Friday, January 28, 2011

I'll be On Vacation






It's vacation time baby!!
I'll be on vacation for 4 days starting tomorrow
or teruskan cuti till CNY maybe....heee~ :D
Will spend quality time with family


Cherating -> Terengganu -> Pantai Cahaya Bulan

Pantai Timur oh!

Yeeehaaaa~

bye! bye!

p/s : Borak petang dalam phone semasa memandu. Jah :"wei jom la lepak petang ni dengan Lan kat pot bese. Esok dah la ko takde. g bercuti lame.nanti miss miss.haa" Mengade sungguh! ayat nak jijik2 je...hahahahaha






Thursday, January 27, 2011

Fakta




Ok, cuba bayangkan seorang wanita cantik didekati oleh lelaki kacak yang tidak dikenalinya, lalu lelaki tiba-tiba berkata, “Hai awak! Jom pergi jalan-jalan dengan saya…”, rasa2 wanita tersebut akan ikut atau tidak? Secara realitinya, hanya 20% sahaja wanita yang akan ikut lelaki kacak tersebut. Tetapi, bayangkan pula jika lelaki didekati oleh wanita cantik yang tidak dikenali dan mengajak lelaki tersebut berjalan-jalan, fakta menyatakan 100% lelaki akan mengikut kemana sahaja wanita itu pergi. Kenapa “respon”nya berbeza bagi lelaki dan wanita? Jawapannya mudah!


“Lelaki terpikat dengan wanita melalui PARAS RUPA terlebih dahulu sebelum personaliti”

&

“Wanita terpikat dengan lelaki melalui PERSONALITI terlebih dahulu sebelum paras rupa”



Gorgeous Kimora Lee Simmons with her hubby~



p/s : So, renung2 kan dan selamat beramal..hik3
:D







Kenapa kita sulit untuk BERSYUKUR?








Hidup ini tidak selalunya indah. Selalu kita diuji dengan pelbagai ujian dan dugaan. Ada kalanya kita terjatuh. Ada masanya kita terluka. Ada masanya kita di bawah. Ada waktunya juga kita menangis. Ada masanya kita kecewa dan hampa. Ada waktunya kita merana dan sengsara.

Bagaimanakah kita saat kita diuji? Periksa hati kita..

Memang tak dinafikan, waktu senang manusia mudah leka (kadang2 aku pun macamtu :D) dan diwaktu susah baru mencari Allah. Tapi mungkin itu ujian dari Allah supaya hambaNya kembali mengingatiNya setelah berkali2 diuji mcm tu, mungkn kita, manusia akan terbiasa dgn ujian dan dapat sedar bahawa, di waktu senang juga kita patut ingat kpd Allah, lantas menimbulkan rasa bersyukur.

Dalam kita melangkah, terkadang di uji dengan ujian yang berat hingga kita terduduk menangis. Peritnya terasa, tapi ketahui dan renunglah kembali dalam diri, kerana mungkin air mata ketika itu hadir kerana Dia mahu kita menjahit kembali sejadah iman yang kian terkoyak, lantaran ada langkah-langkah yang tersasar. Semoga kita sentiasa tabah dan tetapkan iman..Amin.. :)


p/s : Kita susah atau senang, kita kaya atau miskin, kita comel atau hodoh, kita ada istana atau rumah setinggan, maka itu semua adalah ujian dari Allah dan ada hikmah di sebaliknya. Syukur itu wajib. Syukur itu segalanya! (perlu ke nak selitkan comel tu?hehehe :D)


Ya Allah
If I can't have what I want

Then please let me want what I'll have

Amin








Wednesday, January 26, 2011

says to share




negligence is harmful...
harmful to our souls...
a little negligence may cause a big loss...
even negligence over a small lil' thing may cause disaster...
appreciate what you have in your hands
or it may be blown away...
treat your loved ones with full attention
and shower them with affections
xoxo

Sharing is caring
Caring is loving
or.....BORING??
ngee~
:D





Sunday, January 23, 2011

Saturday, January 22, 2011

Kisah Oghen







Semalam ade orang bawak limau mandarin satu kotak kat office. Nak CNY ni kan. yang owner tuh pun mempelawa la kami2 ni makan. Tapi ade peristiwa sikit la pasal limau ni.

