Sunday, February 28, 2010

The Beginning

Sepanjang cuti Maulidur Rasul ni sibuk betul la dengan aktiviti2. Exspecially bile dah mula berjinak2 dengan dunia bisnes ni. Ewah! Aku consider yang It's still new. So aku & partner memerlukan support yang penoh daripada anda. Partner aku adelah Jah. Ye...dia lah ketua kumpulan sejak dari sekolah lagi.wakakaka~ ;D Kalau ade rezeki, tak lame lagi akan wujud nya blog rasmi produk kami & menambahkan lagi seorang partner untuk photography session yawww~ InsyaAllah...;) sapekah gerangan partner photography lagi sorang tuh?? RAHSIA!! hahahaha...poyo betul la. kite tunggu & lihat saje nanti yep! So, permulaan ni kami memulakan dengan kawan2 dulu iaitu dengan membuat paperbag for goodies & bekas telur untuk Majlis Aqiqah anak Ida. Then, kalau mendapat sambutan baik daripada orang ramai, aku anggap itu rezeki permulaan yang baik buat kami. Lepas tuh baru la akan buat strategi promosi yang seterusnya...;) Ayah aku siap menyakat dengan panggil aku mcm ni "Usahawan kecik meh sini makan dulu" sebab bile orang suh makan aku asyik ckp "kejap lagi la...banyak keje tak siap lagi ni.." haahahaha..siot je...;D



A day before Majlis Aqiqah
pink+purple theme~



bakul tuh untuk isi bekas telur. very nice~~
Jah siap cari kat SSF Sri Damansara lagik..
price die so reasonable.;)






The goody bags! ;)
*sape maw tempah??hehe.len pattern plak lepas ni*



Tuh dia model2 memperagakan bekas telur..kui3..;D
comel kan?? kan?? credit to Jah! ngeee~





Nur Qaleesya Qistina
time ni suda mengamuk sebab panas
bile nak tido asek kene gomol je..hehe~ ;D



p/s: wait for the new blogshop....wink2 ;)



Saturday, February 20, 2010

Siapa berani mula?





Lelaki atau perempuan yang perlu ambil langkah pertama? Tidak semua orang berani meluahkan perasaan kepada orang lain, apatah lagi jika mahu menyatakan hati sudah terpaut kepada empunya diri. Pada era siber ini, tanggapan lelaki harus mula dulu mungkin tidak boleh diterima lagi. Mengapa tidak? Wanita semakin ramai mencapai kedudukan tinggi, bukannya hanya duduk di rumah dan menanti lamaran jejaka. Maka tercetuslah polemik siapa patut mulakan dulu - lelaki atau wanita? Jangan tidak tahu, ada wanita hari ini berani meluahkan perasaan kepada lelaki diminati. Individu seperti ini rela menerima sebarang reaksi daripada si jejaka asalkan apa yang terpendam, sudah diluahkan. Namun, masih ramai berpegang kepada amalan tradisi. Lebih manis, jika lelaki yang mengambil langkah pertama jika tidak, digelar pula pergi mencari timba!


Bagi pendapat aku, wanita lebih berani mengambil langkah mula dan menyatakan perasaan mereka. Ini kerana kebanyakan wanita bersikap terbuka. Kebanyakan lelaki pula ada sikap ego ketika berdepan situasi ini. Apa yang membuatkan kebanyakan lelaki tidak berani mula dulu kerana mereka takut jika wanita yang diminati, tidak suka kepada mereka. Malah, segelintir lelaki mudah tercabar apabila cinta mereka ditolak. Ramai lelaki sekarang takutkan komitmen. Jadi, mereka tidak berani memulakan hubungan walaupun mereka sangat menyukai wanita terbabit. Disebabkan itulah, kita dapat melihat semakin ramai wanita berani meluahkan perasaan kepada individu yang disukai. Wanita sekarang bukan saja berani menunjukkan keupayaan dalam bidang pekerjaan, malah berani menjadi pihak yang meluahkan rasa hati kepada insan yang disukai. *wah..ni macam nak boikot lelaki ni..kui3..;D*


Tetapi secara am, aku berpendapat lelaki selalunya lebih berani untuk menjadi orang yang mula berterus-terang mengenai perasaan mereka. Ini kerana lelaki lebih ekspresif dan terbuka berbanding wanita dalam hal sebegini. Tetapi, biar apapun, siapa yang memulakannya dulu tidak penting. Terpulang kepada individu itu sendiri, sama ada lelaki atau wanita. Jika mereka sedia dan berani untuk berterus-terang, teruskan saja. Sekarang, sudah ramai wanita tidak kisah untuk memulakan hubungan atau berterus-terang mengenai perasaan mereka kepada lelaki. Seperti yang dikhabarkan, sesetengah juga lelaki suka kepada wanita yang berani menyatakan perasaan. Namun, lazimnya wanita melihat kepada situasi. Jika melihat perkenalan itu berpotensi menjadi lebih serius, barulah mereka luahkan perasaan.


