Sunday, March 18, 2012

Karektor si anak bongsu




sumber ringkas from google



Sifat :

Anak bongsu memiliki sifat fun (menyenangkan) dan manja disebabkan oleh mempunyai kakak-kakak dan abang-abang di atasnya jadi dia merasa bergantung kepada kakak atau orang tuanya (pada umumnya tapi tidak semestinya. ade juga yang independent). Selalunya anak bongsu dikatakan kurang sesuai untuk jadi seorang pemimpin kerana kurang tegas (tidak semuanya). Positif nya jadi anak bongsu ini umumnya berbadan paling sihat, jarang mengalami sakit apatahlagi penyakit yang berat-berat (kronik), dan biasanya paling awet muda (baby face la gitu.hahaha). Sifat negatif anak bongsu adalah sangat boros! ngeee :D

Biasa mereka memiliki pembawaan yang menyenangkan seperti pandai bergaul, popular *puiihh..fofuler ke? hahaha* tetapi mudah membuat orang jatuh hati (orang berasa senang dan suka berdampingan dengannya). Mereka juga tergolong amat mudah dipuaskan dan saat terlibat dalam hubungan percintaan mereka biasanya sangat terpaku dengan hubungan tersebut. Perhatian yang kecil saja sudah cukup membuat anak bungsu “bertekuk lutut” (haaa..tengok perhatian nak sikit je. mane ade ngade2 :D).

Tetapi di balik sifatnya yang menyenangkan, jangan sekali-sekali anda mencuba untuk mendominasi anak bungsu. Kerana mereka memiliki kecenderungan kuat untuk menentang atau paling tidak mempertanyakan authority. Mereka lebih suka dianggap seiring dengan pasangannya daripada dipandang sebagai menurut kepada pasangannya. Hal positif lain dari anak bungsu adalah
berani ambil risiko, bertolak ansur, peramah serta kreatif. Mereka juga memiliki selera humor dan sifat kelakar yang paling baik.


Jodoh :

Dalam hal jodoh, anak bongsu boleh serasi dengan semuanya, namun paling ideal dengan anak sulung atau yang berfikiran dewasa untuk motivate dorang. Ini kerana anak bongsu orangya tidak terlalu memilih asalkan boleh mendapatkan jodohnya itu seorang yang baik. :)



Pendapat peribadi saya :

Ramai orang cakap anak bongsu ni manja je lebih. Mintak pape pon sume dapat. Tapi aku rasa aku ni xdela manja sangat kot. kot laaaaa..hee. Aku tengok kakak aku lagi banyak dapat ape yang die nak.huhu. Based on pendapat kawan2 yg majoriti pon anak bongsu, mereka lebih bersikap berdikari. Ape2 benda pon nak buat sendiri walaupun anak bongsu ni mampu untuk mengharapkan orang lain buat sesuatu perkara untuk mereka terutamanya daripada family. Lagi satu, anak bongsu ni tak pandai nak tunjukkan or ekspresikan rasa sayang dorang. tapi sebenarnya dorang sayang sangat2 tau. ngeh3. Hati die cepat keras tapi cepat je nak lembut sebab rasa tak sampai hati tu lagi menguasai diri.*haiihhhh ni la kelemahan anak bongsu nih*. Pastu rasa kurang selesa bila orang manjakan dia. *pe'el kurang selesa ni aku selalu buat bila mak tunjuk die manjakan aku depan orang ramai. aaaaargghhhh...bukan tak suka. tapi malu uollsss.hahaha* Lastly anak bongsu ni tak pandai nak meminta2. terima je ape yang orang beri dengan ikhlas, nak lebih kena useha sendiri (tengok orang la jugak kot). Macam skarang dah keje ni kan, kadang2 ayah tanye soalan mcam ni bila hujung bulan "duit belanja ade lagi?" *sambil nak keluarkan duit* dalam hati "soalan pe ni? Orang dah keje la. ecececeh" teros je aku jawab "haaa..ade2. tak payah bagi" walaupon kadang2 duit belanja kat wallet aku tu ngam2 je kan nak sampai cukop bulan sebenarnye. hahaha. *kot2 la ayah saje tanye camtu nak testing aku kan. tapi aku je perasan die nak bagi duit. kih3*


Ok la. Sekian, harap maklum
:)




p/s : terbaca perwatakan anak-anak melalui bulan kelahiran daripada buku Dr. Fadzilah Kamsah. Bulan oktober : lebih bersifat tenang, mudah bertolak ansur dan mudah dibawa berbincang. *wink2* :)