Pernah tak korang dengar orang duk complain macamni : "Dia tu asal orang mana?" "dia dari........" "Ooooo...patut la perangai macamtu". Mana ade perangai mengikut negeri..ada2 je korang ni..nak kata pemalas mana2 negeri ada orang malas..kat mana2 negeri aku tengok ada je sampah melambak2..nak kata semua..semualah...huhu. :D
Ade member sorang ni bagitau :
hah! hah! hah! Pe'el ko macam isteri aku skarang ni.. Masa zaman diploma dulu, dia benci orang Johor.. Katanya org Johor garang-garang... Suka cakap lepas dan kerek... Dia kata "nanti dah besar tak nak kawin dgn org Johor.." Last-last, aku plak kawin dgn dia... (kantoi! dapat tahu cerita ni berdasarkan cerita mak mentua dia.huhu)
Perangai ada kaitan dengan negeri? rasenyer tak kot..kitekan 1 malaysia buatpe nak beza2kan negeri ni cam diskrimasi kenegerian la pulak. Kelate ke, ganu ke, utara ke, selatan ke, johor ke.. kite semua bawah 1 negara, 1Malaysia *patriotik la pulak*. Macam2 orang aku jumpe, macam2 loghat aku belajar & dengar macam2 adat & budaya aku tahu. Macam aku ni, asal dari Selangor..lahir dan menetap hampir 26 tahun kat Selangor. Dulu 1st time duduk jauh dari family waktu belajar, orang tanya aku asal mana? aku jawab Klang, dorang mesti cakap "Ooo..dari KL"..aku cakap balik, "tak la Klang tu kat Selangor". Dia cakap balik "KL la tu.." Dalam hati aku "kite kata kite orang klang, klang la..degil betul. lantak kau la.." hahahaha.
Rasanye perangai seseorang tu bukan dipengaruhi oleh negeri tapi cara didikan dari ibubapa dan persekitaran yang banyak mempengaruhi perangai kita. Pokok pangkalnya hati dan iman kita. Aku rasa perangai aku banyak dipengaruhi oleh persekitaran. Kalau kita pandai bawak diri, pandai jaga diri, Insyaallah selamat. Kalau kita pandai pilih kawan, bijak menyesuaikan diri dengan keadaan Insyaallah kita tak kera sumbang. Kalau kita terlalu ikutkan nafsu tak guna akal dengan sebaik2nya memang rosakla hidup. Kalau nak diikotkan kehidupan aku pun boleh di consider mencabar sebab dekat jugak dengan area KL dikelilingi dengan pelbagai ragam manusia kota yang banyak mengajar aku berhati2 terutamanya dalam pergaulan. Kadang2 aku terfikir alangkah bertuahnya jika aku dilahirkan di Johor ke perak ke, pahang ke...aku tak terasa bangga hidup di bandar..Bila orang lain cerita pasal suasana di kampung masing2, aku jealous. Aku hanya mampu bercerita tentang suasana kampung aku yang kat Klang ni je. Paling jauh pun kampung mak kat Tanjung Karang. Area Selangor la jugak tu. Tapi bila aku fikir balik, mungkin takdir hidup aku macamni kerana Allah mahu menguji sejauhmana kekuatan aku melawan arus duniawi. Bila aku duduk di hostel, ramai kawan2 aku yang asalnya dari luar bandar contohnye kelantan, terengganu, kedah, penang, sabah, sarawak, Negeri Sembilan, Melaka dan sebagainya aku banyak belajar loghat, adat dan budaya mereka. Tapi ada jugak segelintir yg seakan2 lupa dengan asal usul diri. Mula terpengaruh dengan gejala sosial, culture shock dan seterusnya bertukar menjadi "seseorang yang tidak aku kenali." Alhamdulillah walaupun aku hidup di bandar tapi setakat ini aku masih lagi "manusia yg waras." peace~~ :)
Kalau persekitaran mempengaruhi seseorang tu, maksudnya betullah perangai orang tu ada kaitan dengan tempat asal. Tapi mestilah ape2 pon kita tak boleh guna 'kebanyakan' untuk 'semua'. Maksudnya tak semua orang macam tu. Orang kate, orang kelantan suka berpuak2 tu ada betulnya. Masa zaman belajar dulu, ada sorang budak ni, dia budak johor la, dia kata ada classmate dia buat presentation bercakap ada bunyi2 Kelantan, dah tu dia siap kutuk2 lagi budak tu, kata tak boleh ke cakap elok2. Mungkin jugak benda macam ni menjadikan faktor orang2 kelantan suka berpuak, kan? Kita kene lah hormat orang, dia bukan nak bangga sangat dengan loghat negeri dia, tapi dah tu dia susah nak biasakan cakap biasa, lama2 oklah kot. Jom kita kawan ramai2 semua negeri ada. baru lah orang kate mesra alam..:) *tapi kalau orang perempuan terover mesra pon tak bole jugak naaa.orang kate kena ade malu siket.huhu*
Tak kira negeri mana pun..bukan negeri tu yang buat seseorang jadi bersifat camtu, mungkin ya..tapi hanya dalam beberapa peratus kebenarannya. Paling kuat hujahnya, sifat individu tu terbentuk mengikut acuan yg telah diterap oleh kedua ibu bapa, dan selepas itu , barulah faktor persekitaran + faktor kematangan yang akan membentuk sifat seseorang tu. Macam agak tak adil bagi aku jika kita melabelkan orang dari negeri Kelantan begini2, orang ganu gini2, orang kedah camtu2, org pahang gini2 lak.. Lagi satu bila kita fikir atau dah tanam mindset kat fikiran camni, bukankah kita dah jadi orang yang suka 'bersangka2'. Selain tu juga, sifat seseorang dari satu2 negeri tu, bukanlah mewakili keseluruhan perwatakan rakyat dalam negeri tadi. Bila pikir2..takut gak mindset camni hanya buat kita pecah belah, hidup dalam kroni dan tak nak keluar dari kepompong sendiri.
