Tuesday, June 30, 2009

Hiperhidrosis ganggu hidup


Pernah tak korang sume rase berpeluh di tangan or kaki yg membuatkan korang rase tidak selesa? haaaa...macam tuh la aku rase. Rase x selesa ok. Tapi aku ni x de la setiap masa berpeluh. Tapi bila dikala aku berada di tempat yang panas dan melakukan aktiviti berjalan banyak. Nak pakai pump shoes pon terbatas sebab rase berpeluh dan boleh menyebabkan bau yg kurang enak pada kaki. euuuwwww~ so sbb tuh skrg ni kalau keluar pakai selipar wedges je. Nak pakai wedges or heel sket pon x selesa sbb bile berpeluh, kaki ni rase nak meggelongsor..haiiiiihhh~~ tension gue~


Kata orang, berpeluh apabila melakukan aktiviti, itu tandanya kita sihat kerana peluh antara cara badan mengeluarkan bahan toksik. Namun, sesetengah orang mengalami masalah berpeluh keterlaluan sepanjang masa sehingga menyebabkan mereka berasa kurang keyakinan diri. Keadaan berpeluh berlebihan ini dipanggil hiperhidrosis. Masalah berpeluh ketika berasa gementar, takut atau cemas dialami hampir semua orang tetapi bagi individu hiperhidrosis, badan mereka menghasilkan peluh berlebihan sehingga boleh menitis *tapi aku xdela sampai menitis..huhu* jika tidak dikeringkan segera.

Hiperhidrosis dialami berjuta-juta orang di seluruh dunia. Kajian menunjukkan 2.8 peratus penduduk Amerika Syarikat mengalami masalah ini dan prevalensnya lebih tinggi di kalangan penduduk Asia Tenggara iaitu tiga peratus. Hiperhidrosis tidak dikategorikan sebanyak penyakit berbahaya, tetapi ia boleh menyebabkan gangguan psikologi kepada penghidapnya. Terlalu banyak berpeluh, terutama pada muka, tapak tangan, ketiak dan kaki boleh mengganggu kehidupan seseorang kerana ia menimbulkan tidak selesa, malu, kurang yakin dan rendah diri untuk berdepan masyarakat.

Menurut Pakar Perunding Bedah Kardiotorasik, Jabatan Pembedahan Kardiotorasik Institut Jantung Negara (IJN), Dr Jeswant Dillon, hiperhidrosis boleh berlaku pada lelaki dan perempuan pada semua peringkat umur, tetapi biasanya ia bermula sejak kecil dan akan kekal sepanjang hayat jika tidak dirawat. Katanya, hiperhidrosis dibahagikan kepada dua jenis, iaitu primer (atau idiopatik iaitu tidak diketahui puncanya) dan hiperhidrosis sekunder yang disebabkan penyakit lain seperti hipertiroirdisme, kencing manis, tuberkulosis (batuk kering), limfoma, obesiti, kehamilan serta menopaus.

Biasanya hiperhidrosis berlaku pada empat bahagian utama iaitu muka, ketiak (aksilari), tangan (palmar) dan kaki (plantar). Bahagian ini akan mengalami masalah peluh berlebihan sehingga boleh menitis. Ada pesakit yang datang berjumpa saya terpaksa memakai plastik dalam kasut bagi menadah peluhnya. Ia masalah memalukan yang boleh menjejaskan kualiti hidup dan kerja. Walaupun prevalens rendah iaitu hanya tiga peratus daripada jumlah penduduk, ia membabitkan jumlah besar iaitu lebih 700,000 orang di negara kita, katanya.



Punca sebenar hiperhidrosis tidak diketahui dengan tepat, tetapi ada beberapa kemungkinan yang menyebabkannya. Ia mungkin disebabkan penyakit ekrin kelenjar peluh di seluruh badan, tetapi paling banyak di tapak tangan dan kaki. Kemungkinan kedua ialah aktiviti saraf simpatetik keterlaluan yang memberi rangsangan kepada kelenjar peluh yang normal, menyebabkan kelenjar menghasilkan banyak peluh dalam masa singkat. Namun, tiada siapa tahu bagaimana dan apa menyebabkan saraf simpatetik bertindak keterlaluan.

