Friday, October 14, 2011

Untuk Siapa?




Sebelum ni pernah bagitau kat previous entry nak post entry pasal "lelaki baik untuk perempuan yang baik". Ni bukan aku yang cakap tapi telah termaktub didalam al-Quran. Nak lebih yakin, firman DIA macam ni "Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik" (surah an-Nur' : 26)


Selalunya kita menggunakan ayat mahsyur ni untuk menyatakan tentang hal-hal berkaitan jodoh. Korang pernah terfikir tak perempuan dan lelaki yang baik ni untuk siapa sebenarnya? Sesetengah diantara kita macam kurang jelas dengan maksud ayat ni sebab pada pandangan mereka, ramai je pasangan yang mereka jumpa tu tidak selalunya demikian. Ada jugak lelaki baik tapi berkahwin dengan perempuan yang jahat. Ada jugak perempuan baik, tapi suami dia begitu zalim.


So, awal2 aku nak cakap la. Apa yang aku nak sampaikan ni hanya pandangan dari perspektif aku je. kalau salah or tak puas hati ke, korang punya pasal la.hahaha. eh x x x.. Masing-masing punya pendapat, so hak masing-masing juga untuk menilai. Ok?


Pengajaran yang boleh kita ambil daripada ayat al-Quran kat atas ni adalah hubungan baik seseorang tu bergantung kepada sikapnya sendiri. Macam tu juga hubungan suami isteri. Wanita yang baik tidak akan bersama dengan suami yang jahat. Seandainya mereka telah dijodohkan bersama, mereka tetap tidak akan dapat bersatu. Sebab tu dalam Islam sendiri perceraian adalah perkara yang halal. Bukan haram. Tapi ia adalah perkara halal yang paling dibenci Allah. Maksudnya kita tak boleh ambil jalan terakhir untuk bercerai, tapi SEANDAINYA kita boleh berusaha mengubah pasangan menjadi lebih baik, bersabar dan bertawakkal kepada Allah, maka hendaklah kita berusaha terlebih dahulu. Tapi kalau kita fikir kita tidak mampu berbuat apa-apa untuk mengubah seseorang itu menjadi yang lebih baik, maka bercerai adalah langkah yang jauh lebih baik dari membiarkan diri terseksa. Kerana tidak mungkin sesorang yang baik itu akan bersama dengan seorang yang jahat. Inilah maksud yang sebenarnya kita perlu faham.


Selalunya orang yang baik-baik jarang mengaku dirinya baik. Memang kita semua akui yang kita mahu mencari yang terbaik sebagai pasangan hidup kita. Tapi sekiranya kita adalah seorang yang berilmu, kita tak sepatutnya memandang hina pada orang yang kurang bernasib baik daripada kita. So, kalau kita ni manusia yang alim, maka membimbing pasangan adalah tanggungjawab kita. *kalau alim la..:D*


Kadang-kadang aku pun pelik dengan sesetengah sikap manusia yang merasakan diri dia baik, punya keluarga yang beragama tetapi memandang hina orang lain. Bagi dorang, orang2 yang tidak berlatarbelakangkan agama dan hidup dengan penuh sosial tu begitu hina dan tidak layak untuk mendampingi mereka. Perkara ni boleh dikatakan benar kalau orang2 tu memang tak nak berubah ke arah kebaikan dan ingin heret kita ke jalan maksiat. Tapi kalau dorang memang nak berubah, dorang perlu diberi peluang untuk bersama kita menghayati keindahan Islam. *ecececeh.....rasa nak bagi talk dalam semanis kurma la.hahaha.adoi..ok serius!*


Untuk dapatkan yang terbaik, biarlah kita sendiri yang ubah sikap jadi yang terbaik. sesape je yang kita dampingi, samada baik atau jahat, kita mungkin takkan tahu. Elakkan diri dari memilih orang yang tak sepatutnya namun elakkan juga dari bersangka buruk serta terlalu memilih! Kita diberikan akal untuk berfikir, maka buatlah pilihan yang baik. Even wanita semulia Asiah pun dijodohkan dengan Firaun yang begitu zalim. Kalau kita ni sebaik dan smulia Asiah, kita juga belum layak untuk mengakui bahawa kita hanya menerima pasangan yang baik.




Sama jugak dengan ayat firman kat bawah ni :

"Lelaki penzina tidak mengahwini melainkan perempuan yang berzina, atau perempuan yang musyrik, dan perempuan yang berzina tidak dikahwini melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik, yang demikian itu diharamkan atas orang-orang mu'min. (An-Nur;3)"


So, adakah ia bermaksud suruhan bagi penzina untuk menikahi penzina, ataupun larangan bagi orang mukmin daripada menikahi penzina? whoaaarrrr...isu ni agak sensitif sikit. Memang menjadi perdebatan hangat antara aku & rakan-rakan.huhu. Sebab kawan aku pernah keluarkan statement macamni kat kawan yang lagi sorang ni "Engkau dah pernah 'main', so carilah orang yang pernah 'main' jugak"....erm...ada logiknya dan ada la yang tak relevannya. susah jugak nak cakap benda-benda macamni.


