Tuesday, October 4, 2011

Pandai tak semestinya bijak








Kata orang, menuntut ilmu biarlah sampai ke negara China. Sebagaimana pandai itu suatu ilmu, bodoh itu juga suatu ilmu. Ilmu boleh memandaikan manusia, ilmu juga boleh membodohkan manusia. Manusia pandai boleh menghilangkan bodohnya dengan ilmu. Manusia bodoh boleh menghilangkan pandainya dengan ilmu. Kita bagaimana?


Ada jugak manusia suka merendah kan orang lain. Berlagak macam pandai sangat. Berlagak tau buat, nak tunjuk hebat. Yang tak tau buat tuh di pandang hina, pandang macam kita ni cetek ilmu. Orang yang pandai tak semestinya pandai disebabkan dia belajar tinggi2. Ada yang lebih pandai dari mereka yang belajar di universiti iaitu melalui pengalaman hidup. Sebagai contoh, abah kawan aku sekolah sampai form 3 je. Tapi sekarang dia seorang kontraktor Kelas A yang berjaya. Dimana dia mendapat kekuatan untuk berjaya? sebab dia mampu dan bijak meguruskan kehidupan. tahu kekuatan dan kenal kelemahan.


Orang yang pandai tidak semestinya bijak. Bijaksana adalah hasil daripada didikan yang betul oleh ibubapa kepada anak-anak. Anak-anak tidak hanya didedahkan dengan ilmu pelajaran tetapi juga didedahkan dengan yang dikenali sebagai ‘common sense’. Mereka yang mampu berfikir diluar kotak biasanya memiliki ‘common sense’ yang tinggi. Anak-anak yang pandai tidak semestinya memiliki ‘common sense’. Inilah antara punca utama mengapa mereka gagal dalam kehidupan.


Baru2 ni ade baca dalam paper utusan. Ada seorang graduan ni tak berpuas hati sebab Ceupacs mahu umur persaraan dilanjut tempoh. Dia tak puas hati sebab kalau warga veteran ni tak bersara awal, so nanti kekangan kekosongan jawatan di Kerajaan tu susah la graduan nak masuk. Sampai macam tu sekali fikiran dia? haisshh~ Otak mereka buntu memikirkannya. Mereka tak nampak peluang yang tersedia didepan mata. Mereka begitu takut untuk mengambil risiko. Mereka menjadi kurang bijak dalam membuat keputusan. Perasaan yang bercampur baur menutup segala peluang dan potensi diri.


Anak-anak yang bijaksana mencipta peluang mereka sendiri. Mereka menggunakan kreativiti yang ada untuk menjana pendapatan. Semangat mereka terus membara untuk mencapai impian. Usaha-usaha mereka sentiasa membuahkan hasil yang memberansangkan. Akhirnya anak-anak ini menjadi peneraju kepada industri yang mereka bina sendiri. Manakala anak-anak yang pandai hanya memenuhi kekosongan jawatan dalam industri.


Di situasi lain pula (tindakan contohnya)....

Tak suka digelar pandai tapi bodoh? tapi itulah hakikatnya. Belajar pandai2 tapi bodoh. Ingin membuktikan sesuatu kelebihan diri kepada orang lain, tapi kadang2 kita tersilap langkah untuk membuktikannya. Kadang2 tindakan yang kita ambil tu tak seiring dengan akal fikiran kita yang kononnya pandai dan akhirnya akan rasa menyesal. Dalam sekelip mata keselesaan hidup dan rezeki yang kita nikmati (dengan hasil usaha belajar tinggi2 dan kerjaya yang professional) boleh hilang macam tu je. Di mana silap tindakannya? Or nak kata bertindak ikut nafsu?


Bagi aku, belajarlah daripada kesilapan. Ambil iktibar daripada kejadian dan bermuhasabah diri atas natijah yang menimpa diri. Kalau kali pertama kita dah buat salah, tapi untuk kali keduanya kita buat salah yang sama tanpa ambil iktibar, memang tu consider betul2 bodoh la. Kita tau benda tu dah salah masa mula2 buat dulu, tapi kita still nak buat jugak. Memang sengaja tak mahu berubah kah? So, renung2kan & selamat beramal....:)





p/s : Mengaku kekurangan diri adalah lebih baik daripada berlagak kelebihan diri. Allah lebih tahu apa kelebihan diri dan keperluan kita. Dia tidak memberi apa yang kita inginkan, tetapi Dia beri apa yang kita perlukan. Jadi berbaik sangkalah kepada Allah, kerana Dia lebih tahu apa yang baik untuk diri kita. Tetapi kena ingat selalu, berbaik sangkalah kepada Allah. Berbaik sangkalah. *next post pliss! mood nak menulis sangat tinggi buat masa ni*