Sunday, September 11, 2011

Cantik







Manusia sememangnya hidupan yang pelik, dah sempurna, nak sempurna lagi . Yang hitam, nak putih gebu, dan istilah kecantikan didefinasikan kepada pelbagai. Kalau di Iran, wanitanya begitu obses dengan hidung yang dibedah, atau di Mauritania di mana wanita gemuk dianggap seksi dan mengghairahkan. Bagaimana dengan masyarakat kita sendiri?


Tidak perlu mempunyai hidung yang mancung seperti paruh seludang, atau wajah yang sesempurna Aishwarya Rai. Cukup dengan berpakaian tapi seolah-olah "bertelanjang" *kasarnya bahasa ni..huu* dan mengenakan kain ela yang pelbagai untuk menutupi kepala, itu cantik namanya. :)


Sorry to say, bukan hendak memperlekehkan kecantikan plastik wanita, itu realiti yang telah lama bertapak dalam mentaliti masyarakat kita. Tipikal? Nobody can deny that. Cantik? ialah bagaimana mata mereka yang memandang itu mentafsirnya. Lebih tepat, pandangan orang lain terhadap fizikal kita. Betul! Apa yang cantik di mata sendiri, tidak semestinya akan cantik pada pandangan orang lain jugak.


Sebenarnya kita semua adalah makhluk ciptaan-Nya yang paling sempurna dan cantik di muka bumi ini. DIA telah menentukan sesuatu sifat dalam diri kita adalah yang terbaik. Kita sentiasa melihat apa yang ada pada orang lain itu jauh lebih baik daripada apa yang kita miliki. Hanya mata kita saja yang diselaputi dengan nafsu yang tidak dapat melihat kebaikan yang ada pada sesuatu kejadian. Jangan melihat orang yang lebih bertuah kerana itu akan membuatkan kita tidak bersyukur. Dan itulah masalahnya pada diri kita. Kita sentiasa mengejar yang sempurna dalam kehidupan seharian. Sentiasa mahukan yang lebih bagus daripada orang lain.


So, mari kita belajar untuk berkata Alhamdulillah dengan apa yang ada pada diri kita. Sedarlah, kecantikan bukan terletak pada secantik mana fizikal kita dilihat oleh mata orang lain, atau 'setrendy' mana pakaian yang telah membaluti tubuh masing-masing. Tetapi secantik mana kita di mata Allah. wallahualam..:)


Selingan :

"Aku terima nikahnya dgn si fulanah binti si fulan dgn mas kahwinnya RM.."

Bunyi macam senang kan? tapi erti sebenar dia :

"Aku tanggung dosa2 si dia dr ibu bapanya, apa saja dosa yg dia buat, dr dedah aurat ke tinggalnya solat, aku tanggung dan bukan lagi ibu bapanya tanggung, dan aku tanggung semua dosa bakal anak-anak ku. Jika tidak dididik, maka aku fasikh, dayus & aku rela masuk ke neraka dan malaikat Zabaniyah melibas aku hingga pecah badan aku..."



Suka ayat ni :

'saya tak layak untuk lelaki hensem tapi sesuai dengan lelaki yang manis'..katanya

'saya tak layak untuk lelaki kaya tapi sesuai untuk lelaki yang sederhana'..ujarnya