Zaman ini berbeza dengan zaman dulu. Jika sudah terlalu suka kepada seseorang, mengapa perlu dipendamkan? Berterus-terang saja tanpa memikirkan siapa yang harus memulakan dulu. Tengok keadaan jugalah...Seseorang itu harus mencari waktu yang sesuai untuk meluahkan perasaan mereka kepada insan disukai. Bagi aku, tidak ada salahnya jika wanita yang memulakan langkah pertama. Lelaki harus lebih gentleman dan menjadi pihak yang mula menyatakan perasaannya. Ini kerana kebanyakan wanita malu untuk berbuat demikian, walaupun hakikatnya mereka mahu. Jika lelaki berani untuk meluahkan perasaan mereka kepada wanita, ia secara tidak langsung menunjukkan mereka ikhlas dan serius dalam menjalin hubungan.

Bagaimana pula dengan anda?



Kerja Sepejabat





Ahli psikologi menyatakan, antara faktor seseorang itu boleh jatuh cinta atau bertemu jodoh dengan pasangannya adalah kerana unsur berdekatan dan sering berada serta banyak menghabiskan masa bersama di tempat yang mereka kerap bersua muka. Berdasarkan teori itu, tidak hairanlah jika ramai pasangan yang boleh jatuh cinta atau bertemu jodoh di tempat kerja sehingga sepakat mendirikan rumah tangga. Bermula usik mengusik, keluar makan dan kerap membuat aktiviti bersama serta bertentang mata setiap hari, tidak mustahil hati mula terpaut.

Menamatkan percintaan di pejabat, pasangan akhirnya melangkah ke gerbang perkahwinan. Kata orang, suasana ketika dilamun cinta tidak sama berbanding selepas berkahwin. Oleh kerana itulah selepas berkahwin, ramai juga yang kurang senang bekerja di bawah satu bumbung, lebih-lebih lagi jika berada dalam jabatan sama. Alasannya, kerap berjumpa dan bertentangan mata, di rumah dan kemudian di tempat kerja boleh menyebabkan pasangan berasa bosan, meskipun ketika dilamun cinta itulah yang dirindui serta diharapkan selalu berlaku. Lalu, ada yang mengambil keputusan seorang perlu berhenti kerja atau pun mencari peluang pekerjaan di tempat lain.


Ada juga berpendapat, apabila bekerja di tempat yang sama sudah tentu langkah dan gerak-geri tidak sebebas dulu. Bagi si isteri, ada yang berasa serba salah hendak berbual berlebih-lebih dan keluar makan bersama rakan sekerja lelaki. Walaupun tidak melakukan kesilapan, si isteri berasa perlu menghormati orang dikasihi dan turut bimbang soal cemburu akan timbul apabila melihatnya berjalan beriringan, seolah-olah tampak mesra dengan lelaki lain sedangkan suami sendiri ada di depan mata.

Justeru, sesetengah pihak berpendapat memilih untuk tidak bekerja di tempat sama. Isteri tidak nampak kelibat suami dan begitulah sebaliknya. Tetapi apabila suami atau isteri berada di tempat kerja masing-masing dengan berpaksikan saling mempercayai antara satu sama lain bolehlah buat hal sendiri selagi ia tidak melanggar batas-batas yang ditegah agama mahupun budaya. Habis kerja, di rumah barulah bersua muka dan menjalankan kehidupan seperti suami dan isteri. Sekurang-kurangnya rasa rindu tu timbul la sedikit. ;)


