Haaa...faham tak tajuk entry ni? Selalunya kan kita terbiasa dengan pepatah Jauh Di Mata, Dekat Di Hati. Kalau zaman dulu kita boleh la gunapakai pepatah macam tu. Tapi untuk zaman sekarang ni rasanya macam orang dah tak patuh pada prinsip percintaan sebegitu lagi. ewah! *poyo la cakap mcmni. :D* Bagi aku zaman sekarang orang lebih suke Dekat Di Mata, Dekat Di Hati. Nak kena nampak depan mata je. Tak boleh nak jauh2. Kalau tak nanti berisiko untuk curang. hohoho~
Mencabar dan sukar. itulah ungkapan paling tepat untuk digambarkan hubungan jarak jauh ni. Tapi, adalah tak mustahil hubungan sebegini dapat bertahan dan kekal lama dan mempunyai peluang yang sama untuk berjaya seperti perhubungan cinta jarak dekat. Bahayanya relationship sebegini adalah jika terlalu lama berjauhan dikhuatiri kasih sayang mula pudar. Tetapi daripada sumber pakar psikologi yang aku baca through website UKM, hubungan jarak jauh ni sebenarnya jika difikir dari sudut positif adalah lebih manis..ala2 sweet gitu..haaa..:D
Komunikasi sangat penting dalam hubungan, lebih2 lagi if kita berada di dalam situasi cinta jarak jauh. plus KEPERCAYAAN & KEJUJURAN. Hantar beberapa sms ringkas pada waktu yg tak terduga pun dh cukup happy utk membuatkan pasangan rasa dihargai dan dirindui. (ok.aku rase geli bile ckp mcmni.hahaha). Contoh sms mcm ni : "Bangun sayang, dah masuk subuh dah" 5:59am (konon2 waktu di Algeria 10:59 pm) . kite bangun, dia pula nak tidur..:)
Ape yang sweet sangat sms mcmtu? Mcm biase2 je tapi bagi pasangan jarak jauh, makna sebaris ayat tu cukup membuatkan untuk senyum mcm org angau cinta pertama. agagagaga~ (gegeli tak? hahahaha)
Bagi aku, jauh ke dekat ke takde hal la. Yang jadi halnye adalah karenah masing-masing bila berjauhan. Yes! Karenah kamu dan die. Boleh ke handle bile berjauhan? Tak rase macam nak terpikat dengan orang lain ke? Yang lebih senang bertentang mata dengan kite, yang lebih senang nak tengok-tengok kan kite dikala susah dan senang, sihat dan sakit. boleh ke? Tepuk dada tanya diri. Tanye diri tanye hati. Tanye hati mampu tak nak atasi. Kalau tak mampu jangan berani2 nak involvekan diri. WAH! IT RHYMES!! hohoho (pinjam ayat cik eyka..:D)
Lain orang lain la caranya. Berdasarkan pengalaman (amboi..nak cite pengalaman dunia perchentaan dolu2 la pulekkk..hahahaha), kalau aku mcm takde hal la berjauhan ni. Lagi rase macam sayang lelebih je sbbnye bila jauh, jarang jumpe, just sms je n kadang2 call je terus kalau dh rase mcm malas dh nak type sms or dlm erti kata lain rindu sebenarnye nak dgr suara.gedik! hehe. Bila ade chance nak jumpe, perasaan excited and berdebar tu sentiasa ade. SENTIASA ADE! :D
Berdebar2 tandanya ape? ngeh3. Kalau duduk berjauhan ni memang agak payah sebenarnye. Sebab nak atasi dugaan2 mainan perasaan sendiri. Bile kekasih lambat reply sms je mula lah fikir yang bukan2. Mesti akan fikir : Eh, die ni mesti sibuk sms dengan org lain ni! Kan? kan? kan? jangan nak tipu. sebab aku pun macam tu. hahaha. kantoi disitu ye! Selalu je nak fikir negatif bile bab lelaki. Tak tau la apsal. sebab lelaki ni bukannya boleh dipercayai sangat. So ok what kalau fikir negatif tentang lelaki ni. Untuk kebaikan diri sendiri jugak..uwekskss! :D
Heehehe. Tapi tak elok sangat nak fikir negatif ni. Bila kite fikir negatif tapi benda yg sebenarnya bukan seperti ape yg disangkakan, kite yang akan rasa sakit. Sakit hati sebab fikir macam2. Biaselah perempuan kan emo. Lagi-lagi kalau sayang, mane tak emo kan bile fikir yang bukan-bukan. :D
Ape salahnya kalau bercinta jarak jauh. Jarak jauh ni bukan penghalangnya. Tolong lah henti salahkan jarak. Cuba salahkan diri sendiri pulak. Kalau bergaduh, tak kekal lama semua tu mesti nak salahkan si dia yang jauh di mata. Habis tu dah tau die jauh di mata, yang pergi jauhkan dari hati sekali tu pasal ape?
Lepas tu ade je orang yang kekasih jauh di sana, dia di sini main mata dengan orang lain. Bila dah bermain mata, mula lah bermain sms, lepas tu terpikat, then berpisah dengan kekasih yang jauh di mata tu atas alasan : Jauh sangattttttt.....kenapa perlu salahkan jarak?
Lepas tu kena tengok diri sendiri plak macamne. Ramai kawan lelaki ke kawan perempuan? Kalau ramai kawan lelaki, kawan takat rakan sekuliah atau sekerja ke...atau kawan sampai ke message? Bagi aku, we try to make it simple. If dah berpacaran tu, nk kawan ramai2 pun xpe. kawan je dengan semua orang. Tapi kawan setakat rakan sekerja je la. Nak main2 sms? jangan harap. Bazir kredit je sebenarnya. bazir bill. Lain la kalau single and available. main sms n calling2 sampai kredit abes n bill melambung pon xpe. wawawawawa :D (melampau je statement.hahaha).