Dr Jeswant berkata, hiperhidrosis boleh diwarisi. Kira-kira 25 hingga 50 peratus pesakit mempunyai sejarah keluarga mengalami hiperhidrosis. Anak yang dilahirkan ibu bapa hiperhidrosis mempunyai kebarangkalian 25 peratus mendapat masalah sama. Masalah ini berlaku pada individu dewasa berumur antara 20 hingga 50 tahun dan biasanya bermula ketika mencecah 25 tahun. Namun, hiperhidrosis boleh bermula lebih awal iaitu ketika kanak-kanak atau remaja.

Ia hanya menjadi masalah besar apabila gejala peluh keterlaluan ini mula mendatangkan rasa tidak selesa, mengganggu perjalanan aktiviti harian, menjejaskan prestasi kerja dan membuatkan seseorang kurang keyakinan diri. Badan pesakit boleh mengeluarkan banyak peluh dalam hampir semua keadaan, walaupun duduk dalam bilik berhawa dingin. Ia bukan saja dipengaruhi keadaan persekitaran, malah perubahan emosi seperti resah, gelisah, gementar, sedih dan gembira pun badan mengeluarkan banyak peluh.

Beban pesakit

Tidak dapat melakukan aktiviti harian.

Perasaan malu apabila baju dan tapak tangan basah.

Perlu kerap menukar baju dan stokin (lebih dua kali sehari).

Enggan bersalaman atau berjabat tangan.

Banyak aktiviti harian tidak dapat dijalankan.

Prestasi dan produktiviti terjejas.

Boleh membahayakan nyawa jika pekerjaan pesakit berkaitan dengan elektrik.

Malu menyertai aktiviti sosial keluarga dan rakan.

Tertekan.

Kecewa dengan diri sendiri.

Kurang keyakinan diri.

Kulit menjadi kurang pejal akibat sentiasa lembap.

Kelembapan berpanjangan tingkatkan risiko jangkitan bakteria dan kulat.

Masalah dalam hubungan intim.

Masalah dihadapi lelaki dan wanita adalah sama. Pada umumnya pesakit berasa kurang selesa bergaul dengan orang lain, terutama rakan baru yang tidak tahu masalah mereka. Bahkan ada pesakit terpaksa memilih pakaian berwarna gelap untuk melindungi perkara ini dan berasa tidak selesa untuk duduk berdekatan orang lain.

Selain berdepan masalah ketiak sentiasa basah, mereka perlu lebih kerap menukar stokin bagi mengelakkan gejala kaki berbau. Pada masa sama pilihan untuk kasut juga terhad akibat peluh berlebihan pada kaki.

Rawatan

Jika anda turut mengalami masalah ini, jangan risau kerana ia boleh dirawat. Rawatan dibahagikan kepada dua iaitu bukan pembedahan (luaran, ubat makan, iontoforesis atau pengionan serta suntikan Botulinum toksin) dan pembedahan.

Dr Jeswant berkata, jenis rawatan bergantung kepada tahap masalah. Jika masalah hanya sedikit, mereka diberi ubat sapu atau anti peluh mengandungi aluminium klorida. Kaedah kedua pula ialah ubat makan mengandungi ejen anti kolinergik seperti glycopyrrolate dan amitriptyline bagi mengehadkan aktiviti saraf. Bagaimanapun, kesan sampingannya yang ketara menyebabkan ubat kaedah ini kurang popular.

Kaedah pengionan juga kurang digemari kerana kulit berasa sakit apabila dikenakan arus elektrik. Lagipun, kaedah ini mengambil masa panjang dan perlu diulang. Suntikan Botulinum Toksin A sering digunakan untuk merawat hiperhidrosis aksilari dengan melumpuhkan saraf yang merangsang kelenjar peluh. Namun kaedah ini juga kurang praktikal kerana ia bukan saja mahal, tetapi menyebabkan rasa sakit dan perlu diulang setiap empat hingga enam bulan.

Cara terbaik ialah menjalani pembedahan endoskopi torasik simpatektomi (ETS) yang mengambil masa sejam. Pembedahan dapat mengatasi masalah tangan berpeluh hampir 99 peratus, ketiak berpeluh (90 peratus) dan kaki berpeluh sebanyak 70 peratus.

Pembedahan memberi kesan serta merta dan sepanjang hayat. Ia dilakukan menggunakan kaedah pembedahan lubang kunci (pembedahan minimali invasif) iaitu membabitkan luka kecil kira-kira 0.5 sentimeter, kurang sakit dan cepat sembuh. Malah tempoh pesakit tinggal di hospital juga singkat iaitu antara tiga hingga empat hari saja. Kesan luka pembedahan di bawah ketiak dapat dilindungi dan ini penting bagi pesakit, terutama perempuan, katanya.

