakin kerananya. Lupakan perkara itu secepat mungkin.*haaa..dari sini lah emosi terlibat sehingga tak terkawal.terutamaya wanita. itu aku admit!..;D* Tuh je la aku nak mengarut untuk malam ni. Tetibe je nak tulis macam ni. Hati aku rasa macam resah je lately ni. RESAH tolong pergi jauh2..Aku nak pinjam bahu sesape la..bole tak? Oh! ;(