Lumrah manusia...lebih mudah menghukum (walaupun tak berapa faham asas2 hukum tersebut) daripada mencari tafsiran dan penjelasan yang lebih tepat. Nak kawen dengan sesiapa pun takde masalah. Maka dari segi hukumnya, sah pernikahan antara lelaki dan perempuan. Samada kedua2nya penzina atau salah seorangnya adalah penzina. (nak cuba guna ayat lain la selain penzina ni. tapi macam tak jumpa la ayat lain tu. huhu. camne ah? guna je la..hahaha). Ayat dalam surah an-Nur tu bukanlah ayat larangan bernikah tetapi sebaliknya ayat yang mengecam/mengutuk/mengeji perbuatan sang penzina tu, bahawa tak layak untuk bernikah dengan orang mukmin dan soleh. Ayat tu masih terselindung dengan pengajaran tertentu iaitu secara lumrahnya orang yg baik hanya akan berkenan dengan org yg baik juga, org yg jahat akan berkenan dengan org yg jahat juga. TAPI itu tak semestinya berlaku.


Ada jugak situasi yg seorang lelaki yg baik, tapi jodohnya dengan wanita jahat. Begitu jugak ada wanita yg baik, tapi jodohnya dengan lelaki yg jahat. Sebab tu kita boleh ambik pengajaran daripada kisah Nabi Luth dan kisah Asiah, isteri Firaun (Nak ikutkan aku ni kurang tau sket sejarah2 nabi ni. Ain baru lepas cerita kat aku tadi.hahaha)


Persoalan 'jahat' ni masih relevan sekiranya seseorang tu masih lagi terlibat dengan maksiat tersebut. Sebaliknya, jika dia bertaubat, maka bukanlah dikatakan sebagai orang yang jahat lagi. sebab dikira telah bersih daripada kejahatannya. Ada pandangan orang ni dia kata, sebaik2nya seorang lelaki yang baik, janganlah bernikah dengan wanita yang jahat (tak kira la penzina ke, penjudi ke, pemabuk ke, mulut jahat ke, etc) dan begitu jugak la sebaliknya. Ini lebih memudahkan, TAPI ianya bukanlah suatu jaminan. Ini kerana, kita hanya mengetahui apa yang berlaku harini, akan datang belum tahu lagi. mungkin jugak harini baik, 10 tahun akan datang, dah berubah jadi syaiton. hahaha :D


Berkahwin dengan pasangan yg baik, akan melahirkan kebaikan dalam kehidupan. Walaupun bukan jaminan, tapi ia memudahkan proses untuk mewujudkan keluarga yg soleh. Niat untuk mendidik dan membimbing pasangan jahat tu memang la adalah satu niat yg mulia. Tapi utk membimbing, tak semestinya perlu berkahwin kerana cabarannya sangat tinggi. Maksudnya lebih baik kita fikir secara mendalam sebelum membuat keputusan menikahi pasangan yg jahat. Itu lebih mudah, berbanding kita cuba jugak nak gamble (perjudikan nasib), bila tak mampu, kita putuskan perhubungan. Itu lebih teruk, apatah lagi jika sudah beranak pinak. Kecuali kalau kita benar2 yakin bahawa dia sudah bertaubat dan meninggalkan amalan yang jahat, maka samalah keadaannya mcm kita kawen dengan pasangan yang baik. (diberi peluang).


Sebab tu la mereka2 yg terlibat dalam isu penzinaan seperti terlanjur or clubbing (clubbing dengan layan gigs lain ehhh...:D) or whatsoever yang seangkatan dengannya, agar bertaubat bersungguh2 serta menyesal dan berazam bersungguh2 tak nak terlibat dengan kejahatan tersebut lagi. Maka, peluang untuk mendapat pasangan yg baik tu bakal terbuka luas. (mudah-mudahan la kot ye..hee). Bila dah stop pergi club Nouvo, Zouk, Modesto's dan selalu pegi masjid, InsyaAllah la mungkin akan bertemu dengan bakal mak or bapak mertua ke kat masjid. kui3 :D. Dah tentu ianya lebih baik daripada bertemu jodoh di celahan botol arak or celah kangkang *ayat ni aku amik semalam dari org yg keluarkan statement :"cintaku dicelah kangkang" hahaha* ye tak? eh! kejadah ayat censored2 nih..(ye..penulisan saya utk entry yg ini secara terbuka. peace!)


Sebaik atau sejahat manapun pasangan yang kita terima setakat ini, itulah yang terbaik buat kita. Allah tidak pernah salah dalam aturannya. Namun untuk mencari yang lebih baik, Islam telah memberikan garis panduan yang jelas dalam ajarannya. Kita perlu belajar dan mula mengamalkannya.


p/s : pagi tadi tv kat rumah aku bukak channel 114 (al-hijrah kot). Tengah minum breakfast td tetiba nampak pulek ustaz mentor imam muda yang datang masa meeting semalam kat ofis ni jadi host untuk program tu (madrasah ape ntah name program tu). huhu. Naseb dah kawen. *tapi memang suka la woiihhh tengok muka dia masa dalam meeting semalam* mampos! hahahahaha