Monday, December 28, 2009

Pink Indulgence

Sebelum nak start membebel, aku nak memanjatkan syukur Alhamdulillah ke hadrat Ilahi kerana Mak & Ayah telah selamat kembali ke tanah air dari menunaikan ibadat Haji pada Jumaat lepas (25/12/09).

Tak cukup dengan letih melayan tetamu yang menziarah parents malam tuh, esoknya (26/12/09) kami menghadiri majlis pertunangan cousin yang paling becok! hahaha~ sape lagi kalau bukan Awin Gedik! ;D Mak awal2 dah inform yang die & ayah memang tak dapat nak attend majlis bersejarah Awin tuh. Ye la...penat pun tak reda lagi. So aku, kakak & abg ipar la yang mewakili keluarga.

Tema majlis ni adelah my feveret color! iaitu PINK! serba serbi pink ye...suke! suke! suke! ;)


Dahlia Hanim with her mommy!


Awin Gedik..;D



Hantaran from Awin


Kakak aku ni tido ke? kui3



Awin with the pengapit..heeee~




Hantaran from Fahmy~ pink+white fresh flower...nice~~



The cousins!


Kek tunang Awin jadi kek birthday mereka..kui3..;D



Budak kenis rambut tingting..;)




The Photographers...
*melampau taw Awin ni photographer nak sampai 3..huh~*



Amek berkat ni....wakakakaka~ ;D





Sunday, December 20, 2009

Tiga Hari..

Sepanjang cuti 3 hari ni memang betul2 terisi dengan pelbagai aktiviti bersama rakan2 dan kenduri kahwin. Bile berkumpul dengan kawan2 lame, sumenye berbicara pasal orang tu nak kahwin tahun depan, orang ni nak tunang bulan ni tahun depan..waaaaa...terpukul sungguh aku dengan berita2 tersebut. Ramainya la kawan2 seangkatan sekolah dulu nak menamatkan zaman bujang. Alhamdulillah la jodoh mereka sudah sampai. ;) 3 in 1 aku masuk kan sekali cite dlm entry ni..ye aku memang pemalas nak tulis banyak2 kat blog lately ni.heeee~ ;D

Jumaat (18/12/09)

Berpoya2 bersama Jah di The Curve..;D




Balik dari The Curve,
Kami berpoya2 bersama geng bas sekolah
di Pak Li Bukit Tinggi..;D



Sabtu (19/12/09)

Majlis Perkahwinan di Dewan Serbaguna Telok Gadong


Baby ni aku suh tengok camera tak maw plak!
Die g tenung lelame muka aku..ishhh la!
Unty lawa eh sampai baby terpukau...wakakaka~
Ke muke unty bulat sangat..hahaha~ choyyyy~ ;D




Ahad (20/12/09)

Majlis Perkahwinan Baizura di Kampung Jawa



Lepas kenduri kahwin di Kampung Jawa,
Pergi melawat Ida baru dapat baby
di rumah ibu mentua beliau di Banting..;)

Welcome to the world Nur Qalisha Qistina
3.4 kg taw baby ni..geram aku tengok nye..;D


Unty2 yang suke gomol2 Qalisha..hehe~






Friday, December 18, 2009

Bola Emas


Kol 8.45 tadi baru balik dari menghantar sang Puteri Adzimah ke Komuter.kui3.kerana dia suda maw ngedate bersame sang kekaseh di Shah Alam. Sudah 2 malam die tido di rumah aku. Kira die ni pengganti Awin la sebagai baby sitter aku.huhu. Masing2 temankan diri masing2. Paham tak ayat aku ni?;D Adzimah tinggal sorang sebab sume housemate die dah balik, yang aku sebab ditinggalkan ibu dan bapa.huhu. Sebelum kua rumah tadi, buat check up kat dapor dulu tengok barang ape yang dah abes pastuh pergi kedai beli beras n pergi pasar mini dekat dengan rumah untuk beli ayam. Macam suri rumah tingkap taw...eh silap suri rumah tangga aku rase.kui3.;D Bila peniaga ayam tuh tanya aku nak berapa bahagian, aku ni tercengang2 nak menjawab. Nampak sangat la tak pernah pergi pasar.hahaha~ ;D Tapi, entry ni bukan nak cite pasal ayam. Masa beli beras tadi, Zimah beli Kosmo! Sangat teruja bila baca tajuk depan 'Bola Emas' tuh.



