Tuesday, October 4, 2011

Duhai Hati









Enjin adalah alat utama untuk menggerakkan sesuatu alat yang bermotor. Semakin kuat dan semakin kualiti enjin, semakin laju pergerakan alat tersebut. Semakin dijaga rapi, semakin berkualiti gerakan fungsinya. Begitu jugak la fungsi hati pada diri manusia. Hati manusia umpama sebuah enjin. Hati yang dijaga baik, mampu menggerakkan seluruh anggota badan ke arah yang baik. Begitu jugakla sebaliknya.


Hati manusia bole jugak kalau nak diumpamakn seperti peti simpanan. Di dalam hati, manusia akan menyimpan segala perkara yang penting. Sebab tu jika orang bercinta selalu dikaitrapat dengan hati. Tapi persoalan hati adalah sesuatu yang sangat rumit untuk dijelaskan. Kadang2 manusia yang sedang bercinta pun tak sedar hatinya sedang dihuni perasaan cinta. Cuma pemilik hati tu belum betul2 bersedia memahami perasaan yang ada dalam hati dia. ewah! jiwa2 gegeli la pulak! hahaha.


Tugas yang paling utama ialah hati dijadikan sebagai simpanan iman. Sebab iman tu letaknya pada hati. Keyakinan yang kuat pada sesuatu perkara itulah iman. Seandainya hati tidak benar2 yakin dengan apa yang dianuti, iman yang dimiliki itu pasti rapuh. Jadi iman sangat2 memerlukan tempat simpanan yang kuat dan kukuh. Dari hati, iman itu akan mengalir ke dalam segenap ruang dan sendi serta saluran darah untuk menggerakkan seluruh anggota badan *sumber search daripada Encik google..:D* Sebab itulah setiap amalan dan tindakan anggota badan itu segalanya berpunca dari iman yang terletak di dalam hati.


Insan yang kuat ialah mereka yang mempunyai hati yang kuat. Sekadar mempunyai jasad yang kuat, akal yang bijaksana, belum cukup dikatakan kuat seandainya hatinya tidak kuat. Kekuatan hati bukan sekadar cekal menghadapi ujian hidup semata-mata. Tapi konteks pengertiannya lebih daripada itu. Kerana hati yang kuat tidak sedikit pun resah andai diuji. Tidak sedikit pun gentar andai dicabar. Tidak sedikit pun lemah andai dihina. sebab kekuatan hati itu lah punca kepada kekuatan fizikal dan mental.


Seorang yang beriman sentiasa memandang serius fungsi hati. Baginya, hati ada kuasa tersendiri. Hati memiliki aura yang sukar diterjemah. Hati adalah sumber kekuatan. Hati juga adalah tempat pandangan Allah pada hamba-Nya. Sebab tu mak selalu pesan "Yang penting hati dan niat tu kena betul". Dan sebab tu lah jugak hati harus dipelihara dengan sebaik mungkin. Agar kotoran dan debu dosa tidak hinggap dan melekat pada hati. Jika tidak, segala tindakan juga pastinya tidak menjurus ke arah kebaikan.


Peliharalah hati dengan sebaiknya. Jauhi maksiat dan dosa agar hati sentiasa bersih. Perelokkan hati agar tidak terpesong dari jalan yang lurus. Lembutkan hati dengan basahan zikrullah. Cekalkan hati dengan batasan taqwa. Suburkan hati baja iman. Semaikan hasil hati dengan semaian ibadah. Tonjolkan peribadi hati dengan akhlak mulia. Agar hati menjadi permata berharga dalam diri seterusnya memandu manusia ke arah yang diredhai oleh Nya.

Itulah KUASA HATI.



p/s : Tiba2 teringat post lala kat fb, "Tiada lelaki yang sempurna, tapi yang menyenangkan hati itu pasti ramai".... lebih kurang macam tu la bunyinya...:)