Friday, December 18, 2009

Bola Emas


Kol 8.45 tadi baru balik dari menghantar sang Puteri Adzimah ke Komuter.kui3.kerana dia suda maw ngedate bersame sang kekaseh di Shah Alam. Sudah 2 malam die tido di rumah aku. Kira die ni pengganti Awin la sebagai baby sitter aku.huhu. Masing2 temankan diri masing2. Paham tak ayat aku ni?;D Adzimah tinggal sorang sebab sume housemate die dah balik, yang aku sebab ditinggalkan ibu dan bapa.huhu. Sebelum kua rumah tadi, buat check up kat dapor dulu tengok barang ape yang dah abes pastuh pergi kedai beli beras n pergi pasar mini dekat dengan rumah untuk beli ayam. Macam suri rumah tingkap taw...eh silap suri rumah tangga aku rase.kui3.;D Bila peniaga ayam tuh tanya aku nak berapa bahagian, aku ni tercengang2 nak menjawab. Nampak sangat la tak pernah pergi pasar.hahaha~ ;D Tapi, entry ni bukan nak cite pasal ayam. Masa beli beras tadi, Zimah beli Kosmo! Sangat teruja bila baca tajuk depan 'Bola Emas' tuh.



Jutaan tahniah kepada skuad bola sepak negara kita Malaysia dengan kejayaan muncul juara di kejohanan bola sepak Sukan Sea Laos 2009. Penantian selama 20 tahun emas disukan SEA akhirnya dapat ditembusi dengan kemenangan tipis 1-0 ke atas Vietnam. Malaysia Boleh! OLE OLE KITALAH JUARA! ;) Malam tadi masa aku kat dalam bilik, Zimah siap jerit dari luar..."Dyla! Malaysia menang!"...waaaa...semangat taw.kui3 ;D

Sudah sekian lama Malaysia selalu dijadikan bahan kritikan umum. Takziah pada Vietnam. Jurulatih Vietnam, tarik baliklah ayat engkau tu mengatakan nasib Vietnam lawan Malaysia dan bukan Thailand. Ish...Ish..Ish..memang lancang betul mulut die ni berkata2. Buat pengkritik bola sepak Malaysia, anda semua sepatutnya mengucapkan tahniah kepada skuad bols sepak dan sentiasa mengharapkan kejayaan akan datang kepada bola sepak Malaysia. Bukan jika team Malaysia kalah sekali kutuk bagai nak rak. Itu bukan caranya. Walaupun Malaysia sedikit kucar kacir pada separuh masa pertama perlawanan, pada babak kedua mereka bermain lebih tenang dan lebih menyerang. Hasilnya sebiji gol berjaya disumbatkan. Akhir kata dari aku. TAHNIAH KEPADA SKUAD BOLA SEPAK MALAYSIA!


p/s: Salam Maal Hijrah kepada semua umat Islam. Semalam lepas opis hour pergi Jusco Bukit Tinggi bersama Zimah, Jah & Cikgu Silawati. Aku jadi Imam untuk baca doa akhir tahun & awal tahun. Tempat tak strategik langsung! hahaha~ ;D Takpe, yang penting hati kita. Sempena Tahun Baru Islam ini umat Islam dapat mempergandakan munajat kepada Allah agar memberi kemenangan, dikuatkan keimanan dan menurunkan bantuan kepada sesama Ummah. InsyaALLAH....;)