Entry kali ni bukan pasal tiang rumah apatah lagi demam bola dah abes, so bukanlah mengenai tiang gol. Ape kejadah la mukadimah entry macam ni.hahaha. ok. sila abaikan. Aku ngantok sebenarnya ni. Tapi aku tahan mata sebab aku nak jugak post pasal benda ni lama dah. Kita nak cakap pasal tiang agama. Kalau dah cakap pasal agama, ianya mesti dikaitkan dengan solat sebab solat itu tiang agama dan kunci bagi segala kebaikan.
Rata-rata umat Islam tahu bahawa solat lima waktu itu hukumnya wajib. Kalau dibuat, dapat pahala dan kalau ditinggalkan berdosa. Berdosa itu pula akan dihukum dengan seksa Neraka. Seksa Neraka tersangatlah pedih. Ia adalah sehina-hina tempat untuk kembali. *nervous la nak cakap macam ustazah ni..:D* Sembahyang adalah amalan pertama yang dihisab di akhirat. Kalau sembahyang tidak selesai, segala amalan yang lain tertolak.
Tapi kenapa kita berat menunaikan solat sedangkan Allah s.w.t telah mempermudahkannya dengan hanya memfardukan solat 5 waktu sahaja. Masih ramai yang cuai menunaikan sembahyang. Yang cuai menunaikan sembahyang itu bukan sahaja orang muda tetapi juga orang tua. Bukan sahaja orang miskin tetapi juga orang kaya. Bukan sahaja di kalangan orang-orang bawahan tetapi juga orang-orang atasan. Bukan hanya dari kalangan orang-orang tidak berpelajaran tetapi juga yang berpelajaran tinggi. Bukan sahaja dari kaum pekerja atau buruh tetapi juga dari para eksekutif dan pengurusan. Bukan sahaja di kalangan rakyat tetapi juga pemimpin. Bukan sahaja lelaki, tetapi ramai juga perempuan yang cuai bersembahyang.
Bukan nak kata aku ni baik sangat dan aku admit kadang2 aku pun pernah jugak tertinggal solat dengan sengaja tanpa rasa bersalah. huuuu~ kadang2 aku terfikir, Tuhan dah memudahkan kita untuk bersolat macam jika kita berjalan jauh sebagai musafir, kita diringankan dengan solat jamak. Jika kita dalam keadaan nak cepat, terdapat bacaan dalam solat boleh diabaikan (sunat) bagi mempercepatkan solat. Itu pun manusia still tak boleh nak tunaikan. Mengapa?
Bila jawatan sudah ada, jaminan kerja dan gaji bulanan sudah tetap, bila kuasa sudah ada ditangan, bila diri ramai penyokong, buat apa aku perlu sembahyang lagi? Itu selalunya yang bermain di otak manusia. Rata2 menjadikan alasan kehidupan moden amat sibuk menyebabkan tiada masa atau peluang untuk bersolat. Sebenarnya semakin manusia menjauhi sembahyang semakin manusia bersifat negatif.
Kalau tanya pendapat orang, maka akan timbullah pelbagai sebab dan alasan. Lemah imanlah. Kurang ilmu agamalah. Tidak ada asas agamalah. Kurang didikan agamalah. Kerana pengaruh liar seperti rock, black metal, dadah dan sebagainya. Kerana ibu ayah sibuk mengejar dunia dan tidak mengambil berat serta tidak ada masa untuk anak-anak. Kerana tidak ada kasih-sayang dari ibu bapa dan keluarga. Kerana sibuk dengan urusan, kerja, tugas, perniagaan dan bermacam-macam lagi alasan.
Setakat tahu dan percaya saja tidak cukup untuk menjadi aqidah dan pegangan. la tidak cukup untuk mendorong seseorang itu bertindak dan beramal. la tidak boleh menimbulkan sesuatu komitmen atau azam yang kuat. Tahu dan percaya Tuhan itu adalah dengan akal. Tetapi mengenal Tuhan itu adalah dengan hati.
Dengan solat dapat kita melahirkan rasa-rasa kehambaan di hati kita. Rasa-rasa kehambaan ialah rasa hina, berdosa, bersalah dengan Tuhan, rasa kerdil, lemah, cemas, gementar, takut, bimbang, rasa malu, rendah diri, berharap dan sebagainya. Rasa-rasa kehambaan inilah yang dapat membantu kita menjadi orang yang baik. Rasa-rasa kehambaan ini boleh memusnah dan membakar sifat-sifat mazmumah atau sifat-sifat keji yang bersarang di hati kita seperti sombong, hasad dengki, tamak, pemarah, bakhil, jahat sangka, berdendam, memfitnah, mengumpat, menghina dan lain-lain lagi. Kalau rasa-rasa kehambaan tidak ada di dalam hati, maka hati kita akan dipenuhi dengan sifat-sifat mazmumah seperti yang disebut di atas.
Apabila hati-hati manusia dipenuhi dengan sifat-sifat mazmumah, manusia akan berkrisis, bergaduh, bertengkar, jatuh-menjatuh, bunuh-membunuh dan berperangan sesama sendiri. Sebenarnya yang bergaduh dan berkelahi di antara manusia itu bukan manusia itu sendiri. Bukan lidahnya, bukan tangannya, bukan kakinya tetapi sifat mazmumah yang bersarang di hatinya. Sifat sombong seseorang itu berlawan dengan sifat dengki orang lain. Sifat panas baran seseorang itu bertengkar dengan sifat keras hati orang lain. Sifat bakhil seseorang itu berlawan dengan sifat tamak haloba orang lain dan seterusnya. Sifat mazmumah yang bersarang di hati manusialah punca manusia bergaduh. Lidah, tangan, kaki hanya mengikut sahaja.
Rasa-rasa bertuhan dan kehambaan ini akan mewujudkan sifat-sifat mahmudah atau sifat-sifat terpuji di hati kita seperti sifat-sifat pemurah, pemaaf, tolong-menolong, bantu-membantu, bertolak-ansur, bertimbang-rasa, berkasih sayang, bertoleransi, mesra, lemah lembut, lapang dada, suka mendahulukan orang lain dan sebagainya di hati kita.
Solat merupakan salah satu cara boleh mengalihkan diri kita dari mengambil keputusan mengikut rasa, keputusan yg berfikir. Keputusan yg lebih menyeluruh mengambil semua kebarangkalian termasuk kesan kepada masyarakat dan persekitaran.
Lagi satu nak share satu pemahaman yang silap tentang solat. "dia tu, nama je kaki solat, tapi perangai macam setan. baik tak payah solat". Ini adalah stigma yang sangat kuat melekat dalam kepala otak orang kita. aku pun tak pasti kenapa. mungkin sebab kita dididik dari kecik, bahawasanya, orang solat, adalah orang yang baik-baik. well, mungkin konsep tu, bolehlah dipakai zaman mak bapak kita dulu, tapi sekarang?
Samalah macam kes solat ni. Kalau ada kaki solat yang bikin slack, pervert contohnya, jangan salahkan institusi solat tu, salahkan pervert tu. sebab solat takada kena mengena langsung dengan perangai pervert celaka dia tu.*maaf penggunaan kata kesat disitu :D* Itu semua salah pervert tu, bukan solat. kita kena faham benda ni. KENA! sebab aku risau tengok orang kita, yang putus asa untuk solat sebab tengok kaki solat yang perangai slack. sebab dalam kepala otak dorang dah bertenggek dengan anggapan :