Seyes tak bole nak tido sangat ni.
(seyes bunyi mercun sekarang ni mcm popcorn weh! xmo benti plak die)
sebab tadi lepas balik keje kol 6
terus je mandi basuh kepala
(harini kepala sangat pening ok.xtau nape)
pastu tido sampai kol 9 baru bangun
sebab mak kejot suh makan.
Ok. harini ade academic conference 2011
start from today till 12th February
beberapa hari before conference,
Dato' VC dah sampaikn amanat suh datang
WAJIB!
tapi wajib die bese la..ade je yang tak dtg
kalau nak ikot kan kitorang ni,
lepas register je pastu nak blah. hahaha
(ramai eh buat mcm tu tadi..huh~)
dtg just nak record attendance utk masok dlm SKT la konon. hek3
(register through on9 PSMB n just add staff id. trus record.
xpyh susah2 nak cari name n sign)
mase Ketua Program aku tengah register tu,
sempat lagi staff jg counter tu cakap mcmni
"Dr. Anitawati...ohhh..kecik2 lagi dah dapat title Dr. ye"
hahahahaha..siot je. size je kecik ohkayyy..
Awet muda gitu..adoi..kelaka2...:D
Email :
Konferensi akademik 2011 ini merupakan platfom di mana pihak pengurusan Universiti akan menerangkan halatuju UiTM sejajar dengan RMK-10. Julung kalinya pihak pengurusan akan secara langsung berkongsi strategi dan perancangan ke arah menjuarai kecemerlangan universiti. Dengan itu, saya menyeru warga UiTM mengambil peluang untuk hadir ke konferensi tersebut.
Semua kuliah pada 10 hingga 12 Februari 2011 adalah dengan itu ditangguhkan. Oleh itu, semua staf akademik dan pentadbiran (Gred 27 ke atas) di kampus Shah Alam, Puncak Alam, Puncak Perdana, Sg Buloh dan Selayang diwajibkan menghadiri Konferensi Akademik tersebut.
Informasi mengenai Konferensi Akademik UiTM 2011 boleh dilayari di laman web UiTM http://www.uitm.edu.my/academicconference
Selamat berkonferensi!
Dato' Prof Ir Dr Sahol Hamid bin Abu Bakar, FASc
Naib Canselor / President
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
The conference was held at
Dewan Agong Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam
(just adore this architecture)