Negeri tak mencorakkan sesiapa dan apa-apa, tapi yang banyak mencorakkan perilaku kita adalah persekitaran, dengan siapa kita berkawan, bergaul,belajar..bla..bla..bla.. cumanya apa yang kita boleh kaitkan sedikit di sini ialah sedikit pandangan terhadap personaliti seseorang dengan negeri masing-masing. Aku ada ramai kawan2 dari seluruh pelusuk negeri di Malaysia dan ramainya sudah bertebaran di merata-rata demi meneruskan kelangsungan hidup. Setakat ni Alhamdulillah aku menemui kawan2 yang mempunyai perangai yang baik-baik (setakat nakal2+jahat2 sket tu adela. takdela aku ni nak kawan dengan orang baik2 je. Kalau dia dah jahat tu, tu diri dia la kan. kita tak boleh nak buat ape. asalkan jgn terpengaruh suda..tempias siket2 tu kemungkinan ada.eh! hahaha), yang pendiam, yang happy go lucky yang suka berhumor, yang suka berfalsafah *huhu*, yang...bla..bla..bla semuanya datangnya dari seluruh malaysia, tidak mengenal batas,sempadan dan laut. heh~
Pada pandangan aku, kadang2 ada benarnya pernyataan "perangai ikot negeri tu". Tapi taklah 100% ikot. Manusia sejak lahir hingga dewasa, manusia sentiasa berinteraksi dengan benda sekeliling. Jadi tak dinafikan lagi, perangai yang terbentuk dalam diri kite pon dipengaruhi oleh asal usul kita, budaya harian kita, pergaulan kita etc. Walau ape pon perangai orang, dari negeri mane2 pon, kita kena anggap itu sebagai keunikan mereka.
Perangai ada kaitan dengan IBU BAPA YANG MENCORAKKAN. Negeri tak boleh mencorakkan apa apa. Tapi kalau dah orang tu baik akhlaknye, tak kisah pun dari negeri mane kan. Janganlah kita bersikap stereotaip terhadap negeri-negeri. Apa-apa kebaikan dan keburukan (personaliti dan keterampilan seseorang), semuanya datang daripada individu yang terlibat. Sikap atau perangai seseorang (suka bergurau, pendiam, kepochi, jaga tepi kain orang, garang etc) mungkin ikut negeri, tapi... hati seseorang (baik, jahat, kedekut, iri hati, sombong) adalah ikut IMAN...Ok? :)
p/s : Dulu masa aku belajar kat Arau, adela classmate 2,3 orang ni dari Melaka. Bila aku jalan2 dengan dorang ni nak pegi class tetiba member kawan yang dari Melaka ni tegur dorang dari jauh macamni "Wei, chilake ko dah lame tak contact, tetiba ko belajar kat sini pulak.hahaha". Aku terpinga2 masa tu. At first aku ingat orang tu cakap kat aku. Terus dalam hati aku cakap "Ehhhh....chilake orang ni panggil aku chilake. memang chilake betol!". hahaha. Padahal memang dorang jenis gurau2 macamtu. Barula aku tau.huhu. Kalau orang yang tak biasa, mesti korang rasa kecik hati kan..Dorang sendiri kate "Eh...mulut2 kitorang je bising2 & cam lahabaw, tapi hati kami baik.hehe". haaaaa...nasib memang terbukti hati korang tu baik. Sengal! :D