Bagaimanapun, katanya, bukan semua pesakit perlu dibedah kerana pembedahan adalah jalan terakhir bagi menyelesaikan masalah hiperhidrosis. Bagi individu yang mengalami masalah ini, Dr Jeswant menyarankan mereka mendapatkan nasihat pakar terlebih dulu dan jangan biarkan ia berlarutan sehingga menjejaskan kehidupan. Rawatan boleh didapati di IJN dan pusat itu menjalankan lebih 260 pembedahan hiperhidrosis sejak ia diperkenalkan pada 1995.

happy healthy women! ;)


sumber: The New Straits Times Press (M) Berhad

Monday, June 29, 2009

Goodbye zaman membuang masa!

Akhirnya aku dapat mengisi masa lapang ku dgn benda yang berfaedah. Daripada memblogging x tentu arah.wawawawa~ poyo je ayat ni. ;D Aku akan start keje di Unit Zakat UiTM Shah Alam pada awal bulan Julai ni. Walaupun bekerja secara sambilan, tapi xpe la. Asalkan aku dapat la menimba pengalaman bekerja selain daripada menimba duit *haha* sementara nak menjawat jawatan tetap. Semoga peluang pekerjaan yg aku telah apply menimbun2 tuh akan memberi kan hasil. Tak salah kan berharap selepas kita ikhtiar? ;) Insyaallah rezeki ade di mana2. Kepada kawan2 aku yg sudah start menempuhi alam pekerjaan, semoga kalian bekerja bersungguh2 dan ikhlas dalam menjalankan komitmen anda! Tidak lupa kepada kawan2 yg sedang berusaha mencari kerja, wish u all Good Luck!



Saya dapat anugerah naib canselor?

hihihihi..jangan nak perasan eehhhh cik Dyla oiii...x dapat nak grab anugerah naib canselor tapi dapat anugerah lain pon bole la..hahaha~ Aku dipaksa oleh cik adzimah Si Kok untuk publish kan entry ni..;D So...ini lah hasil nye.Tarraaaaaaa!!


1. Copy Award Di Atas Untuk Diletakan Di Blog Anda.
Done!

2. 5 Fakta Menarik Tentang Diri pemberi Award Ini.

- Diana n Adzimah.so how to describe utk 2 org sekaligus?hmm~
- Due2 my best buddies
- Due2 juge sgt la byk ckp tapi xbole lawan byk ckp aku.hahaha~
- Mereka juga suda punya cinta dalam hati..saye bila lagik??????
- Mereka hebat dalam mathematics n slalu jadi my sifu. :p

3. 10 Fakta atau Hobi Diri Sendiri.

- Saya adalah kaki shopping! mcmane nak atasi masalah ni?
- Suke tgk movie berunsurkan romantic comedy..wink wink~
- Love to eat! very2 much! nyum..nyum..
- Suke surf internet n explore mcm2 exspecially blogshop! ngeee~
- I'm the youngest! Tapi x la manja sangat..wawawawa~
- Kalau hang out dgn kwn2 ade curfew.agagaga~
- Tak suke dipaksa buat yang mmg aku x suke.
- Susah nak minum air masak..huhu~
- Sangat suke pada wedges! it's gojes ok..
- Skrg ni sgt suke dress corak2 yg di match dgn legging..so sweet ;)

4. Pilih 5 Penerima Award Yang Blognya Anda Selalu Terjah.

- Along
- Awin
- Diha (sifu projek MAT660) hihu~
- mek norarida
- kalau nak letak cik Diana n Cik Adzimah bole? ngeee~


Sunday, June 28, 2009

No more streamyx!


Rase dah x larat nak gune streamyx lagi. Bukan sbb x larat nak bayar *macam la aku yg bayar..haha* tapi sbb service streamyx yg mcm gampang! sorry kerana terpaksa mengeluarkan kata2 yg kesat...blog mmg untuk ruang nak express our feeling kan?? blog aku, so aku nye suke la nak type ape.hahah..bengong suda mai.tp mmg betol pon.streamyx mcm gampang! Sorry to say la..slalu je blinking n line problem. Pastuh setiap kali nak solve problem tuh mesti kene nak call operator streamyx. x larat nak mbebel kat operator n kene wat benda sama yg d suruh oleh operator tuh. pliss laaa~ So esok maw g TM nak terminate account streamyx. bye2 Streamyx gampang! Welcome Maxis Broadband! wahahaha~ baru bli tadi kat ampang point. Kebetulan tadi maw jumpe kenalan di kedai makan sekitar Ampang so menyinggah sebentar di Ampang point.huhu~ Design yg dipilih adelah butterfly! *mmg tinggal itu je pun..huhu* So..hopefully tiada lagi masalah internet d rumah n sentiasa bole pakai di mana jua anda berada...ngeeee~ *selepas mengeluarkan perkataan kesat, segera la beristighfar..ngeee~ Astaghfirullahalazim..;)*