Si polan A : Eh, makan la oghen tu (oren)
*which is korang tak detect langsung yg die cakap tu adelah oren.huhu*

Si polan B : hah? ape tu?
*si sengal ni g lurus tanye.hahaha*

Si polan C : Oren..buah Oren..Oren la bongok!
*explain sambil terjegil2 bijik mata bg signal suh faham2 sendiri.
dengan muka nak tahan gelak.wakakaka*


Si Polan A : Hah...oghen la..
*blah dengan muka blur gile die tu.hadoii*

Si Polan B & C gelak berdekah2 macam nak terburai isi perut sejurus si polan A blah. Memang nak mampus betul dorang ni. Aku kua dari bilik aku, terus je dorang ni cerita peristiwa tu. Yang si pencerita tu memang bagus plak menjalankan tugas die sebagai penglipurlara yang berjaya. Siap buat aksi n intonasi sekali. Memang aku pon berdekah2 jugak la sampai terduduk n gelak takde suara aku dibuatnya. Jahat taw korang ni.hahahahaha. adoi la~


p/s : Nak dekat CNY ni wayang cina kat tokong2 area rumah aku ni dah start beroperasi ye. Sure jalan kat depan rumah ni jem dorang berarak nak semayang n setiap hari macam nak hujan sebab die buat membakar2 colok yang besar terpacak kat tepi sepanjang jalan tu. *ape ntah name nye.huuu~*



Thursday, January 20, 2011

Bukan aku tak suka




Bukannya aku tak suke kau
aku suke
sebab kau comel sangat
gebu, putih, bersih
gewam je aku tengok
tapi bile kau buat hal kat aku
mestila aku marah
dah 2x tau kau buat aku macam ni
ishhhhhh~~


muka lepas buat jahat gelak macam ni. lempang kang!

Si gebu ni telah kencingkan wedges aku!
2x ohkay!
baru lepas basuh ni
tak pasal2 dengan lantai kat car porch rumah ni aku basuh skali

pagi2 dah dengar suara ayah
"Adik, kasut kene kencing kucing lagi"
Haiiiiihhhhhh~!!
malas nye nak bangun tido time tuh.

Kepada penggemar2 kucing
bukan aku tak suke kucing
suke..tapi geli nak pegang
takot pun ade jugak sbnrnye..hehehe
*sebab pernah kene cakar kat peha..berdarah ohkay*
Pernah je g makan kat luar
tetibe kucing lalu kat kaki
melompat2 gue!
hahahaha..bengong la~




p/s : Happy Thaipusam n bercuti kepada yang menyambut. Tapi aku tak sambut pun cuti jugak. hehe. best! best! Negeri yang kene keje tu selamat menunaikan tanggungjawab yg dedikasi sebagai pekerja eh...kui3. Jap g nak pergi makan meatballs kt ikea tuh. tewingin mengada nak makan...tewingin..tewingin..tewingin..;D







Monday, January 17, 2011

saya like lah

Nak jadi mamarazzi jap.
memang kepochi tau.hahaha
suke la tengok yuna & Qi Qusyairi (blogger boy)
so cute la mereka ni.
If they're really in relationship pon
i sangat suke n sokong! weee~ ;)

suke statement slumber Qi masa kat Melodi baru2 ni
"Kalau jodoh saya dengan die, saya bersyukur. amin..."
sambil menekup kedua belah tangan ke muka
hahahaha. comel2...;D










Sunday, January 16, 2011

seram ke kelaka?




Pernah dengar tal pasal benda2 khurafat? ala...yang main jin tuh..yang mendrem2 tuh..yang jampi2 tuh..pernah? ofkos la kan..Budaya melayu tak terkecuali dengan dipengaruhi benda2 macam ni. Ok2..bukan nak bercakap pasal benda khurafat tapi nak cakap pasal movie 'Khurafat' filem seram pertama lakonan n arahan Syamsul Yusof dan dibintangi oleh Liyana Jasmay. Chomel gile bile bertudung. ;)




