Wednesday, December 16, 2009

Aku terima nikahnya


Mulai Jan 1 tahun hadapan, kadar mas kahwin di Selangor ditetapkan sebanyak RM300 berbanding kadar semasa iaitu antara RM40 dan RM80 yang dilaksanakan sejak tahun 1978. *Aku sokong 100%.haha* Pengarah JAIS, Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata, perkara ini merupakan salah satu usaha menaikkan martabat wanita pada masa kini. Nilai mas kahwin di Selangor pada masa ini ialah RM80 bagi perempuan yang belum berkahwin dan RM40 bagi yang berstatus janda.




Mulai 1 Januari 2010, JAIS menetapkan kadar minimum mas kahwin sebanyak RM300 bagi wanita yang belum berkahwin mahupun janda dan tidak ada lagi istilah wang hantaran kerana ia sudah termasuk dalam perkiraan mas kahwin. *Haaaa?? dah xde wang hantaran???? alaaaaaa......rugi2..hahaha~ ;D*. Kadar baru itu dikuatkuasakan setelah mengkaji beberapa perkembangan semasa termasuk menyeragamkan jumlah mas kahwin kepada wanita tanpa mengira status mereka seperti sebelum ini. Perkara tersebut dilaksanakan bagi mengurangkan beban untuk mengadakan kenduri kahwin. *tak best r xde kenduri kahwin...;D*


Sementara itu, JAIS turut memperkenalkan Kad Perakuan Nikah Pintar (NCRkad) bagi menyelesaikan masalah pemalsuan surat perakuan nikah. Kad tersebut dilengkapi dengan maklumat peribadi dan data pernikahan pasangan dan boleh digunakan di Terminal Mudah Alih (PDT). Kad ini dapat membantu mempercepatkan proses pengesahan oleh JAIS berhubung maklumat perkahwinan pasangan suami isteri.


So, sekarang pasangan berkahwin hanya perlu membawa NCRkad ini kemana sahaja tanpa perlu menyertakan Surat Perakuan Nikah. Kad nikah pintar bertujuan mengantikan kad nikah yang telah pun di laksanakan sebelum ini bagi menukarkan kad yang lama kepada kad yang baru lebih mempunyai ciri keselamatan bagi mengelakkan daripada peniruan, pemalsuan dan sebagainya. Cadangan ini juga telah dimaklumkan kepada jabatan agama Islam negeri-negeri seperti Jabatan Agama Islam Perak (JAIP), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) untuk penyelarasan sistem baru ini.


Kad pintar ini turut dilengkapi dengan sistem sinar Ultraungu bagi mengelakkan kad ini dipalsukan oleh pihak tidak bertanggungjawab dan tidak ada menyediakan satu tempoh khas untuk mereka membuat pertukaran disebabkan ia bukan diwajibkan kepada setiap pasangan. JAIS hanya galakkan supaya mereka membuat kad ini untuk kemudahan mereka sendiri. Warga Selangor boleh mendapatkan NCRkad ini di pejabat JAIS Shah Alam dengan harga RM40 sepasang. Setakat ini 300 pasangan berkahwin di negeri Selangor telah mendapatkan NCRkad ini.




p/s: Aku sangat tak setuju bila ade lelaki yang menggunakan alasan kadar naik mas kahwin kepada RM300, bole membebankan pengantin lelaki serta manaikkan kadar andartu di kalangan wanita. Sangat tak setuju! Bak kata pepatah "Nak seribu daya, tak nak seribu dalih". Memang itu boleh dijadikan salah satu alasan, tapi seperti yang telah dinyatakan oleh pihak JAIS, tetapan kadar minimum mas kahwin sebanyak RM300 bagi wanita yang belum berkahwin mahupun janda dan tidak ada lagi istilah wang hantaran kerana ia sudah termasuk dalam perkiraan mas kahwin. Itu pun dah kira mengurangkan beban lelaki ape. Tapi apepun perkara ni terpulang kepada pasangan masing-masing untuk buat keputusan yang ingin berkahwin. Say No War ehhhh bile timbul isu mas kahwin & hantaran. ;)