my butterfly~

Pembalasan dendam The Fallen

Sangat teruja bile dapat taw transformers yg baru nak released on 24th june harituh. Lagi teruja bile dapat tiket invitation for Transformers Movie Premiere with TransMY (members club Transformers Malaysia) kat Cineleisure at 9.45 pm on 23rd June. Hubby along (my cousin) adelah cable paling kuat untuk mendapatkan tiket tersebut untuk kami (cousin2 ku) sbb die adalah member club Transformers.huhu~ Aku nye tiket pon dapat last minit atas sebab2 yg tertentu. *maaf la along.hahaha~* Kerana sikap x sabar aku ni, rasa serba salah menyapa diri. eceeeewaaahh...ayat x tahan.haha. Sbb nye aku dah plan dgn my beloved girlfriends iaitu Diana Hamasuba, Adzimah and Eta untuk tgk sama2 movie ni bila hang out nanti. Last2 sume g tgk sendiri.huhu~ So...kesalahan ku ini terbayar la ehhhh....;D Tapi if nak tgk kali kedua pun x kesah sbb cerita dia sgt superb bg aku! kasi sejuta bintang wo! BEST! Before movie start, kitorang sempat cuci mata dekat booth yg ade. Diantara stuff yg di jual adelah sourvenirs Transformers termasuklah topi, t-shirt, payung..etc. Harga nye mmg agak mahal la juge tapi bagi mereka yg fanatic sgt pada Transformers tuh rasenye price doesn't matter kot..asalkan puas hati. Tak lame beberapa minit lepas tuh, kami dikejut kan dgn maskot transformers iaitu Optimus Prime and Bumblebee. waaaa...terkejot den! Si Awin ni dgn gopoh nye berseloroh "wei cepat wei snap pikcer aku cpt!" mmg gopoh dow...wakakaka~ ;D;p mmg pikcer die pon yg penoh kat camera aku ni.haha. Dah puas snap pikcer, kami pun trus menuju ke hall yg di tetapkan untuk kami. *b4 masuk tuh bley plak aku n jaja salah masuk hall..bikin kecoh je.haha*

The Invitation's Ticket

along yang membebel kepada adik2 nya..haha~;D



Wednesday, June 17, 2009

Silent Mode!


Aku berada dlm keadaan Silent Mode sehingga 23hb ni
Ade urusan yg patut aku selesaikan
urusan apekah?
RAHSIA..ngeeee~ ;D

Selepas itu akan aktif memblogging semula
Dan pada 24hb mari tgk Transformers kawan2!
Jom! ;)


Tahniah Kepada Mereka


Tahniah kepada Faraha

my ex-schoolmate (MGS)
yg selamat diijab kabulkan bersama suami tecinta

Masa ni aku x dpt menghadiri majlis bersejarah beliau
kerana kondisi kesihatan x mengizinkan aku ke sana
Lagi pun aku baru je pulang dari Kelantan pagi tuh

Apepun aku mendoakan
Faraha & Suami akan
Kekal bahagia ke akhir hayat! ;)





Di kesempatan ini juga aku mahu mengewish
jutaan congrats kepada Cik Diana Hamsuba kite
sbb dah nak start keje dah esok!
akhirnye tercapai juge cita2 anda utk jadi
seorang tenaga pengajar
di International University College of Nursing
opkos la ajar Mathematics..~;)
*sorry diana aku mmg kepochi..wek! ;D*

Sian Diana, mase die call aku nak inform berita gembira ni
aku tgh tido..so mase mule2 die call tuh aku malas nak angkat
sbb x larat nak bukak mate..
yg 2nd time baru aku angkat..hehehe~
Tapi aku layan ye n dgr dgn jelas lagi ape yg die inform tuh.
Sempat wish congrats lagik..heee~
*sowy lalink*

Selain daripada beliau
ade lagi beberapa classmate mase degree dulu
yg menjawat sebagai Pensyarah di UiTM
and opkos juge mereka mengajar Foundation Mathematics
mcm Cik Diana Hamasuba

Diantara mereka adelah
Khairul
Nisa


Cayalah korang!
Tabek spring yooo~ ;D

Wish u all
success!

