Sunday, August 16, 2009

Makan vs Cirit Birit

Semalam bersamaan hari sabtu family ayah ku telah mengadakan kenduri doa selamat & menyambut puasa yg bakal menjelma nanti. Wah! dah nak puasa dah ni. Alhamdulillah kerana aku sempat ganti puasa & masih panjang umur untuk menyambut ramadhan kali ni. ;) Selesai majlis tahlil & doa selamat mesti la ada makan2 kan??? hehe.. Memandangkan majlis dibuat pada selepas asar, jadi menu die tak lah berat sgt bg aku. Menu pd petang tu adelah mee kari, bihun sup, roti jala & kuih muih. Aku cedok mee kari & along cedok bihun sup. Kitorang share sbb nak rase due2. Sharing is caring ye kawan2! ;) *bak kate awin: "sejak due menjak ni ko caring la.touching la aku mcmni".hahaha. awin bengong!* Kalau nak makan due2 sekali gus sorang satu rase mcm tak mampu plak. *aku tak mampu nak abeskan makanan??hahaha* Tapi seyes, kari2 ni aku tak bole nak kene sgt dgn selera aku melainkan mak aku yg masak. Manyak songeh wooo ini budak.muahahaha~ ;D Lepas makan mee kari & bihun sup, perut ni di sajikan dgn buah-buahan. Alhamdulillah..agak kenyang la jugak perut ni. Bile sume dah lepak2 tuh aku memulakan aktiviti jual tudung yg di amanahkan oleh Eta. Eeee...tak penah aku buat benda2 mcm ni. Mcm makcik2 je aku rasa. muakakakaka! ;D Majlis selesai dalam kol 7++ pm mcm tuh. Dah sampai rumah, aku pun menyuarakan hasrat nak belanja makan utk family aku sempena gaji pertama aku. Dah gaji weiiiiii...hahahhaa~ ;D Ni kebetulan my kakak n abg ipar pun balik, so dorang pun ON je. Tempat yg akan dikunjungi utk mkn malam adelah di bawah keputusan aku yehhhh.hahahaa~ iaitu di........

Serai Restoran Thai
Seksyen 3 Shah Alam


Entah kenapa aku teringin sangat nak makan kat sini. Dulu masa aku n my kakak kecik2 selalu makan kat sini. Aku windu nak makan Pandan chicken die. Mmg marvellous la wei! Tapi time aku g tu, Pandan chicken dah abes! bole tak???? huwaaaaaaaaaghhhhh..Mak aku siap ckp kat aku "kempunan la ko". Nak masuk batu belah batu bertangkup la gini!! hakhakhakhak..;D Takpe2 menu lain ade yg lagi best.. Abg ipar aku mmg tekan aku abes la g order menu macam2. Hampeh betol. Die kate "nanti kite makan seafood kat tengah2 tasek Shah Alam tuh ehh"..Aku tuntut janji mu! muahahahha~ ;D Yang pelik nye aku tak order nasi pun. Yang lain dok makan nasi bersama lauk pauk & bihun tom yam. Aku duk ratah lauk je. Percaye tak korang?? hahaha~ Aku rase kenyang lagi dgn menu yg di makan mase kenduri petang td. Mmg niat murni aku tuh nak blanje family makan. Aku tak kesah. aku anak yg baik..wahahaha~ ;) So, ini adelah diantara menu yg kami order..

Tom yam sea food


Ikan siakap stim ala Thai..sedap!


Sotong goreng tepung..sedap!

bihun Tom Yam..menu Mak..sedap jugak! ;D


Mixed Vegetables..sedap!


Pandan Chicken *walaupun takde dlm senarai menu sbb ayam ni dah abes, aku nak upload jugak! Lantak la..hahahhaa~ ;D*


Sotong goreng tepung tuh menu aku sorang je.hehehe. Pastuh aku paling byk makan ikan siakap stim tuh. Sedap la..Yang penting sume menu aku rase. hahhaa~ Mak siap pesan "jgn makan byk sgt yg ikan tuh..die letak byk cuka. Nanti ko saket perut. Dah la tak makan nasi". Tapi sedap la Mak...huhu. Dah balek rumah, kemas2 bilik sket pastuh trus je landing atas katil. Yang kurang enak nye, ape yg mak aku bgtaw td tuh betul la. Kol 4 am mcm tuh perut aku tetiba senak & rase memulas2 yg amat! Aduhhhhh...tak suke la keadaan mcm ni. Mengganggu mase tido aku betul! Aku terus je bangun menhabes kan masa aku di toilet. Ahhh...lega sket. Baru la ley tido lena. Aku ingat dah selesai dah. Lepas bangun solat subuh td rase lagi memulas2 nye. Aku dok ngadu2 saket perut kat Mak. Mak aku siap bg hujah sket before kasi minyak suh sapu kat perut. huhuhu~ Sekarang suda elok!! ;) Besela makan macam2 semalam. Perut pun meragam.


Moral of the story : Jgn la makan Cuka byk2..muakakaka~ ape kes??? *abaikan je la* .Ok nak siap2 sbb nak kuar dgn mak & ayah g USJ. Maw beli barang sket. Bye!