Saturday, October 24, 2009

Hadiah PM untuk Rakyat

Aku pasti ramai rakan-rakan yang berkhidmat dengan kerajaan ternanti-nanti pengumuan bonus untuk Kakitangan awam semasa Pembentangan Bajet 2010 oleh Perdana Menteri semalam (23 Oktober 2009). Ramai juga yang terkilan kerana duit raya RM 250 yang dibayar pada Oktober 2009, kekal dianggap bonus. Bermakna Kakitangan Awam akan menerima RM250 lagi pada bulan Disember 2009, Bonus tahun 2009. Kerajaan memanjangkan pemberian Bantuan ini kepada semua Kakitangan Awan termasuk pesara. Tiada pula ada sentuhan lain yang berkaitan dengan Gaji kakitangan awam yang diumum dalam Bajet 2010 ni. Isu ni memang hangat diperkatakan semasa semua ahli keluarga berkumpul di rumah sepupuku petang tadi (Alaa..masa meraikan majlis hari jadi 'October Babies' tuh.hehe). Maklum la, kebanyakan mereka bekerja di sektor Kerajaan. Walaubagaimanapun TPM berkata, ini antara Bajet Terbaik pernah dibentangkan.

CUKAI

  • Pelepasan cukai pendapatan individu dinaikkan kepada RM9,000 daripada RM8,000.
  • Pengurangan kadar cukai maksimum individu daripada 27 peratus kepada 26 peratus.

  • Pelepasan cukai langganan jalur lebar sehingga RM500 setahun pada 2010 hingga 2012.


KAKITANGAN AWAM

  • Bayaran khas RM500 kepada penjawat Gred 41 hingga Gred 54 serta pesara wajib kerajaan pada Disember ini.
  • Pinjaman pembelian komputer setiap tiga tahun berbanding lima tahun sekali sekarang.


RUMAH

  • 74,000 unit rumah kos rendah disediakan untuk disewa kepada rakyat pada 2010.


KWSP

  • Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia diuruskan oleh KWSP untuk yang tiada pendapatan tetap termasuk pemandu teksi, petani dan penjaja. Setiap RM100 caruman, kerajaan menyumbang 5 peratus tertakluk kepada jumlah RM60 setahun.
  • Pelepasan cukai individu untuk caruman KWSP dan premium insurans hayat dinaikkan RM1,000 kepada RM7,000.
  • Caruman KWSP dinaikkan semula kepada 11 peratus.

PENDIDIKAN

  • Menukar pinjaman PTPTN kepada biasiswa bagi pelajar mendapat ijazah kelas pertama.
  • 30 pelajar terbaik menerima Biasiswa Nasional di universiti tersohor.
  • Pakej ‘netbook’ termasuk perkhidmatan jalur lebar dengan bayaran RM50 sebulan untuk dua tahun.
  • Diskaun 50 peratus perkhidmatan kereta api jarak jauh kepada pelajar dengan kad diskaun pelajar 1Malaysia.