Movie di Astro


Semalam di kala nak merelax kan diri selepas penat memerah otak
*untuk apekah memerah otak?ngee~*

Remote ni tertekan la channel Star Movies di Astro

It's A Boy Girl Thing

Even dah ulang before ni kat Astro
tapi rase x boring tengok
Romantic Comedy..i loikkee~
Mereka membenci antara satu sama lain
Sehingga la ade satu sumpahan bertukar identiti yg terkena pada mereka
Yang menyebabkan mereka mengenali each other better
Dan akhirnye mereka jatuh cinta..so sweet..ngeee~ ;)



Monday, June 15, 2009

3R


My favourite TV Program suda kembali!
setiap Ahad, 7.30 pm
*dah 2 episode dah, tp saje je nak update lambat..bia la! ;D*

Show ni byk sgt informasi yg berkaitan dgn wanita yg kite xtaw
bile tgk pun rase penuh je ilmu di kepala..hihi~
Tapi kaum adam pun sesuai je nak mengikuti show ni
sbb bole la mereka ni taw serba sedikit tentang wanita..ngeee~ ;D

So..sesiapa yg tertinggal episode yg lalu bole la link ke website 3R

3r.com.my

RESPECT
RELAX
RESPOND

Terhadap persekitaran anda

Happy Birthday To You!


Happy 24th birtday to Fatin Nurdiana Binti Abu Samah

Die ni my best buddy taw kat class
*character ala2 Fazura gitew..i loike..;D*

Die juga slalu jadi peneman aku kalau ade gap free kat faculty if xde class. esspecially hari selasa..ngee~;D
windu!

And aku pulak slalu jadi peneman die di kala die maw bershopping..;D
windu jugak!

Apepun....

Wish u gud health n success in your future babe
plus in relationship too! ;)

Muahssss~ =*




Tuesday, June 9, 2009

Peneman Setia Versi Ke 2

Kalau dalam versi pertama dulu aku sorang je yg jadi peneman setia. Kali ni utk versi yg ke 2 aku ade assistant peneman setia iaitu Cikgu Silawati.xde la aku boring sgt.hahaha~ Memandangkan skrg tgh cuti skolah jadi bawak la skali cikgu ni berjalan2. Asyik aku kua dgn Jah berdua je, boring jugak..wakakaka~ ;D Harini Jah ade interview lagi di Jones Lang Wootton which is located betul2 kat depan KLCC.*bile lagi turn aku plak yg nak kene interview? sukehati aku la..sabar..haha~ ;D* Seawal pagi dalam kol 6.20 am Jah dah call utk gerak aku bgn pagi. Tapi aku x trus bgn..kol 6.45 am bru aku bgn.hahaha~ Padahal Jah ckp nak fetch aku kol 7 am..ngeeee~ Tapi xpe, dlm kol 7.10 tuh aku bru siap mandi Cikgu Silawati call ckp xpyh kelam-kabut sbb Jah x kua rmh lagik. Aku dah agak dah! ;D So, dah siap2, dlm kol 7.30 tuh Jah sampai n kami terus memulakan perjalanan ke KL. Sepanjang perjalanan keadaan traffic agak lancar. Traffic slow pun dekat susur nak masuk LDP..besela, kat situ mane pernah x jam. Dalam kol 8.40 am tuh kami dah selamat sampai di Menara Getah Asli di mana premis Jones Lang Wootton berada di level 8. Memandang kan interview start kol 9.30 am, so kami decide nak g bli kudap-kudapan utk di makan di mini stall berhampiran premis tersebut.*Teh tarik satu!*. Then, baru kitorang naik atas ke premis tersebut. Mule2 kami duduk2 kat tmpt menunggu sambil bace paper n magazine. Tibe2 plak Cikgu Silawati nak g toilet plak..aihhhh~ Dlm mase kat toilet, sementara Jah ade interview tuh, aku n Cikgu Silawati mengisi masa lapang kami seperti di bawah ni..huhu~


