Wednesday, October 5, 2011

Muhasabah Diri






Setiap orang akan melakukan dosa dan kesalahan. Tak kisahlah samada kecik ataupun besar. Samada banyak ataupun sikit. Samada sengaja atau tidak. Apa yang pasti, manusia takkan terlepas daripada melakukan dosa. Kecuali para nabi dan rasul. Sebab mereka tu maksum dan terlindung dari melakukan dosa.


Dah menjadi lumrah setiap manusia melakukan kesalahan dan dosa. Tapi sejauh mana manusia mahu kembali bertaubat itulah menjadi persoalan. Syaitan tidak akan pernah berputus asa dari menghasut manusia. Namun hanya manusia yang sedar dan beriman sahaja akan kembali menginsafi diri setelah melakukan kesalahan dan dosa.


Setiap manusia pasti pernah melakukan dosa dan pahala. Namun, diantara dosa dan pahala, manusia sukar membuat perbandingan dan perhitungan. Mana satu yang dilakukan sedikit dan mana satu yang banyak. Kerana itulah adalah lebih baik untuk kita mendahulukan untuk bermuhasabah dosa terlebih dahulu berbanding pahala. Kerana hanya dengan muhasabah dosa, hati kita akan insaf sehinga merasakan bahawa timbangan dosa kita adalah lebih berat daripada timbangan pahala yang dibuat. Lepas tu timbul pulak perasaan bahawa sebenarnya kita tiada masa yang cukup untuk mengurangkan atau meringankan timbangan dosa selama ini.


Jadi, muhasabahlah dengan segala dosa yang pernah kita lakukan sepanjang hidup. Semoga dengan itu, kita dapat meningkatkan lagi kesedaran dalam diri supaya amalan pahala kita akan ditambah dan dosa dapat dikurangkan pada masa akan datang.


InsyaAllah

Bila jiwa rasa sepi
Bila hati jadi kosong
Bila bahagia hanya zahirnya
Ambil masa untuk tafakur
Ambil masa untuk muhasabah
Mungkin ada dosa yang menghalang
Taubatmu, doamu, ibadatmu...








p/s : Setiap hari lepas solat selalu mohon agar dikuatkan dan tabahkan hati kalau ada musibah dan dugaan hidup yang datang. Aku rasa seakan-akan Allah berikan petunjuk yang selama ni aku cari. Terasa seperti DIA mendengar doa dan masih sayangkan aku. Alhamdulillah....:)

Ok. satu malam bole post sampai 3 entry. so, i nak cuti berblogging seminggu! muahahaha :D dah. jom tido. nanite peeps! Assalamualaikum...:)