Monday, September 5, 2011

Redha







Aku ni tak suka terlalu berfalsafah dalam bicara. Tujuan ucapan dan ungkapan adalah untuk difahami oleh pendengar atau pembaca, bukan untuk mereka bertambah pening. ermm..whatever la..sebab kadang2 aku pun pening bila baca balik entry aku dengan ayat yang panjang lebar without full stop. hahaha :D *yang ni boss selalu bising bila aku buat ayat dalam surat panjang2 pastu die pening. hahaha :D*


Kita mungkin memberikan kebenaran atau memboleh sesuatu yang di bawah penguasaan kita berlaku dalam keadaan redha ataupun tidak redha. Apa yang kita izinkan bukanlah semestinya kita redha atau suka. Tak semestinya setiap yang diizinkan itu diredhai oleh seseorang. Contoh, seorang anak yang mendesak ayahnya memberikannya kunci kereta sebab nak keluar bersama dengan rakan-rakannya. Si ayah enggan memberi kerana bimbang anaknya tidak tahu mengawal diri apabila keluar bersama rakan.


Tapi si anak terus mendesak dan bertegang dengan ayahnya sehingga menyebabkan si ayah akhirnya memberikan kunci kepada si anak. Anak ini pun keluar berjumpa dengan rakan-rakannya sambil berkata: ayah aku izinkan aku pakai kereta dia malam ini. Sementara si ayah apabila ditanya berkata: memang saya izinkan tapi saya tidak redha, sebab dia mendesak dan saya malas nak bising-bising”.


Ada keadaan di mana kita izinkan sesuatu dengan penuh redha, ada juga keadaan di mana kita meredhai sesuatu tetapi tidak dapat mengizinkannya. Kita tidak izinkan mungkin disebabkan faktor-faktor tertentu. faham tak ni wei?? :D Kesimpulan macam ni aku rasa kurang tepat. Kita mungkin berbeza antara satu sama lain, namun jangan membuat kesimpulan yang tidak berlandaskan fakta. Ini bukan soal redha atau tidak, kita mungkin boleh setuju atau tidak setuju tapi tangani perbezaan itu dengan harmoni dan matang.





Apepun, kita perlu redha dengan ketentuan dan ketetapan yang Allah berikan. Memang bukan semua yang kita mahukan akan dapat ditunaikan. Ingatlah Allah yang paling Maha Mengetahui dan Maha Adil. Dia tahu semua perkara yang sesuai bagi setiap satu hamba-hambanya, dan segala nikmat kurniaannya merupakan suatu anugerah yang terbaik. Tidak perlu untuk kita mengeluh dengan kesusahan, ataupun komen apa-apa yang telah diberikan kepada kita.


Setiap kali sesuatu yang kurang baik terjadi kepada kita, pastinya ia adalah satu hikmah. sekiranya ada orang mengambil kesempatan keatas diri kita, aku yakin yang tak lama lagi Allah akan memberi ganjaran yang amat lumayan kepada kita sekiranya kita redha kejadian itu. Walaupun bertalu-talu negative things happened to us, kita masih boleh senyum… happy… dan tak pun effected dengan perkara-perkara negatif tersebut. Bila kita positif, kita akan menarik perkara-perkara positif kepada kita… ni yang mat salleh sebut “Law of Attraction".


Allah swt works in mysterious ways. Satu hari, kita akan diuji dengan pelbagai ujian yang AMAT berat, satu hari lagi boleh memberi ganjaran yang berlipat kali ganda. Janji, kita kena sentiasa sabar & redha… pasti hikmahnya akan diberikan. Tak kira apa saja yang terjadi kepada kita, bersabar sepenuh hati… dan redha sepenuh hati (bukan berlakon sabar & berlakon redha)… you must really feel it in your heart! Pasti pulangan yang lebih lumayan akan diberikan-Nya!



p/s : Lately ni aku dikerumuni dengan berita2 yang sangat menduga hati dan masalah2 orang yang pelbagai. Aku mengambil iktibar daripada situ. Berlapang dada lah atau menerima segala perkara dengan hati yang ikhlas terhadap sesuatu perkara yang telah ditentukan oleh Nya. Sabar + Redha = Hikmah! Ok? :)