Dah settle sume, Cikgu Silawati ni menyarankan supaya keluar dari premis berkenaan sambil berjalan2 di sekitar bandaraya KL ni. Cikgu ni teringin plak nak g Avenue K..operation hour mmg la dari 10 am to 10 pm tp buhsan la kat situ. Aku ckp la kat cikgu ni dgn nada bergurau, "Ingat nak g clubbing ke siang2 bute ni? kalau nak g tunggu kol 10 mlm nant"..aku plak yg mengajor..kat sebelah tuh je Club Quattro, Avenue K..wahaha~ Tapi sempat juge taw snap2 sekeping due pikcer di situ..kete yg lalu pelik je tgk kitorg pagi2 dah ade kat depan Club tuh.hihi~


Since Jah x call lagi, so aku menyampaikan idea utk ke KLCC.huhu~ Kami pun jalan2 la di situ. X sampai 15 minit mcm tuh, Jah dah call ckp die dah abes interview. So kitorg pun bergegas la utk kembali ke parking kete. Tapi Si cikgu ni sempat la juge mbeli perfume Calvin Klein utk si jantung hati nye. Mase tuh ade promotion ye. Bagi aku mmg agak reasonable la price die sbb bli 1 perfume for men, free 1 perfume for women n 4 samples perfume women yg lain termasuk Calvin Klein yg baru taw *Euphoria Blossom by CK..baru ke?lame gile da..bak kate cousin aku..;D* jeles taw tgk org yg dah keje ni. *so mari cpt2 cari keje..eheee* Next destination is to Sungei Wang Plaza..cikgu Silawati ni nak shopping. Tapi aku n Jah x pk lain mase tuh selain drpd MAKAN! Lapa owwkeeyy~~ aku ni siap dah rase pening2 n nak mabuk sbb angin dah naik kepala.hahaha~ Kami memilih destinasi budget iaitu lunch di McDonalds.huhu~aku mengorder bubur ayam mcD n set nugget *mmg pelahap btol.wakakaka* Selesai makan tghri kami pun window2 shopping.. Semasa dlm kete, kami sempat la posing2 *camera+kami = xdpt dipisahkan..haha~* Plan awal kami mmg nak g Petaling Street tapi memandang kan cuaca pun xberape nak elok sbb hujan renyai2 dah start turun. Jadi terpaksa la menangguhkan plan ke Petaling Street utk ke brape ratus kali nye ntah..wakakaka~ Sian cikgu Silawati dah majuk n tarik muke seposen.haha~ Pastuh Jah pujuk ajak g hari Khamis ni.huhu~*menyampah aku nk kene pujuk..wahaha~bak kate Jah, ni kalau anak buah aku, aku dah lempang dah..wakakka* Tp, maaf ya lalink2 ku sekalian, aku x dpt follow kerana hr Rabu i'm going to Kelantan for the 2nd time to attend my cousin's wedding di pihak pengantin lelaki pulak. Memandangkan sumenye dah penat n mengantuk, kami mengambil keputusan utk pulang je ke rumah. Kat highway bley plak terserempak dgn mak aku tgh drive otw blk keje.hahaha~ *Jah siap ckp,ko turun Dyla, ikot mak ko blk..wakakka.kuwang ajor btol! ;D* Dalam kol 5.40 pm dah sampai rumah dah.*serentak sampai dgn mak aku..hehe*

POSING DI DALAM KERETA


p/s: menaip sambil tgk cerita Zati & Si Mawas kt tv9..;D

Monday, June 8, 2009

Doa Taubat

Assalamualaikum saudara, saudari.. Di sini aku nak berkongsi satu doa dgn kamu sume iaitu doa taubat. Nak dikatakan aku ni alim n warak tuh tidak la..Tapi ini adalah untuk tatapan kita bersama sebagai umat Islam bahawa Allah sentiasa memaafkan hamba-Nya yg berdosa. My Ayah slalu bukak channel Astro Oasis bile time maghrib. Seriously bile 1st time dgr nasyid doa taubat ni kt Astro Oasis waktu maghrib hr tuh, aku bole duduk kat depan TV dgr sampai la habes. Mmg sgt la sayu hati ni bile mendengarnya. *nak nanges pon ade..heee~* So, kat bawah ni aku selitkan lirik n lagu nye skali kalau korang nak dengar n mengahayatinya ;). *nak dgr tuh sile la stop kugiran aku kt sebelah ni yep..ngeehehe ;D*


Ilaa hilaastu lil Firdausi ahla, walaa aqwaa ‘alaa Naaril Jahiimi. Allah, fahablii taubatan waghfir dzunuubii, fainnaka Ghafirun dzambil ‘adziimi

Ilaa hilaastu lil Firdausi ahla, walaa aqwaa ‘alaa Naaril Jahiimi. Allah, fahablii taubatan waghfir dzunuubii, fainnaka Ghafirun dzambil ‘adziimi

Tuhanku aku tidak layak
untuk syurgaMu
tetapi aku tidak pula
sanggup menanggung
seksa nerakaMu,
dari itu kurniakanlah
ampunan kepadaku,
ampunkanlah dosaku,
sesungguhnya Engkaulah pengampun
dosa-dosa besar........