Tengah landing2 nak hilang kan penat balik from Singapore *seyes penat n kaki rase nak tercabot!*, suddenly my friend text ajak tengok khurafat. alaaaa....cite hantu. which is aku ni bukan penggemar cite hantu melayu or indon! penakot ohkay..;D Actually cite ni seram. sound effect pon gempak n jalan cerita die pon okey la jugak. takdela nak kate merepek or tak logik. Tengok sambil tutup mate pakai shawl ye. terjerit2 tengok. tapi ade jugak makhluk2 yang kt dalam cinema tu bole gelak2 tengok cite ni. buat2 takotkan orang. bengong betol la. kelaka ke? Time syamsul ni dukung mayat kat dalam hutan tuh sangat seram ohkay..bongok laaaaa.ishhhh! Lastly kenapa uolls mesti tengok cerita ni is sebab cerita ni jalan cerita die lain daripada movie hantu melayu yang lain. bole la bg thumbs up! Moh pakat2 jerit ramai2 dalam cinema. heh~



p/s : Seat dalam cinema tadi sebelah geng lelaki2 sotong ohkay. seyes tak bole bla derrr tengok aksi die n the geng takot. memang kelaka nak mampus! Daripada takot, terus tak jadi nak takot sebab nak tergelak dengan membe aku tgk aksi n dengar ayat2 dorang ni. hahahaha. hadoiii laaaa~






This is for you








When nails are growing,
we cut our nails,
not fingers...

similarly,

When ego starts rising,
we should cut ego,
not relations...


Friday, January 14, 2011

Off to Kota Singa bebeh!





So excited la ohkay batak..hahahaha
sangat perlukan hiburan at this moment!
so let's go berjimba2 di Universal Studios Singapore.

Tiket kol 11 mlm ni..
Janji dengan Diana jumpe lepas maghrib
sempat2.......
Baru siap packing2 barang
passport..ok!
duit...cukop kot! *kalau la mata ni bole tutup utk shopping..haha*
Baby Nikon..wajib ado!
handphone.. *kalau nak tinggal bole x? agagaga~ ;D*


Aku : Mak, minggu ni kite nak pegi singapore tau dengan kawan2
Mak : Mengada la ko ni. Cube la cakap "Mak, minggu ni kite nak pergi umrah la ramai2 dgn kawan2.sejuk sikit hati ni dengar"

hahahahahahha...mak ni buat lawak la plak. ayah aku dah terkekek gelak. Dalam masa yang sama aku macam dengar mak cakap kat ayah.."ayah nanti kite pergi nak?"..ayah pon jawab.."bole.." ngeeee~ jeles la tuh. ;D


Harini keje halfday
Nak ikotkan nak cuti je harini
tapi ade keje sket nak kene settle kan
haaa...nak g holiday pon bole ingat nk g keje lg
adehhh~

Nak half day kene la isi borang keluar dulu. Ofkos la kan kene dapat approval drpd bos.

Aku : Prof, saya nak half day harini. *hulur form sambil sengih2 n buat muka kesian sket*
Bos : Hang nak p mana? kalau nak p jumpa boyfriend aku x mau sign. *sambil tutup balik penutup pen sbb xnak sign* hahahaha. adoiii la...Kak Jah dah gelak2 dah.
Aku : Alaaa..prof. saya nak bercuti merehatkan diri. heeee~ *last2 sign jugak form tu. yeay!!*
Kak Jah : ko bli kan akak tshirt tau. haaa..nak color putih.
Aku : Amboi..sape kate nak bli tshirt ni? bg keychain je la..hahahahha
Kak Jah : hahahhahaa..tak senonoh la budak ni.

Dr. Anitawati : Hati2 g Singapore n have fun. Jangan lupe hari Isnin nanti kite nak kene jumpe Dekan tau. hahahaha. sambil dia gelak jahat. cessss! ;D


Takmo..takmo pikir pasal keje buat mase sekarang. takmo. takmo!
kite Enjoyceeeeee~~~~
*buat aksi cam Puteri* ;D






Thursday, January 13, 2011

Gelagat Pagi







Harini pagi2 sampai office, EO aku which is one of my staff dah tercongok berdiri kat depan partition. Kak Jah namenye. Dah dianggap macam mama la kat office tu. ye absolutely la kan die mmg sangat kepoh.hahaha. ;D Pagi2 die dah buat muka macam blur n ala2 macam sadis gitu.

Kak Jah : "Ko nak tau satu cite tak?"

Aku : "ape?"

Kak Jah : "Akak bawak kete selama ni baru pagi ni akak tau lesen akak dh mati bulan 2 tahun lepas".

Aku : "haaaaa??? almost setahun tuh! hahahahahahaha. Naseb baik la akak ni drive g keje blk keje je kat shah alam ni."