Tolong Jangan Ganggu




Bukan merajuk namun pasti banyak sebab mengapa sesetengah individu mahu bersendiri bagi menyelesaikan kemelut atau tekanan yang dihadapi. Tidak kira seakrab mana pun persahabatan atau cinta yang terjalin, bagi sesetengah individu, bersendirian lebih baik untuk meredakan tekanan atau berfikir tanpa gangguan. Sama ada konflik yang dihadapi membabitkan ahli keluarga, kekasih atau teman sepejabat, detik bersendirian dianggap alternatif terbaik dalam mencari penyelesaian atau mengelak kemelut berpanjangan. Mungkin dengan bersendiri, ia membuka ruang untuk kita merenung kembali baik buruk perkara yang dihadapi serta berfikir secara logik untuk meleraikan kekusutan melanda. Namun, biarpun bersendiri, janganlah ia menjadi amalan hingga boleh mendatangkan kesan jangka panjang dalam perhubungan. Gunakan masa bersendiri untuk mengenal diri serta melihat kehidupan dalam perspektif baru!




Hadiah Terbaik Lelaki





Sudah namanya lelaki, kadang kala sukar bagi wanita memahami peribadi dan perlakuan golongan berlawanan spesies dan jantina ini. Saban hari, ada saja isu berkaitan lelaki dibangkitkan. Soal gaya, cita rasa dan keinginan lelaki sering menjadi topik perbualan wanita termasuk mereka yang sudah lama hidup berumah tangga dan berkongsi segala-galanya dengan lelaki. Sifat dan keinginan lelaki yang sukar dijangka kadang kala merumitkan lagi usaha berdamping dengan golongan Adam ini. Meniti senarai perkara mengenai lelaki yang sukar dimengertikan, isu mencari hadiah untuk jejaka misalnya, boleh mencetuskan kebuntuan setiap kali tibanya hari jadi, ulang tahun perkahwinan atau detik istimewa yang mahu dikongsi bersama lelaki. Andai wanita jatuh cinta dengan barangan yang mahu dihadiahkan kepada teman lelaki, belum tentu si jejaka yang berjiwa kompleks gembira menerima pemberian itu. Silap hadiah, timbul pula perselisihan dek si dia berkecil hati andai hadiah yang diberi tidak begitu digemari kerana tidak memenuhi kehendak jiwa teman lelaki. Dalam hal ini, tidak semestinya hadiah yang diberi berharga mahal atau produk berjenama mewah. Sebaliknya, apa yang lebih penting, lelaki merasa puas dan gembira dengan hadiah yang diberi sekalipun sekadar kemeja T murah.


Sehubungan itu, dalam melerai kekusutan mencari hadiah untuk jejaka idaman, wanita disaran mengkaji terlebih dahulu peribadi si dia termasuk tingkah laku, minat dan hobi lelaki. Dengan mendasari peribadi dan minat lelaki, tidak sukar wanita memilih hadiah terbaik untuk diberikan sebagai tanda ingatan dan kasih sayang. Mengulas soal hadiah sesuai untuk lelaki, tidak kira lelaki atau wanita, faktor kriteria serta bajet perlu diambilkira dalam memilih hadiah sesuai. Secara psikologi lelaki tidak terlalu mengambil peduli soal jenis atau bentuk hadiah kerana bagi mereka, aspek hati dan niat pemberi lebih diutamakan. Berbanding wanita, bentuk hadiah kepada lelaki lebih menjurus kepada hubungan fizikal dan kaitan perhubungan yang terjalin. Ini sama ada membabitkan rakan sosial, teman emosional mahupun sebagai teman intim.



Erti hadiah yang diterima dalam konteks jantina lelaki dan wanita, hadiah bagi lelaki lebih bersifat faktor luaran atau tersurat kerana setiap hadiah diterima dengan hati terbuka. Wanita pula mempunyai sifat yang lebih tersirat. Bagi wanita, bukan soal jenis hadiah yang perlu sempurna sebaliknya setiap bentuk dan warna dalam hadiah yang diberi mempunyai erti besar dalam pemikiran dan naluri diri wanita. Nampak sedikit cerewet tetapi wanita lebih beremosi dan cukup mengambil berat soal hadiah dalam apa juga keadaan. Mengenai hadiah yang sesuai buat si jejaka, adalah penting untuk wanita mengkaji sifat serta karektor lelaki bagi menentukan konsep hadiah sesuai untuk si dia. Sebagai contoh, katanya, wanita boleh menentukan asas warna, bentuk dan fungsi hadiah yang difikirkan sesuai buat lelaki. Biasanya lelaki kurang cerewet dalam soal hadiah yang diperoleh kerana percaya kepada tanda ingatan dan niat si pemberi hadiah. Wanita pula seharusnya bijak memilih hadiah sesuai serta memastikan ia mewakili nilai hubungan antara lelaki dan wanita... Barulah pemberian itu bermakna antara dua pihak.




