Tuesday, June 2, 2009

Premenstrual Syndrome

Harini aku diserang Premenstrual Syndrome (PMS). Tidak seperti PMS yg bulan lepas *siap aku muntah2 lagik*, kali ni sakitnye x kritikal sgt. Tp still aku meringkuk2 dan berguling2 kat atas katil sambil menungku perut dgn air panas. Rase nak tercabot pewot den! *saket owkey*


Bertapa hebatnya penangan PMS ni, jangan x taw dulu, mase aku belajar kat UiTM Arau aku penah kene angkot dengan ambulans gara2 PMS mase tgh bshopping brg2 kolej kat The Store *tuh la satu2nye tmpt shopping yg gempak kt Arau..;D*


Bagi kaum adam yg tidak mengetahui sgt pasal PMS ni, meh sini aku kasik penerangan sket. ;D

Nama lain PMS adalah PreMenstrual Tension yang merupakan kumpulan gejala fizik, psikologi, dan emosi yang terkait dengan siklus menstruasi wanita. Sekitar 80 hingga 95 peratus wanita antara16-45 tahun mengalami gejala-gejala pramenstruasi yang dapat mengganggu beberapa aspek dalam kehidupannya. Gejala tersebut dapat diperkirakan dan biasanya terjadi secara regular pada dua minggu period sebelum menstruasi. Hal ini dapat hilang begitu dimulainya pendarahan iaitu haid, namun ada pula yang berlanjut sehingga tamat haid. Pada sekitar 14 peratus wanita antarausia 20 hingga 35 tahun, sindrom pramenstruasi dapat sangat hebat pengaruhnya sehingga mewajibkan mereka beristirehat dari sekolah atau pejabatnya. *aku la tuh..;D*

Penyebab berlakunya sindrom ini memang belum jelas. Beberapa teori menyatakankan antara lfaktor lain adalah hormonal iaitu ketidak seimbangan antarahormon estrogen dan progesteron. Teori lain mengatakan kerana hormon estrogen yang berlebihan. Para peneliti melaporkan, salah satu kemungkinan yang kini sedang dikaji adalah adanya perbezaan genetik pada sensitiviti reseptor dan sistem pembawa pesan yang menyampaikan pengeluaran hormon seks dalam sel.Kemungkinan lain, itu berhubungan dengan gangguan perasaan, faktor emosi, masalah sosial, atau fungsi serotonin yang dialami penderita.

Sindrom ini biasanya lebih mudah terjadi pada wanita yang lebih peka terhadap perubahan hormonal dalam siklus haid. Akan tetapi ada beberapa faktor yang meningkatkan risiko terjadinya PMS. Pertama, wanita yang pernah melahirkan (PMS semakin berat setelah melahirkan beberapa anak, terutama bila pernah mengalami kehamilan dengan komplikasi seperti toksima). Kedua, status perkawinan (wanita yang sudah berkahwin lebih banyak mengalami PMS dibandingkan yang belum). Ketiga, usia (PMS semakin sering dan mengganggu dengan bertambahnya usia, terutama antara usia 30-45 tahun). Keempat, stres (faktor stres memperberat gangguan PMS). Kelima, diet (faktor kebiasaan makan seperti tinggi gula, garam,kopi, teh, coklat, minuman bersoda, produk susu, makanan olahan, memperberatgejala PMS). Keenam, kekurangan zat-zat gizi seperti kurang vitamin B (terutamaB6), vitamin E, vitamin C, magnesium, zat besi, seng, mangan, asam lemaklinoleat. Kebiasaan merokok dan minum alkohol juga dapat memperberat gejala PMS. Ketujuh, kegiatan fizik (kurang bersenam dan aktiviti fizik menyebabkan semakin beratnya PMS).


Pencegahan PMS (sindrom pra-menstruasi) dapat dilakukan melalui diet yang tepat dengan memperhatikan hal-hal sebagai berikut:
  • Batasi kosumsi makanan tinggi gula, tinggi garam, daging merah (sapi dan kambing), alkohol, kopi, teh, coklat, serta minuman bersoda.
  • Kurangi rokok atau berhenti merokok.
  • Batasi konsumsi protein (sebaiknya sebanyak 1,5 gr/kg berat badan per orang).
  • Meningkatkan konsumsi ikan, ayam, kacang-kacangan, dan biji-bijian sebagai sumber protein.
  • Batasi konsumsi makanan produk susu dan hasilnya (keju, aiskrim, dan lainnya)
  • Batasi konsumsi lemak dari bahan haiwan dan lemak dari makanan yang digoreng.
  • Meningkatkan konsumsi sayuran hijau. *kalau x suke mcmane?heeee~*
  • Meningkatkan konsumsi makanan yang mengandung asam lemak esensial linoleat seperti minyak bunga matahari, minyak sayuran.
  • Konsumsi vitamin B kompleks terutama vitamin B6, vitamin E, kalsium, magnesium juga omega-6 (asam linolenat gamma GLA).

Di samping diet, perhatikan pula hal-hal berikut ini untuk mencegah munculnya PMS:
  • Melakukan olahraga dan aktivitas fizik secara teratur.
  • Menghindari dan mengatasi stres.
  • Menjaga berat badan. Berat badan yang berlebihan dapat meningkatkan risiko menderita PMS. *aku kah? hihi ;D*
  • Catat jadual bulanan haid anda serta kenali gejala PMS-nya.
  • Perhatikan pula apakah anda sudah dapat mengatasi PMS pada bulan berikutnya.

Anda juga disarankan supaya mengelak daripada mengambil pil-pil tahan sakit ketika PMS kerana ia akan mengakibatkan kesan sampingan di masa akan datang seperti sukar untuk mengandung atau melahirkan anak.



Sumber : www.acog.org

p/s: Yg ni pulak rawatan tradisional bg mengurangkan PMS / senggugut

Ambil segenggam halia dan tumbuk lumat. Masukkan ke dalam segelas air suam. Apabila halia mendap barulah diminum dgn dimulai dengan selawat. InsyaAllah, senggugut akan hilang.