Saturday, April 3, 2010

Lagu dan Emosi


Selalunya kite dengar lagu dan irama tak dapat dipisahkan kan? Macam ibarat lagu getaran jiwa oleh Allahyarham Tan Sri P.Ramlee tu "Andai dipisah lagu dan irama, lemah tiada berjiwa, hampa....". Ewah! ;D.. Sekarang ni, setiap pagi mase on the way nak g keje mesti dengar hot chat kat hotfm. Best jugak topik die kadang2. Tajuk hot chat die haritu kalau tak silap aku 'lagu apekah yang paling memberi kesan yang mendalam kepada anda?' Yang paling aku ingat ialah hot chat tentang sorang minah ni, die cite kesah relationship die dengan sorang mamat. Dalam perhubungan die tu, die selalu provoke lelaki tu mcm ni 'kalau awak dah ade calon yang sesuai n ade yang lain awak bagitahu la saye'. Tapi dalam masa yang sama, perempuan ni mmg mempunyai perasaan kat lelaki tu n same gak dengan lelaki tu pun mempunyai perasaan yg same. Banyak kali jugak yang si lelaki memberi penjelasan bahawa die memang xde sape2. Mmg nak kawan dengan perempuan ni sorang je. Last2, dah selalu sangat kene provoke dengan ayat macam tu, lelaki ni pun rase bosan kot n terus jawab 'yup..saya memang ade kawan dengan orang lain n saya mmg sayangkan die' si perempuan ni pulak die memang sangat mengharap bile die provoke soalan mcm tu dengan lelaki tu, si lelaki akan menjawab 'takde...saya mmg suke kat awak'. Haaaa....gitu! kerana mulut n ego, hati sendiri merana. Terus sentap perempuan tu dengar pengakuan drastik sang lelaki. So, perempuan ni pun bagitahu la tajuk lagu dimana bile dengar lagu tu, die akan menangis sebab lirik lagu tu memang betul2 same dengan kisah die. *tak berapa nak ingat la tajuk lagu tu.tapi ape yg pasti agak jiwang la.huhu* Dalam masa yang same, DJ hotfm tu pun putarkan la lagu yang dimaksudkan oleh si perempuan tu. Terus menangis teresak2 die..Jahat taw diorang ni.huhu~


p/s: lagu selalunya boleh menceritakan perasaan seseorang. Kadang2 kite boleh terlebih emosi bile mendengarnya samada perasaan tu timbul perasaan sayang, rindu,benci atau marah. Tapi kalau boleh tak payah la nak emosi sangat bile dengar lagu tuh. feel sikit2 suda. Nanti bile terover emosi, jiwa sendiri yang kacau. So dengar lagu sambil chill yaww~~ ;)