Friday, October 7, 2011

Ape perasaan awak?







Apa perasaan korang kalau orang lain memperkatakan hal2 yang buruk2 dan mengaibkan korang? malu kan? Tak elok la kan macamtu. Aku punya perangai, walaupun orang tu buruk perangai, aku tetap layan dan bersangka baik dengan dia. Walaunpun orang tu tak tau yang aku ni tau perangai buruk dia, (tapi depan orang memang sangat baik perilaku dia.muka pon baik sesangat.korang memang tak tau pun dia tu sebenarnya perangai dia ala2 syaitonnnirajim. hahahaha) aku takkan cerita kat orang lain pasal dia unless kalau ada orang yang tau pasal dia bukak cerita or tuan punya badan sendiri yang bercerita. Umpama macam tak baiklah membuka pekung di dada orang lain. Kalau kita tau tentang keabaian dia dengan dia bercerita sendiri dengan kita, maka jadilah seorang pendengar yang baik dan pembimbing yang baik juga. Maksudnya kita ni dah diberi kepercayaan oleh dia untuk mendengar masalah yang dia hadapi. So, jadilah seorang yang amanah dan sejujur yang mungkin.


Bila kita menerima berita yang negatif tentang orang lain, kita lebih cenderung menafsirkan daripada sudut negatif berbanding positif. Biasalah lumrah manusia memang macam tu. Bila ada perkara negatif yang berlaku, sentiasa nak terus blame tanpa ada peluang kedua. Bukan semua orang sempurna. Bersangka baiklah dengan sikap orang-orang di sekeliling kita walaupun seburuk manapun perangainya. Bersangka baiklah dengan situasi yang terjadi pada kita, walau seburuk manapun halnya. Apapun yang terjadi bersangka baiklah tanpa henti.


Beri respon positif pada setiap perkara, setiap orang, setiap benda, setiap situasi dan setiap kejadian. Apa pun yang kita baca, yang kita lihat, yang kita dengar dan yang kita rasakan, beri respon positif walaupun pada hakikatnya kita tau perkara itu adalah salah. Respon kita mempengaruhi emosi kita, lantas mempengaruhi tindakan kita. Bila kita respon positif, kita akan mula berubah menjadi positif. Memang orang kata buat baik dibalas baik dan buat jahat dibalas jahat. Semua ni memang kita telah sedia maklum. Percayalah....orang yang sejahat mana sekalipun pasti akan beransur bail hanya disebabkan aura positif @ baik yang kita berikan kepadanya. Kita tak boleh nak kawal luaran, kita cuma boleh kawal aspek dalaman diri kita iaitu respon fikiran kita pada perangai orang dan pada situasi-situasi disekeliling kita. Untuk kita ubah luaran, ubah dari dalam diri kita dulu. Ok uollss?


p/s : lepas ni macam nak update pasal "lelaki yang baik, untuk perempuan yang baik". sebab tadi borak panjang lebar dengan Ketua Program aku pasal isu ni kat pantry. Banyak yang boleh diperdebatkan. interesting u know....;)