Jutaan tahniah kepada skuad bola sepak negara kita Malaysia dengan kejayaan muncul juara di kejohanan bola sepak Sukan Sea Laos 2009. Penantian selama 20 tahun emas disukan SEA akhirnya dapat ditembusi dengan kemenangan tipis 1-0 ke atas Vietnam. Malaysia Boleh! OLE OLE KITALAH JUARA! ;) Malam tadi masa aku kat dalam bilik, Zimah siap jerit dari luar..."Dyla! Malaysia menang!"...waaaa...semangat taw.kui3 ;D

Sudah sekian lama Malaysia selalu dijadikan bahan kritikan umum. Takziah pada Vietnam. Jurulatih Vietnam, tarik baliklah ayat engkau tu mengatakan nasib Vietnam lawan Malaysia dan bukan Thailand. Ish...Ish..Ish..memang lancang betul mulut die ni berkata2. Buat pengkritik bola sepak Malaysia, anda semua sepatutnya mengucapkan tahniah kepada skuad bols sepak dan sentiasa mengharapkan kejayaan akan datang kepada bola sepak Malaysia. Bukan jika team Malaysia kalah sekali kutuk bagai nak rak. Itu bukan caranya. Walaupun Malaysia sedikit kucar kacir pada separuh masa pertama perlawanan, pada babak kedua mereka bermain lebih tenang dan lebih menyerang. Hasilnya sebiji gol berjaya disumbatkan. Akhir kata dari aku. TAHNIAH KEPADA SKUAD BOLA SEPAK MALAYSIA!


p/s: Salam Maal Hijrah kepada semua umat Islam. Semalam lepas opis hour pergi Jusco Bukit Tinggi bersama Zimah, Jah & Cikgu Silawati. Aku jadi Imam untuk baca doa akhir tahun & awal tahun. Tempat tak strategik langsung! hahaha~ ;D Takpe, yang penting hati kita. Sempena Tahun Baru Islam ini umat Islam dapat mempergandakan munajat kepada Allah agar memberi kemenangan, dikuatkan keimanan dan menurunkan bantuan kepada sesama Ummah. InsyaALLAH....;)



Wednesday, December 16, 2009

Aku terima nikahnya


Mulai Jan 1 tahun hadapan, kadar mas kahwin di Selangor ditetapkan sebanyak RM300 berbanding kadar semasa iaitu antara RM40 dan RM80 yang dilaksanakan sejak tahun 1978. *Aku sokong 100%.haha* Pengarah JAIS, Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata, perkara ini merupakan salah satu usaha menaikkan martabat wanita pada masa kini. Nilai mas kahwin di Selangor pada masa ini ialah RM80 bagi perempuan yang belum berkahwin dan RM40 bagi yang berstatus janda.




Mulai 1 Januari 2010, JAIS menetapkan kadar minimum mas kahwin sebanyak RM300 bagi wanita yang belum berkahwin mahupun janda dan tidak ada lagi istilah wang hantaran kerana ia sudah termasuk dalam perkiraan mas kahwin. *Haaaa?? dah xde wang hantaran???? alaaaaaa......rugi2..hahaha~ ;D*. Kadar baru itu dikuatkuasakan setelah mengkaji beberapa perkembangan semasa termasuk menyeragamkan jumlah mas kahwin kepada wanita tanpa mengira status mereka seperti sebelum ini. Perkara tersebut dilaksanakan bagi mengurangkan beban untuk mengadakan kenduri kahwin. *tak best r xde kenduri kahwin...;D*


Sementara itu, JAIS turut memperkenalkan Kad Perakuan Nikah Pintar (NCRkad) bagi menyelesaikan masalah pemalsuan surat perakuan nikah. Kad tersebut dilengkapi dengan maklumat peribadi dan data pernikahan pasangan dan boleh digunakan di Terminal Mudah Alih (PDT). Kad ini dapat membantu mempercepatkan proses pengesahan oleh JAIS berhubung maklumat perkahwinan pasangan suami isteri.


So, sekarang pasangan berkahwin hanya perlu membawa NCRkad ini kemana sahaja tanpa perlu menyertakan Surat Perakuan Nikah. Kad nikah pintar bertujuan mengantikan kad nikah yang telah pun di laksanakan sebelum ini bagi menukarkan kad yang lama kepada kad yang baru lebih mempunyai ciri keselamatan bagi mengelakkan daripada peniruan, pemalsuan dan sebagainya. Cadangan ini juga telah dimaklumkan kepada jabatan agama Islam negeri-negeri seperti Jabatan Agama Islam Perak (JAIP), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) untuk penyelarasan sistem baru ini.


