Pagi Semalam, sebelum aku pegi keje, aku bersalaman dulu dengan ayah & mak. Harini aku pegi sedikit awal, dalam pukul 7.10 pagi aku dah keluar rumah. Semalam jugak kakak aku dah start cuti untuk membuat persediaan pulang berhari Raya di rumah family suami yg terletak jauh nun di Kampung Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu, Kelantan sane. *panjang betul nak describe name tempat.huhu* Mak siap masakkan rendang ayam & nasi himpit untuk kakak & abang ipar bawak balik ke Kelantan. Masa kakak sampai rumah malam tuh (16/9/09) aku dah tdo awal. Taw2 aku bangun sahur esok pagi abang ipar aku dah terpacul kat meja makan.hehe. So, sebelum aku pegi keje aku salam semua orang termasuk kakak & abang ipar sekali. Salam kali ni lain macam sikit siap aku wish Selamat Hari Raya & mintak maaf siap2 sebab pagi tuh jugak mereka dah nak bertolak pulang ke Kelantan. Masa pagi tuh biasa2 je suasana nye. Masa aku bbuka puasa dengan mak & ayah malam tuh, mak tetiba bukak cerita. "Kakak ade call tak sebelum die pegi?" aku pun jawab la "Ade, die tanye pasal camera.nape?" Mak pun bgtau, masa die nak pegi keje, kakak & abang ipar bersalaman la dengan mak & ayah sebelum nak berangkat untuk perjalanan jauh. Tiba2 kakak aku tuh menangis tersedu sedan. Mak kate 1st time la tgk kakak aku menangis bersungguh2 macam tuh. *Dalam hati aku berbisik, patut la masa call tadi suara die lain macam sikit.hihi* Mak pun ikot la nangis sekali. Abang ipar aku la yg menenang kan keadaan pada masa tuh. Mak cakap, kakak aku tuh manja & rapat dengan kita. Ni 1st time die beraya hari pertama tanpa kami. Lebih2 lagi die sekarang sedang berbadan dua. So, emosi die tuh sedikit terganggu la. Sebelum pegi tuh, kakak sempat cakap dgn aku, "Macam takde mood la nak balik kampung"..aku tanye la "Laaa...kenape?" die pun berbalas "Raya Aidilfitri kat sane tak meriah. Kalau raya Haji baru meriah" muka monyok je aku tengok kakak aku ni. Yela, Raya kat sini family kami akan berkumpul kat rumah nenek. Mmg meriah & riuh sangat2 bila adik beradik ayah yg 10 orang tuh berkumpul. Sedikit sebanyak mestila kakak aku tuh terasa sayu sikit. Aku cakap kat kakak "Tak pela, tahun depan kan ade lagi. Lagi pun Raya ke-3 ko dah balik sini.bole sambung Raya kat sini pulak" begitu bersahaja je ayat aku. Ye la..aku taknak la wat ayat2 sadis yg bole meruntun kan lagi jiwa kakak aku tuh.huhu. Aku rasa macam aku ni kakak kepada die plak tetiba time tuh. Ewah! ;D Bila aku fikir2 balik, nanti aku ni dah kawen macamane plak situasi perasaan aku nak beraya. *berangan jap.haha* So, ape yg aku bole cakap kat sini, bab balik beraya, mesti ada persefahaman antara suami isteri. Jangan pula tiap2 tahun asyik beraya di rumah sebelah isteri/suami sahaja. Bawa berbincang, elakkan pergaduhan. Peace yo! ;)
p/s: Tinggal lah aku & mak je terkontang-kanting masak kat dapur utk Hari raya nanti. Tetiba rasa macam anak tunggal plak.ngeh3 ;D
p/s: Tinggal lah aku & mak je terkontang-kanting masak kat dapur utk Hari raya nanti. Tetiba rasa macam anak tunggal plak.ngeh3 ;D