Apepun terpulang la kat individu. Ade yang tak mampu nak berjauhan. sebab susah. Tapi ade jugak orang yang boleh berjauhan. Katenya tak susah pun jauh2 ni. sebab apa? sebab biasalah, jauh di mata, tak semestinya jauh di hati kan? Sometimes yang jauh tu la yang best. Ade individu menyatakan kalau jauh2 ni baru la adventure! baru thrill! Baru bole nak pastikan seseorang tu betul2 serius ke tidak. sebab die still setia kat kite even berjauhan. Bila tak selalu jumpe, setan susah nak hasut, susah lah nak hanyut! :D
Tap...tapi...tapi...tak bermaksud org yg bercinta jarak dekat n selalu jumpe tu selalu kena hasut n hanyut ye. Jangan salah faham pulak. It depends on diri masing2 jugak nak kawal hasutan n nafsu supaya tak terhanyut. hohoho.
So, ade beberapa tips la jugak untuk menjayakan hubungan jarak jauh ni. Jangan terlalu psychokan diri & pasangan. Sebabnya selalu orang yang berjauhan ni, susah sikit kalau nak percaya yang pasangan kite tu tak bermain cinta dengan orn lain. SERIUS SUSAH. Nak depends on diri masing2 pon susah. Kekadang tu kite setia, tapi yang jauh kat sane tu tak tau la setia ke tak kan (contoh fikiran negatif yang menpsychokan diri sendiri). PERCAYA mmg susah. Tapi kalau dah PERCAYA, yang susah pun bole jadi senang sebenarnya.
Let say la die ade kawan yang berlainan jantina. Mestilah kite rase macam... ape die buat dengan kawan die tu? Die mesti suka kat kawan die tu kan? dah main2 cinta la tu! Dan kite pun mcm dah give up n berlalu pergi. Padahal keadaan sebenar, si dia memang KAWAN je dengan kawan die tu. So, kepercayaan & kejujuran tu memang sangat sangat sangat sangat sangat penting. Penting untuk mengelakkan perpisahan yg berkaitan jarak ni. Nak senang cite, take it easy je la. tak payah nak emo2 sangat. tak payah nak ego sangat. Bercinta je macam biasa. As if korang tak selalu jumpe, yang penting kene selalu contact each other lah..:)
contact each other ni pon nak define susah. sebab nak contact each other ni tak sume suke bermessage dengan gf 24jam je. Ade je yang malas nak layan message sebab busy. Memang betul2 busy buat kerja ke, tengok bola ke, melepak ke, main game ke or sebagainya. Ade jugak pasangan yang rimas bile kehidupan seharian die asyik nak kene buat report 24jam. Macam takde privasi langsung. Bila tak layan, merajuk. Padahal bukan sebab sibuk dengan orang lain, cuma sibuk dengan kehidupan sebagai orang bujang. yeah, orang bujang memang sentiasa sibuk dengan aktiviti harian.
Yelah..takkan lelaki ni nak sibuk memanjang je dengan perempuan sepanjang hidup bujang. Kite sebagai orang perempuan ni kena la FAHAM dan bagi chance dorang menikmati zaman bujang dengan bersuka ria bersama rakan2. sometimes give them some space lah. Tapi nak bersuka ria pun kena la berpada-pada jugak la ye. kannnnnnnnnn..:D
Lagi satu : Pastikan walaupun jaraknya jauh di mata, jangan biarkan hatinya bosan dengan kite. Hati kalau dah bosan, yang dekat pun boleh terasa jauh, yang jauh jadi semakin jauh. Lepastu, mula bukak kan sikit hati tu sikit-sikit dekat orang lain. Bila dh bukak sikit, tak dapat nak kawal, terus terbukak banyak hati tu n tersuka kat orang lain pulak.
Bile tersuka kat orang lain mulalah babak perpisahan dalam episod cinta jarak jauh ni. Nak hadapi perpisahan ni satu hal la pulak. Lagi-lagi orang yang ditinggalkan. Memang berendam air mata la gamaknya. Payah bebenor rupanye bercinta ni ye.
Sape kate senang? Ingat bercinta ni takat share hati share perasaan n share tempat berjiwang je ke? Tu cinta monyet boleh la. Sebab hakikatnya bercinta ni nak jage hati tu yang payah. Tu baru nak jage hati pasangan kite. Belum lagi nak jaga n ambik hati family pasangan kite. haaaa..yang tu lagi payah sebenarnya. hohoho. :D
Kepada mereka yang bercinta jarak jauh ni, jangan terpedaya dengan kate2 orang yang mengatakan cinta jarak jauh ni selalu tak lama n selalu gagal. Sebab semua ni terpulang pada diri sendiri samada nak gagal or nak berjaya dlm perhubungan tu. It's your choice. kite sentiasa ade pilihan. cuma pilihan kite tu samada betul atau pun tidak. Your choice is your decision. Besides, jauh tapi DEKAT lagi best daripada dekat tapi JAUH..kannnn...:)
Sumber : Sedikit info dikongsi bersama cik Eyka Hamasuba. Memang pandai berkata2 dak LAW neh..wee~ :D
p/s : Entry ni yang paling panjang kot aku penah type. Rase diri ni mcm ala2 pakar motivasi Dr.Fadzilah Kamsah plak. hahahaha~ :D