Tuhanku aku tidak layak
untuk syurgaMu
tetapi aku tidak pula
sanggup menanggung
seksa nerakaMu,
dari itu kurniakanlah
ampunan kepadaku,
ampunkanlah dosaku,
sesungguhnya Engkaulah pengampun
dosa-dosa besar........


Oh! Rebecca

Morning guysssss~ kol 7pm smlm baru sampai rumah dr kampung. Letey betul la buat kenduri kawen ni especially bile kat kampung sbb sume kene masak sendiri. *mcm la aku yg masak ;D* Lain la kalau kat bandar2 skrg ni sume dah pakai catering, so xde la penat sgt. *pikcer kawen update nanti2..hahaha* Harini pagi2 dah bangun..mak pesan suh basuh baju yg selambak yg dipakai semasa di kampung plus baju sebelum blk ke kampung.hahaha~ Malas skali nak bgn td. *Jap lagi aku rase ade potensi utk aku tdo balik ni.hahaha~* Lepas settle sume basuh, bilas, sidai baju, aku mandi2 n siap2 nak g post office. Nak jemput si 'Rebecca' blk rumah..suppose dah bole jemput 'die' hr jumaat hr tuh, tp x sempat plak plus aku sgt malas.huhu~ Bile dah blk dari post office, x saba nak tgk 'Rebecca' keluar dr bungkusan. Wah!! mmg sgt cun la..hihi~ ;D Ni la dia 'Rebecca' kuh! Tarrrrraaaaaaaaaaaaaaaaa~~!!!


Ni bukan kaki aku. Kaki model blogger yg aku bli 'Rebecca' ni.huhu. Nak snap pikcer pun aku malas.upload dr blog die je.ngeee~ Tapi bile aku pakai 'Rebecca' ni, kaki aku cantik mcm dalm pikcer ni jugak la.wahahahaha~ *skrg ni pun tgh pakai 'Rebecca' la ni..;D*

Saturday, June 6, 2009

Balik Kampung!


Yeaaaaahhh~ Skrg kol 1.30 am..Jap lagik dalam kol 8 am aku n family dah nak blk kampung sebelah my mum dah. Dekat aje..di Tanjung Karang..kire dlm selangor juge n dlm 1 jam stgh tuh bru smpi..huhu. Ade kenduri kawen cousin kuh di sane. Hari ahad baru akan kembali semula ke Klang n memblogging.hihi. Cousin aku tuh sebaya dgn aku tp die dah nak kawen taw..melampau la mcm ni..*emo tetibe..haha~* xpe2..aku bahagia bila engkaw bahagia..haha..toyer btol! ;D k la..maw tdo suda..nantikan pikcer2 kahwen sekembalinya aku ke Klang! ;)