Melalui pemilihan hadiah yang tepat, wanita bukan saja memahami cita rasa dan minat sebenar lelaki, malah lelaki dan wanita dapat membentuk perhubungan ideal. Biarpun hadiah menjadi tanda keikhlasan pemberi, nilai sentimental serta bentuk yang cuba dipersembahkan dalam hadiah memiliki pengertian lebih besar ertinya bagi lelaki. Ini terutamanya jika hadiah yang diberikan menjadi idaman lelaki sekian lama. Mungkin selain kemeja, kasut, set minyak wangi dan jam tangan, barangan lain yang memenuhi karektor lelaki boleh dijadikan idea hadiah yang baru dan segar. Siapa sangka, hadiah unik seperti sport rim, jersi bola sepak edisi terhad mahupun tiket Formula 1 Petronas Malaysian Grand Prix 2010 di Sepang boleh menggembirakan si dia. Bukan sahaja mencipta kejutan, hadiah istimewa itu pasti mengeratkan lagi hubungan intim anda berdua! Ish3....akan tetapi kalau nak dibuat perbandingan yang boleh aku kaji, barangan lelaki nak ikotkan lebih mahal berbanding wanita. Mereka lebih mementingkan kualiti. Jarang shopping tapi sekali shopping memang berbalo-baloi.. ;D




Thursday, February 18, 2010

Business Minded


Currently in business minded mode
Hopefully what has been planned to become a reality
InsyaAllah..
Just wait n see...;)

Tuesday, February 16, 2010

UPDATE



Kene terima kenyataan bahawasanya
Adnan Sempit dah tamat tempoh tayangannya
Actually ade je show time untuk Adnan Sempit kt bukit raja
Tapi tadi meronggeng sampai ke Tropicana Mall
Memang la sume cite baru2 je kat situ..huhu
So, tadi decide tengok cite The Wolfman..
banyak terkejot r cite tuh!
Sape yang kenal aku mesti taw tabiat aku
kalau tengok cite seram macamane
Mesti kene ade tempat berpaut.huhu
Tapi tadi aku tetiba aku jadi berani sket tengok cite tuh
just terkejot sikit2 je la
Aku yang jadi protector kepada Awin.kui3..;D
Aku bagi cite ni 4 bintang je yawww~~!!

p/s: sangat bengang duduk kat seat depan orang yang kaki panjang.Bengang... bengang..bengang..bengang betol! ngeeee~ Pastuh rase nak buat permintaan la kat Cik Adzimah untuk membawa ku menaiki ikan keli putih beliau. Mari kite g tengok lampu2 yang cantik tuh kat i-City lepas opis hour. Aku terpengaruh tengok gambar2 lampu tuh kat facebook Anas! Kecantikan die sangat mengujakan hati keperempuanan aku. yawww~ hahahaha~ ;D Tadi sempat lalu tengok dari tepi high-way je kat dalam kete. Tengok lampu dengan khusyuk sampai si Awin ni tersalah masuk lorong tol. Nak gune smart tag tapi masuk lorong tunai biasa. haiiihhh...sengal la.. hahahahaha~ ;D





See!!!!!!! Cantek Kan!!!!!! ;)






