Wednesday, May 4, 2011

Suka, Cinta dan Sayang






AMARAN AWAL:


Sebelum memulakan pembacaan
aku nasihatkan sila sediakan paper bag
kot2 nanti korang rase loya ke bile bace entry ni
sebab entry kali ni agak jiwa2 sikit
agagagagaga

Tapi...
ADE AKU KESAH?
:D






Bila di hadapan si dia yang kamu CINTA,
jantungmu berdegup laju
Bila di hadapan si dia yang kamu SUKA,
kamu berasa senang dan gembira


Bila di hadapan si dia yang kamu CINTA,
indahnya musim salju terasa seperti musim bunga
Bila di hadapan si dia yang kamu SUKA,
musim salju hanyalah seindah musim salju


Bila di hadapan si dia yang kamu CINTA,
kamu berasa malu
Bila di hadapan si dia yang kamu SUKA,
kamu akan tersenyum


Kamu tidak mampu untuk memandang terus ke mata
orang yang kamu CINTA
Tapi kamu sentiasa mampu tersenyum bila memandang
orang yang kamu SUKA


Di hadapan orang yang kamu CINTA,
kata2 yang keluar lahir dari perasaan yg terdalam
Di hadapan orang yang kamu SUKA,
kata2 yang keluar hanya dari fikiran


Bila orang yang kamu CINTA menangis,
kamu menangis bersamanya
Tapi bila orang yang kamu SUKA menangis,
kamu akan memujuk dan menghiburkannya


Perasaan CINTA bermula dari mata,
(bak kate pepatah : dari mata turun ke hati)
Perasaan SUKA bermula dari telinga
(yang ni tak berapa nak faham kenape mula dari telinga :D)


Maka,
jika kamu sudah berhenti menyukai orang yang kamu SUKA,
apa yang perlu dibuat hanya menutup telinga


Tapi, jika kamu cuba menutup mata,
CINTA bertukar menjadi titisan air mata
dan kekal di hati kamu,
selamanya...


Tatapi selain rasa SUKA dan rasa CINTA
ada perasaan yang lebih mendalam
iaitu perasaan SAYANG
perasaan yang tidak hilang secepat rasa CINTA
perasaan yang tidak mudah berubah secepat rasa SUKA


Perasaan yang dapat membuat kamu berkorban
untuk orang yang kamu sayangi
Mahu menderita demi kebahagiaan orang yang kamu sayangi


CINTA ingin memiliki
Tetapi SAYANG hanya ingin melihat
orang yang disayanginya bahagia
walaupun harus kehilangan...

http://www.emocutez.com





p/s : Perbezaan CINTA dan SEKS : ada yang berpendapat CINTA biasanya berakhir dengan SEKS. Cinta yang bermotifkan SEKS dapat berlangsung dengan sempurna walaupun hati seseorang itu tandus dari sebarang perasaan KASIH dan SAYANG. Perkahwinan semata-mata bermotifkan mencari kepuasan SEKS tidak akan berpanjangan. Oleh itu perasaan KASIH dan CINTA satu unsur yang perlu yang harus mendahului hubungan SEKS.