Friday, June 5, 2009

Peneman Setia

Title entry x tahan..hahaha~ tp mmg pon aku ni selalu jd peneman rakan2 yg perlu ditemankan. *ape aku merepek ni ;p* Ok la..straight to the point la ye..Tepat jam 3.15 pm td sampai depan rumah. Sampai2 je nampak ade notis Poslaju..yeay!! brg dr blog suda sampai. Barang apekah itu? tunggu next entry.haha~ Tapi dah masuk rumah mcm malas nak kua blk. Office hour smpi kol 5 pm. Sempat je kalau nak g kua amek kt pos opis Klang tuh. Tapi malas tetap malas. xde sape yg dpt membantu.huhu. Esk sabtu minggu pertama, cuti plak. So tunggu la sampai hr isnin nant bru g amek.hihi~ ;D Ape yg aku buat dr pagi td sampai kol 3.15 pm baru sampai rmh? Agenda aku bermula seawal jam 7 am. Mak dah ketuk pintu nk bgtaw die dah nak g keje merangkap suh aku bgn pg. Dgn malas nye aku pun bukak pintu n buat rutin setiap pg, salam tgn mak b4 die g keje. *anak yg baik taw..ngeee~*. Nak tdo blk terbantut plak sbb mlm td dah janji dgn Jah teman die g interview kt Plaza Mont Kiara kol 10 am. Tapi yela, nak gerak awal. Konon2 buat persediaan awal la. Opkos la jalan mesti jem pagi2 ni n nak cari Premis interview tuh lagi. So g mandi2 n siap2 dalam kol 8.15 Jah dah sampai n trus gerak menuju ke destinasi yg dirancang. Jalan x berape nak jam plak sbb skrg kan gh cuti skolah.huhu. Kami mengambil langkah bijak dgn mgunakan highway NKVE n tros ke Damansara.huhu. waaaa...kol 9 dah sampai ye. Awal 1 jam ni. Tapi mase utk mcari premis Sunrise Berhad di Plaza Mont Kiara. Bole sesat plak kami kt situ.huhu. Betul2 kete park kt depan Restoran Pelita kt Desa Hartamas tuh sambil calling2 org yg berkenaan utk mberi petunjuk.huhu. Last2 kami berusehe sendiri. Yes! akhirnye jumpe juga. Mmg sgt teruja ye tgk opis die..ngeee~ Ok..mase utk d interview Jah. Gile kecut perut minah ni. haha~ Aku lepak di bahagian menunggu kt luar bilik interview tuh. dlm mase stgh jam tuh Jah dah settle n kuar dgn muka lega..tp x taw la dpt ke x kan. sbb org tuh kate pape die akan call.Tp Jah kate mcm x confident je. Jwb mmg la jwb sume soalan yg ditanye. Tapi die mcm x satisfy dgn performance die td. Dah la company tuh sumenye Chinese. x nampak satu btg hidong pon bangsa lain.mula la pk bukan2.huhu. Siap 3 org yg interview die. Tp pape pun dah lepas dah. pape lepas ni tawakal je. Ade lagi satu interview kt block sebelah kt Plaza Mont Kiara jugak tp Jah x pegi..haha~ hr selasa ade lagi interview. Mmg hangat mcm pisang goreng la ko Jah.wahaha~ Before blk tuh kami singgah bfast jap kt Delifrance. Aku x order mkn sbb dah bfast nasi goreng kt rumah. Aku just order Cappuccino je. Jah je yg makan.*bia la.. org tgh stress mmg makan byk* huhu~

muke Jah yg stress..;D


stress2...posing tetap posing..hihu~


Cappuccino kuh~


menu org stress~


Bile org stress dah kenyang..kami pun beredar pulang. Dlm ondaway tuh tibe2 Jah teringat yg hrni bday kwn kami iaitu Ida Si ibu mengandung..hihihi~ So aku pun bg la msg wish bday kat die n pastuh Jah trus call ida. Dlm call2 tuh si Jah ni mengayat ibu mengandung suh belanja kek sempena bday die.kuwang ajor btol.hahaha~ Seb si ibu mengandung begitu mulia hatinye nak belanja kami.haha~ Kami pun tros kutip ibu mengandung kt rumah die.haha~ then trus ke secret recipe bkt tinggi *nak makan yg demand2 je..wakakaka~* Niat murni dihati kami ni mmg nak makan kek je..tp si ibu mengandung ni mengofferkan diri utk blanje lunch skali..waaaa..smoga murah rezeki la.hikhikhik. Memandangkan dah kol 1 lebey n pg td pun bfast di awal pagi, confirm2 la perut ni meronta2 utk diisi. huhu~ So aku pun mengorder la menu favourite ku iaitu Chicken Cordon Bleu bersama ice lemon tea dan kek Choc Mud Fudge..nyam2! Ibu mengandung n Jah order Tom Yam Kung n kek Tiramisu & Bluberry Cheese Cake. Sgt lame berborak2 n lepak di situ sbb perut masing2 dah penuh n x bole nk bangun.hahaha~ Lepas tuh kami jalan2 cuci mate jap kt sekitar kawasan. Isskkk...tgh sale ye skrg nih! *duwet tgh xde ni! huwaaaaaa~~* Memandang kan ibu mengandung pun mcm x berapa nak sihat dgn pembawakan budak itu, lalu kami pun mengambil keputusan utk pulang sahaja n berehat. ngeee~

Si ibu mengandung..hikhikhik ;D

Choc Mud Fudge Cake

Chicken Cordon Bleu

ice lemon tea..*mcm rase cap lipton nye..hahaha*