Puaskan hati sendiri

Cuti 4 hari buat ape? buat bangang! hahahahaha *sounds like keras+moody rite???* Tak de la...mood biase2 aje..ape yang pasti mase cuti2 ni aku buat sesuatu yang bole puaskan hati aku sendiri iaitu membaking kek chocolate moist yaww! Baru je buat kek..batak betul la aku ni. Beli bahan bagai nak rak mase kuar g Jusco dengan Jah last sunday. Ingat nak gune resipi sendiri. ye ye je beli tepung kek 3 in 1 untuk buat kek yang just tambah telur+air pastuh masuk oven. It's done! Senang kannn...? Tapi tak penah cube lagi. My makngah penah buat. Sedap jugak rasenye walaupun pakai bahan segera.huhu. Last2 semalam buat kek gune resipi mak jugak. Tepung 3 in 1 tuh tolak tepi dulu.huhu. Yang tuh gune masa nak buat petang ni or malam ni la. Nak bawak g opis esok nak menjamu orang2 di Unit Zakat. ngeee~ ;) Niat buat kek semalam tuh memang nak bawak sebagai buah tangan g kenduri baca yassin kat rumah nenek. Belum abes kenduri aku tengok budak2 nih dah rasmi kan dulu. hampir separuh loyang la dorang ngap mase yang lain2 tuh tengah mengaji. Ishhhh3...budak2 nih aku pok kang! Len kali kalau bawak lagi kene sorok dulu kek ni kat peti! huahuahua~ Ape yang buat hati berasa girang, sume makcik2 n pakcik2 kate sedap! Licin 1 loyang tuh wehhh....suke! suke! Ade yang kate "dila...bole buat bisnes kek la lepas ni" ... "bole la tempah kek kat ko lepas ni." wahhh!! Percubaan pertama telah berjaye! ;) Awin & Jah mari kite ke kelas buat cupcakes plak next week! Mari! Mari! hahaha~ ;D


Haaaa...ni dia hasil kek chocolate moist
meleleh topping chocolate atas tuh
yummy! ')



Semalam jugak jadual agak padat la..lepas je buat kek tuh trus je siap2 nak teman awin anta kain baju nikah die kat Bandar Baru Sg Buloh. Biase la Fara dilantik sebagai designer family.kui3. ;D Buat kek sampai tak sempat nak lunch tuh. Sementara tunggu Awin tuh aku lunch la jap. Baru 2x suap nasi, dah mai dah plak minah nih. As usual la kan...die dijemput masuk landing2 jap sementara tunggu aku.hehe. Mahap yeh..ngee~ Bile dah selesai design2 baju n ukur badan sume tetibe Awin ajak singgah IKEA. Aku trus je pandang diri aku ni..aku pakai t-shirt Giordano bodo2 lengan pendek yang usianya 4 tahun kot + sluar jeans + tudung sarong Ariani tuh je! + slipper wedges + tangan pegang wallet & hp! Mentang2 la nak pegi ikea tuh 10 menet je dari rumah Fara..mengade ko eh Awin. Aku trus je cakap kat die "Ko ni nak sabotaj aku ke win? Ko tengok la aku pakai pe ni?" Awin pun dengan slumber menjawab "Alaaaaa...sempoi r tuh dress up cam tuh.Kalau org tanye cakap je rumah ko kat belakang IKEA. sebab tuh malas nak pakai cecantik. Pastuh ko jalan la 2 meter jauh dari aku.hahahhaha~" Kuwang ajar! Kuwang ajar! siot betol la..Tak pe....i memang sempoi..seb ramai cecina kat sane pakai sluar katok je.Dorang ni mmg sume rumah dekat belakang IKEA je ni mcm aku.hahaha~ Hari tuh pegi mase dgn Jah aku tgk bedsheet je..kali ni aku tak tengok lagi.. Aku pegang & bayar.hahahha~ Awin kate "Ko dalam biseng2 cakap pakai tshirt bodo, ko membeli jugak eh...". Hahaha biseng la mulot die tuh.;D bilik sekarang dah cantik...best je tido kat katil empuk tuh berlapik kan cadar baru IKEA..hahahaha..poyo..;D Ok dah itu je...maw bersiap nak kuar dengan Awin lagi. Nak puaskan hati sendiri lagi. Ade lagi benda yang aku tak puas hati sekarang ni tapi malas la nak pikir. Banyak pikir lagi banyak hati i akan terluka..yawww~ ayat macam pisau! hahaha~ Mahu nonton Adnan Sempit sambil bergelak ketawa guling2..ye taw...agak ketinggalan maw nonton this movie. Tapi fedulik hapee! ;D

Mari tido bersame di kamar beradu beta! ngehehe~


p/s: Pagi tadi mak n ayah balik joging diorang kate kat aku maw g morib jap dengan pak long n mak long. Aku tanye la molek2 kat mak "Nak buat pe g Morib panas2 ni?" Mak bole kate "Boring la duduk rumah tengok ko asyik tido je" hahahhaa~ siot betol la mak aku ni. pastuh baru die jawab serius. Katenye maw jalan2 plus beli ikan. Aku nak ikot..sebab nak hilang rase x best di hati. eceh! rase apekah?? ;D Tapi mak aku bole cakap macm ni tanpa mengambil kira perasaan aku "Tak payah la ikot. Duduk rumah je kemas2 pe yang patot" huwaaaa....makin sakit hati aku dengar jawapan tuh. Sampai hati mak.. hahahaha~ Tapi kadang2 mulut biseng & slumber mak tuh la yang buat ceria kat rumah ni. Bole berlawan2 mulot dengan aku ni ditambah dengan ayah yang suke menyakat..ngeee~ ;D Sayang semuanya!! chupppsss =*



