Selamat pagi hari sabtu!
Jom kita BERSIHkan hati dengan quotes berikut
:)
Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki,
tetapi kita sering kali ingat apa yang orang lain ada
Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain,
janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain
Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik,
walaupun hanya sekadar senyuman :)
'menyuruh' sangat jauh dan berbeza ertinya dengan 'meminta tolong'
Secara semulajadi semua manusia itu sama,
tetapi ilmu menjadikan mereka cukup berbeza
Kita sering mengimbas kembali kenangan lalu
tetapi jarang sekali berusaha untuk mengejar impian hari esok
Kesusahan yang dialami kerana berusaha untuk berjaya,
hanya sekejap sahaja
hanya sekejap sahaja
kemudian akan senang seumur hidup
Janganlah mengharapkan kesempurnaan pada pasangan
kerana fitrah
manusia ini adalah punyai pelbagai kekurangan,
lantas carilah yang dapat
melengkapi kamu
p/s : Apakah 'bersih' beerti 'suci'? amalan atau hukum? yg penting
jauhilah 'kotor' dan 'jijik' . Bukanlah ia hina, cuma tak berapa sihat. Jadi marilah kita duduk rumah diam2 harini, Tak payah turun BERSIH kan KL tu. Pegi buat bunga telur for customer sampai siap. Nak submit malam ni uollss. *ape kena mengena ntah quote atas ni dengan bunga telur? heh~* ok bye!