Harini bangun sangat pagi
tengok nasi lemak kopi O kat TV9
Pagi2 topik die tentang Cinta Pertama
Cinta Pertama..
Pernah tak korang mengalaminya?
Aku yakin..
semua org pernah ade kenangan terhadap cinta pertama
Pernah jumpa balik cinta pertama korang?
Macam mana rasanya?
Tersyahdu atau terkelakar? Hehe..
Cinta monyet tu bole dikira cinta pertama tak?
:D
Tak semua cinta pertama tu akan berakhir ke jinjang pelamin
Tapi alangkah best nya if cinta pertama tu
berjaya ke jinjang pelamin
Beruntungnya mereka yg berjaya membawa
cinta pertama sehinnga kawen
Tapi tu la kan....
hakikat kehidupan..
tak semuanya indah-indah belaka
Aku tertarik dengan pendapat kat bawah ni..
Pernahkah anda terfikir, kenapa masih ramai yang membujang walaupun usia sudah menghampiri ke penghujung senja (Sama ada lelaki ataupun wanita). Jangan menuduh sembarangan tanpa asas yang kejap. Memilih ... harus memilih agar jiwa tidak tercalar namun yang penting, pernahkah anda sedar bahawa cinta pertamalah merupakan punca utamanya ramai yang memilih hidup membujang. Kadang-kadang, insan takut untuk mengundang cinta itu lagi untuk bertahkta di sanubarinya kerana takut kecewa menghiasai rumah jiwanya semula. Memang sukar untuk membentuk rumah jiwa jika kecewa sudah menghiasi di dalamnya. Kadang-kadang ia mengambil masa bertahun untuk mengubati parah yang hadir. Namun, sampai bila kita harus mengenang cinta pertama jika ia amat menyakitkan? Sampai bila kita hendak menutup pintu hati kepada mereka yang layak bertahkta di dalamnya? Sampai bila kita hendak dingin pada perasaan cinta sedangkan naluri kita amat memerlukannya untuk mengisi kekosongan di dalam jiwa. Sampai bila kita harus menyendiri jika kita tak pernah memberi peluang untuk mengundang cinta sejati? Kadang-kadang, cinta hati kita berada hampir dengan kita Cuma kita yang tidak perasaan kerana terlalu taksub dengan cinta pertama yang menyakitkan hati itu sehingga kita terlepas cinta sejati. Kita harus membuka mata untuk melihat cinta sejati kita agar kita tidak menyesal di kemudian hari sekiranya cinta sejati itu juga terlepas daripada genggaman kita.
Kesimpulan yang dapat disimpulkan disini, kadang-kadang cinta pertama membuatkan seseorang itu hilang kepercayaan kepada lelaki/wanita sehingga keraguan sentiasa timbul di hati mereka untuk mengecapi bahagia. Kadang-kadang mereka sanggup membujang hingga ke akhir hayat gara-gara cinta pertama yang menyakitkan hati. Walau apa pun situasi cinta yang anda alami, satu yang aku harap – hargailah cinta yang hadir kerana sekali ia pergi, susah untuk mengundangnya semula ...
Tetiba gedik plak kan nak dengar lagu
First Love by Utada Hikaru
Cinta pertama by Bunga Citra Lestari
Lirik die *Kau tak sempat tanya kan aku
Cinta kah aku padamu?....*
best wei...:)..gedik! hahaha :D
Omaigod! sangat cantek la bunga ni..
Cinta kah aku padamu?....*
best wei...:)..gedik! hahaha :D
Omaigod! sangat cantek la bunga ni..