Kak Jah: "Ooooo..ko gelak kan aku yehhhh??"

Aku : "Macamane boleh realize lesen kete tu dah mati?"

Kak Jah : "Laki akak pagi tadi saje je nak check lesen. Pastu die dah takot2 kan akak. lesen ni kalau dh mati nak dekat setahun ni kene duduk dalam jail la. Ko rasa kene pape denda tak?"

Aku : "hahahahaha. erm...rase tak kene pape kot. sbb dulu cousin saye kes mcm akak jugak. almost 5 bulan drive ulang alik g keje dr klang to KL x sedar lesen dh expired. Pastu renew mcm bese je. x kene denda pon"

Kak Jah : "betul ni? akak dah cuak dah ni."

Aku : "betul...eh, saye ni gelak2 kan orang skali lesen saye pon dah expired jugak. Jap nak g check"

Then kak Laila & Faizul pon sampai..makin ramai la office. suddenly je trus ingat kat lesen aku. huhu. hoh! sah tempoh sehingga 21 November 2010. hahahhahhaha. mampos ni kene gelak balik dengan kak Jah. hadoiiiii~

Aku : "ha'ah laaaa...saye punye pon dah expired!!"

Kak Jah : "haaa....tuh la. gelakkan aku lagi. wakakkakakakkakakakakkakakkakakka! " gile kuat wei die ni gelak kan aku. siot je

Aku : "At least saye punye 2 bulan je okay..xde la sampai setahun. hahahahaha"

Kak Jah : "hahahhahha. tak senonoh la ko ni dyla"

Aku : "gile la dah merayap sampai KL, Tapah sume dengan lesen mampus ni.hahaha"

Kak Jah : "ko lagi dasyat otai dyla. Faizul, kalau macam akak ni dah lame sangat tak kene denda ke?"

Faizul : "Takdela. renew kat pos office die charge rm32 je utk setahun. rm2 tu charge die."

Aku : "eee...kak jah ni tak penah renew lesen ke?"

Kak Jah : "Tak...selalu laki aku yang buatkan.ooo..ko gelakkan aku yeh" itu je la modal die. "ko gelakkan aku yeh"..hahaha. suke! ;D

Faizul : "Laila, u taknak check lesen u expired bile?" saje je tanya kat orang yg mmg takde lesen kete. bikin panas je.hahaha

Laila : "ooo...lesen i 10 tahun lagi pun mmg tak expired"

Kak Jah & Aku : kohkahkohkahkohkah gelak.

Kak Jah : "Nah la Faizul, tolong akak renew kan lesen ni. Dyla ko bg la skali ni."

Nak renew tu opkos la kene bagi lesen yg dh expired tu dengan yang ade gambar tu kan.

Faizul : "wahhhhh...gile gemuk muka ko dulu. nampak suci je muka.hahahahha"

Kak Jah : "mane2..tengok. muka ko budak2 la dyla. wakakakakakka" amboi. mmg suke betul gelak kan aku kuat2 die ni.

Aku : "aku mmg suci pun.hahahha.ooo..kire sekarang aku kurus la kan faizul? hahahhaa"

Laila : "Memang itu yang ko nak dengar pun kan sebenarnye dyla...menyampah!"

Aku : "hahahahha"

Faizul : "Ni dua2 bagi RM50, so balance keep the change la ye?hehe"

Aku : "Tak baik la amalkan riba'. hahahahhaha"

Faizul : "woi mulot ko...cili baru tau." sambil jegil2 mata n gelak kat aku.hahahaha

Aku : "haaaaa...takot kan..hahhaha. Nanti kami bagi la upah. terima kasih Faizul" sambil senyum manje. awwwww~ wakakakaka ;D


Papepon sangat berterima kasih la kat Kak Jah tu. Kalau tak sampai sekarang drive dalam keadaan illegal..huhu


p/s : The office brings us moments that make us laugh, make us cry, and best of all, moments that make us laugh so hard we're crying...


Wednesday, January 12, 2011

Patut la...