Kad pintar ini turut dilengkapi dengan sistem sinar Ultraungu bagi mengelakkan kad ini dipalsukan oleh pihak tidak bertanggungjawab dan tidak ada menyediakan satu tempoh khas untuk mereka membuat pertukaran disebabkan ia bukan diwajibkan kepada setiap pasangan. JAIS hanya galakkan supaya mereka membuat kad ini untuk kemudahan mereka sendiri. Warga Selangor boleh mendapatkan NCRkad ini di pejabat JAIS Shah Alam dengan harga RM40 sepasang. Setakat ini 300 pasangan berkahwin di negeri Selangor telah mendapatkan NCRkad ini.




p/s: Aku sangat tak setuju bila ade lelaki yang menggunakan alasan kadar naik mas kahwin kepada RM300, bole membebankan pengantin lelaki serta manaikkan kadar andartu di kalangan wanita. Sangat tak setuju! Bak kata pepatah "Nak seribu daya, tak nak seribu dalih". Memang itu boleh dijadikan salah satu alasan, tapi seperti yang telah dinyatakan oleh pihak JAIS, tetapan kadar minimum mas kahwin sebanyak RM300 bagi wanita yang belum berkahwin mahupun janda dan tidak ada lagi istilah wang hantaran kerana ia sudah termasuk dalam perkiraan mas kahwin. Itu pun dah kira mengurangkan beban lelaki ape. Tapi apepun perkara ni terpulang kepada pasangan masing-masing untuk buat keputusan yang ingin berkahwin. Say No War ehhhh bile timbul isu mas kahwin & hantaran. ;)



Tuesday, December 15, 2009

Puteri dan Si Katak

Dah tengok cite ni dengan Awin
Kalau tengok movie dengan die jadi mcm budak2 jap.. ;D
*Mcm budak2 pun dah nak tunang taw Awin ni..hee~*
Masa tengok movie ni, toleh sebelah je
sume budak2 je yang duduk sebaris dengan kami.kui3
Tapi tak pe la...enjoy jugak tgk cite ni..;)

Saturday, December 12, 2009

Mahukan Tempahan Photographer & Mak Andam?

Haaaa....ade sesape yang mahu buat tempahan macam tajuk entry ni tak? Kalau mahu, sila lah contact aku, Diana Hamasuba & Adzimah. Kami memang cukup berbakat.kui3. Harini our classmate masa degree iaitu Nadwah telah selamat menjadi tunangan kepada Razman. Aaaa??? Razman???? *Zimah, Man main kayu 3 ke neh? Cayalah ko sanggop datang majlis ni.mampuih aku kene tepuk ni.wakakaka* Majlis dikatakan bermula pada jam 11 pagi. Kami sampai dalam 10 minit sebelum Majlis bermula. Sampai2 je agak terkejut jugak kami ni sebab si Nadwah ni belum siap lagi. belum make-up n belum nak pakai tudung lagi. aiyoyoyo~ Ape lagi....aku, Diana & Zimah jadi bidang terjun la. Masing2 menunjukkan bakat yang tak berapa nak terpendam ni.hahaha~ Kami menggunakan bahan2 yang ada kat rumah Nadwah tuh. Diana siap komplen "Kalau tahu mcm ni, aku bawak bag make-up aku tuh" . Tuh dia.....skill mak andam dah terserlah dah tuh diana..hehehe~ ;D Pape pun... Congrats Nad! ;)

Diana sebagai mak-andam.. ;D


Align Center
Aku sebagai pen touch up tudung *ade ke jawatan ni?* kui3
dan penasihat kepada make-up artis..hahaha ;D

Adzimah sebagai photographer juga
sebagai assistant pen touch up tudung..;D



Kami yang sebok2 nak dengar orang2 tua berdiskusi..;D






PENERAJU UTAMA:


Diana Hamasuba sebagai Make-up Artis
Adzimah sebagai Photographer
Dyla sebagai Pen touch up pakaian & tudung

Hubungi kami di talian:
Office: 03-7123 456
Handphone: 019-1234567

*Bisnes akan beroperasi sepuluh tahun akan datang*
hahaha~ ;D


p/s: Selesai majlis tadi, kami singgah ke Jusco Bukit Tinggi. Tak bole tahan la time aku buat aksi terkejut bile nak masuk dalam lif. Siap aku ni macam nak tahan pintu lif bagi jangan tutup! Si Zimah & Diana siap gelak bagaikan aku nak je gulingkan mereka dalam tikar! wakakakaka. Sengal betol la...;D Sebelum balik sempat makan aiskrim & Taco dalam kete kat car park.. ;)