Sunday, February 14, 2010

Hari Kekasih



Hari kekasih??? Takde la istilah nak sambut hari kekaseh...
Tapi maw g membawa diri ni....*poyo! hahaha*
nonton valentine's Day bersame Jah jap g yawwww~~



Sunday, February 7, 2010

Kelebihan Bercium

Bile dapat email ni dari Eta, aku tersenyum2 bace..suke betol topik ni. Kadang2 ade betulnye juga fakta yang di inform tuh. Aku memang suke cium pon..tapi cium baby, budak2 or semuhrim dengannya..hahaha~ Amboiii....gatai naaa...bese aku nih!! ;D

Ahli perubatan mendapati bahawa bercium baik untuk kesihatan. Bercium itu bukan hanya membuat seseorang merasa tenang, tetapi juga efektif melawan banyak penyakit. Apakah keuntungan bercium bagi kesihatan???


  • Bercium dalam waktu lama boleh membantu sistem sirkulasi kita. ketika bercium, detak jantung makin cepat hingga 110 degupan jantung/minit.
  • Setelah bercium, paru-paru bekerja lebih keras. Kira-kira 60 tarikan nafas/minit, dibandingkan dalam nafas normal, hanya 20kali tarikan nafas/minit. Ini baik untuk mncegah sakit paru-paru.
  • Beberapa doktor gigi percaya, bahawa bercium merupakan tindakan pencegahan gigi berlubang. Berciuman menstimulasi air liur yang boleh manghancurkan asam yang menutupi gigi. *Waaaaa....hebat! ;D*
  • Bercium yang berlangsung lebih dari 3 minit membantu kita melawan stress. Berciuman dalam waktu lama boleh mennhancurkan hormon stress. *seswai ni bagi pasangan berkahwin. Si isteri boleh tenangkan suami dengan ciuman bile stress akibat penat bkerja.eh,pandai2 je aku ni.hahahahhaha. Geli je bile bace statement sendiri!! ;D*
  • Pasangan yang memberi ciumamn perpisahan setiap pagi kepada pasangan hidupnya rata-rata memiliki waktu 5 tahun lebih lama dari yang tidak melakukan rutin ini. *Patot amalkan ni lepas kawen.kui3.*
  • Bercium untuk mendorong kepercayaan diri. Membuat seseorang merasa dihargai dan memberi ketenangan diri.

  • Bercium membakar kalori 2-3 kalori/minit dan menggandakan tingkat metabolis. Ada yang mengatakan bahawa dengan bercium berghairah 3 kali/hari (setidak2nya 20 detik/ciuman) boleh membantu menghilangkan berat badan.*Zimah! kite patot cube ni utk kuwus.muakaka. Buat bile dah kawen mujarab x agak2?kui3. Eh, takkan la nak buat kiraan kot masa bercium tuh.haissshhh ;D*
  • Bercium dikenal sebagai penghilang stress.Bercium penuh ghairah boleh menghilangkan ketegangan, mengurangi energi negatif dan memproduksi rasa sihat, menurunkan hormon stress.
  • Bercium menggunakan setidaknya 30 otot wajah dan mencegah pipi kendur. Otot pipi yang menegang kerana ciuman yang berghairah mampuu membantu kulit lebih halus dan meningkatkan peredaran darah.
  • Bercium baik untuk jantung, menurunkan tekanan darah dan kolestrol
  • Mereka yang sering bercium jarang mendapat masalah perut. *Ye ke ni???*
  • Selama bercium, antibiotik diproduksi tubuh dikeluarkan melalui air liur. Air liur juga dipercayai sebagai anestetik yang membantu mengurangi sakit.



Kamu : Cium siapa?




Friday, February 5, 2010

I wanted to share some


The Best Mom for Me..

With one birthday after another
Seems faster each year
Yet from all I can see
You're the best Mom for me
And I just wouldn't have any other

HAPPY BIRTHDAY MAK...;)
-5th February 1957-

May Allah protect and Bless u in health, body and soul