Minggu ni rasa ade je yang tak kena
cakap sikit nak emo gile
padahal takde pape pun *mengada!*

pastuh xde mood nak buat sume benda
Attend meeting kat faculty dengan bendahari pun
mmg macam takde perasaan je nak menjawab
slumber je muka ni tadi.huu~
*siap pin shawl tercabut masa meeting.bengong.kui3*



No wonder la.....
bendera jepun dah dikibarkan tanpa disedari.ngee~
kenapa la symptom mcm ni perlu ada?
Situasi macam ni boleh menyusahkan org lain tahu
Tak suke! Tak suke!


selingan 1 : Ade orang tegur saye masa tengah nak solat "Bila awak bukak tudung, awak nampak mcm mix jepun la". heh...celah mane la jepun nye? hadoi...kelaka2. ;D



selingan 2 : Statement pemilik Facebook : "Secara jujurnya saya fikir ia (menutup laman Facebook) adalah untuk kebaikan. Tanpa Facebook orang ramai akan keluar dan berjumpa dengan rakan-rakan, itu adalah lebih baik". Hmmm....semua orang akan patah balik ke friendster la macam ni. Account friendster pun dah macam hidup segan mati tak mau je.huhu. Myspace *semak dengan budak2 yg baru nak up* ape ntah lagi. lame dah delete account tu. or Twitter? tak terlayan ade banyak2 social website ni. lame2 bosan~~~



selingan 3 : Tadi berdiri kat depan pintu bilik sambil buat muka kesian n penat.

Mak : "nape dengan ko ni? penat sangat ke?"
Aku : "pening kepala la"
Mak : "Tak makan ke tengahari td kat office?"
Aku : "Tak..tak selera.."
15 minit kemudian...
Mak : "Adik...jom sini makan"
Aku tengok atas meja dah siap nasi dengan lauk. *mengada yehhhh* ;D





Tuesday, January 11, 2011

Recovering








Pain, stress and loss is a reality that we all have to deal with in our lives from time to time. It can control our lives and bring us down, or it can actually cause us to change in good ways and make us better. It’s easy for us to want to push aside our negative feelings and not acknowledge their existence. We want to feel good and be happy all of the time.

And there’s nothing wrong with wanting happiness.

When pain, stress, heartache, or loss strike us, they can actually change us to make us better people and can help us deal better with future occurrences of pain.

Realizing that good can come out of bad situations is a powerful realization. There must be a reason that humans feel such horrible feelings! Though these feelings are considered 'bad' and 'negative', they are really our allies.


p/s : Bila tengah buat keje sambil muka stress tadi makhluk ni datang dan bersuara "Nah dila, aku bagi ni dan baca betul2." Aku tengok "hoh? pakej perkahwinan @ INTEKMA Resort & Convention centre". "So??? ape maksud ko ni?" terus je aku gelak.hahaha. makhluk tuh pon cakap "Eh...die gelak plak Ain". Bongokss laaaaa~





Monday, January 10, 2011

Dengar Dulu Baru Tahu




Don't jump quickly to conclusion
Listen carefully and try to understand baru la tahu
jangan asek nak memekak2 je
Kalau tak tau prosedur
so dengar la cakap orang yang tau prosedur ni
Suruh orang ikot prosedur tapi sendiri tak mau ikot
Tak bole bla derr attitude macam ni
Macam la hebat sangat tau semua benda
Ingat tak buat homework dulu ke sebelum sampaikan maklumat
Naseb baik la bole bersabar lagi
walaupun macam dah bernanah2 je hati ni
Jadi stupid sikit2 dah la
Jangan jadi stupid sangat!
What the %#$%#$%%#####%!!!!!!!
macam haram.
that's it!
*memang ini entry aku paling bengang! bengang sampai tak terkate n macam nak nanges! huh!*




Rase macam nak penyek2kan muka org tuh mcm dlm gambar kat bwh ni




Lepas tu potong kepala die campak kat laut bg jerung makan!

hahahahahhaa! baru la puas!
Kejam gile!


p/s : Ok setelah marah. marilah kite bermuhasabah diri. ngeee~





Sunday, January 9, 2011

Transformasi rambut oh!




This year telah membuat keputusan yg sangat sukar
My mum suruh potong rambut banyak kali
tapi saye sangat degil
saye tak mahu!
i love long hair!

