Thursday, January 27, 2011

Kenapa kita sulit untuk BERSYUKUR?








Hidup ini tidak selalunya indah. Selalu kita diuji dengan pelbagai ujian dan dugaan. Ada kalanya kita terjatuh. Ada masanya kita terluka. Ada masanya kita di bawah. Ada waktunya juga kita menangis. Ada masanya kita kecewa dan hampa. Ada waktunya kita merana dan sengsara.

Bagaimanakah kita saat kita diuji? Periksa hati kita..

Memang tak dinafikan, waktu senang manusia mudah leka (kadang2 aku pun macamtu :D) dan diwaktu susah baru mencari Allah. Tapi mungkin itu ujian dari Allah supaya hambaNya kembali mengingatiNya setelah berkali2 diuji mcm tu, mungkn kita, manusia akan terbiasa dgn ujian dan dapat sedar bahawa, di waktu senang juga kita patut ingat kpd Allah, lantas menimbulkan rasa bersyukur.

Dalam kita melangkah, terkadang di uji dengan ujian yang berat hingga kita terduduk menangis. Peritnya terasa, tapi ketahui dan renunglah kembali dalam diri, kerana mungkin air mata ketika itu hadir kerana Dia mahu kita menjahit kembali sejadah iman yang kian terkoyak, lantaran ada langkah-langkah yang tersasar. Semoga kita sentiasa tabah dan tetapkan iman..Amin.. :)


p/s : Kita susah atau senang, kita kaya atau miskin, kita comel atau hodoh, kita ada istana atau rumah setinggan, maka itu semua adalah ujian dari Allah dan ada hikmah di sebaliknya. Syukur itu wajib. Syukur itu segalanya! (perlu ke nak selitkan comel tu?hehehe :D)


Ya Allah
If I can't have what I want

Then please let me want what I'll have

Amin