Saturday, February 20, 2010

Tolong Jangan Ganggu




Bukan merajuk namun pasti banyak sebab mengapa sesetengah individu mahu bersendiri bagi menyelesaikan kemelut atau tekanan yang dihadapi. Tidak kira seakrab mana pun persahabatan atau cinta yang terjalin, bagi sesetengah individu, bersendirian lebih baik untuk meredakan tekanan atau berfikir tanpa gangguan. Sama ada konflik yang dihadapi membabitkan ahli keluarga, kekasih atau teman sepejabat, detik bersendirian dianggap alternatif terbaik dalam mencari penyelesaian atau mengelak kemelut berpanjangan. Mungkin dengan bersendiri, ia membuka ruang untuk kita merenung kembali baik buruk perkara yang dihadapi serta berfikir secara logik untuk meleraikan kekusutan melanda. Namun, biarpun bersendiri, janganlah ia menjadi amalan hingga boleh mendatangkan kesan jangka panjang dalam perhubungan. Gunakan masa bersendiri untuk mengenal diri serta melihat kehidupan dalam perspektif baru!