Tapi ntah mcamne haritu
bole tergerak hati ni nak buat 1 transformasi pada rambut
arggghhhhh..dh rindu nk rambut panjang balik
cepat2 panjang..

dalam konon2 buat keputusan sukar tu
buat bob hairstyle tau...heeee~
comel..*perasan sungguh ok..*
;D


Short bob hairstyle
sekarang rambut macam die.
rambut belah tepi
sangat pendek oh!
*cute la katie holmes nih.geram!*



More of bob hairstyles
I'm Kinda like rihanna's hairstyle~














Thursday, January 6, 2011

u've got to go Go go Go Go go





Got to go by Najwa
I'm drooling over this song. oh!
soothing to my ears
love the lyric some more


Got To Go

This time I'm gonna live my life,
I ain't no stepford wife,
No I ain't perfect,
Gonna find somebody who's worth it
And no, you ain't that person
Coz i caught you constantly flirtin'
With my best friend...

So i guess i'll say goodbye
I'll find me another guy

Why, (why, why, why) You always makin' me
Cry, (cry, cry, cry)
No I can't stand it, no you can't be my man
It don't matter who you are,
Even if you were a star,
You've got to go (Go, go, go... go, go, go)

Read my lips i'm leavin',
and no no i ain't teasin',
This time it's for real,
Gotta find you another girl,
Coz this one sure ain't stayin',
By the time you finish what you're sayin'
I'll be gone...



p/s : I'm kinda astounded with this man's quotes. I coincidently encountered his twitter. "Sex is far more than a physical connection. You give yourself and they don't make a condom to protect your heart" hohohoho~





Sunday, January 2, 2011

Movie on weekend



Layan movie sepetang di Astro pada hujung minggu
sambil2 baring atas sofa
sangat nikmat!

Tengok cite ni ulang2 pon tak bosan
The movie is full of moral values
Especially love between father & daughter

Unsur2 komedi pon ade sket
sampai mak aku pon terjaga drpd tido
Terjaga sebab aku gelak kuat2 n volume TV pon kuat
Die bangun2 cakap "Eee...x senang la nak tido" hahaha
tapi last2 die pon join tengok skali.
pengaruh kuat aku ni.hehe

Comel gile cite ni..
Liyana Jasmay pon comel jugak. wee~
"Awak mmg suke cakap sorang2 eh?
Ayah kite pon suke cakap sorang2.
Kalau awak jumpe ayah kite mesti die suke awak"

cakap dalam hati "Kite pun suke kat awak"
heh~


p/s: harini berjogging di tasik shah alam. Sangat teruja bila dapat jog pusing 1 shah alam. bakar kalori oh! ;) Masa drive g shah alam tadi sempat jugak makhluk ni bersuara "dila ni drive laju2, kite ni nak pergi johor ke?" hahahaha. bongoks~

Someone confessed to me : "My new year resolution is to pray 5 times a day". Alhamdulillah... happy for you dear! ;)





Saturday, January 1, 2011

Engkau Selalu Diraikan Setiap Kali Tahun Baru Muncul




Today is my sis's birthday
setiap kali sambut new year
pasti die diraikan
dan pasti la kan umur die pun bertambah
weee~ ;D

semoga di murahkan rezeki
cepat sket proses buat baby tu
lame dh tunggu nak anak buah neh~


Black forest cheese cake. yummy!
kire ni hadiah dari aku la yeh utk ko kakak this year. kuang3 ;D


Last but not least,

The best thing about having a sister
is that i always have a friend
how i love u kakak..
Happy birthday!


Pastuh
Harini ade house warming
di rumah awin @ Selayang
Bday My sis disambut jugak dengan berbekalkan
kek chocolate "food from ikea"
walaupun murah tapi sedap ohkay
especially cake "DAIM" tuh..hahaha
sedap gileeeee~~



p/s : Harini makan sangat banyak. Permulaan di rumah breakfast nasi goreng. Then pergi my cousin's engagement ceremony kat rawang makan nasi tomato. mane boleh tolak kan bile org suh makan tuh. ;D lastly ke selayang. Rumah cousin gak . Die buat house warming. Ingat macam tak nak makan. Tapi cara abang ipar aku makan mee kari and mak teh makan nasi dengan lauk pauk yang sedap tuh sangat menggiurkan nafsu makan aku la. hahaha. Mula2 makan nasi sket dengan lauk pelbagai. Then baru rasa mee kari. mmg marvelous lah! pastuh perut dh ketat mase nak balik. Jadi mari kite fit kan badan balik dengan berjogging esok! ngeee~ *sempat jugak balik dari selayang td singgah subang parade. DKNY be Delicious Fresh Blossom. jatuh hati kat bau die lah! Geram! ishhh~*