Friday, August 12, 2011

Main-main tak bermaksud tak serius







Aku kena tegur...ada orang cakap aku selalu memain dalam segala hal. Tak pernah nak serius. Selalu amik ringan dalam semua perkara. Tak pernah tunjukkan yang aku amik berat dalam apa jua hal. Tak tetapkan pendirian tu. Terlampau kebudak-budakan.


Ishh..ishh..sampai hati..


Mungkin apa yang orang tengok tu betul. Tapi dari segi fizikal saja. Dari segi ekspresi muka aku maybe korang boleh detect sume tu. Mungkin aku selalu bergelak ketawa bagai nak rak. Tapi tak semestinya aku memain dalam semua hal. Mungkin aku selalu enjoy dan nampak happy sentiasa tapi tak semestinya tak ada duka dalam hati aku. Dalam hati i ade taman jugak tau. ewah! *ayat bunga2 dia dah mai dah :D*


This is my way...


Tak semestinya aku tak menunjukkan minat
kepada sesuatu, bermakna aku tak minat benda tu


Tak semestinya aku tak layan orang tu,
bermakna aku tak suka orang tu


dan Tak semestinya kalau aku layan orang tu dengan
baik,
bermakna aku suka orang tu
bak kate pepatah
"orang berbudi, kita berbahasa"
ok? :)

Tak semestinya aku pejam mata bermakna aku tido


Tak semestinya aku tak suka tu bermaksud aku benci

Tak semestinya aku diam,
bermakna aku setuju dan tak tau apa-apa


Tak semestinya marah2 & membebel tu,
bermakna tak sayang *ni pesen ayat mak aku.hee :D*



Maaf. aku serius dalam segala hal yang perlu aku serius. Kenapa perlu nak tunjukkan yang aku ambil berat dalam sesuatu perkara. Cukuplah sekadar aku dapat menyelesaikan perkara tersebut. Tak tau la kan. certain2 perangai orang nak semua orang tau apa yang dia buat.


Soal hati dan perasaan, cukuplah sekadar kita memahami hati budi masing-masing. Berteman tapi mesra...dan seterusnya....Aku hanya insan biasa. Biar masa dan takdir yang menentukan...:)


Apa yang aku nak tegaskan di sini adalah aku nampak MEMAIN bukan bermakna aku tak SERIUS. Aku serius ni wehhhh!! :D


Tak kira sesiapa pun, jangan la judge before korang kenal mereka. Tak semestinya cover buku tu lawa, tak bermakna isi kandungannya mengandungi perkara-perkara yang beerfaedah. Kadang-kadang buku yang cover fotostat pon isinya sangat terbabow! tahu! So, ingat..kenali hati budi dulu sebelum korang mengomen bukan-bukan. Nobody is perfect. Apepun aku terima sebaran teguran dengan baik dan hati yang terbuka. Sekian, terima kasih.


Macam haritu ada sorang staff kat tempat aku die bercerita. Staff ni memang jenis yang suka senyum n menyengih je. Atas arahan haritu, dia dikehendaki untuk amek dokumen urgent kat bendahari.

Staff bendahari : *senyum....*
Staff kat tempat aku : *senyum...*
Staff bendahari : "PAR yang paling kerap datang sini.."
Staff kat tempat aku : "Biasa la dah keje saya..kenapa cakap macamtu?"
Staff bendahari : "Takdela, kalau kat Fakulti atas tu EO sendiri yang anta surat. PAR dia susah nak cari. asyik hilang je. awak yang kerap datang anta & amek surat2. AR kat tempat awak garang eh?"
staff kat tempat aku : "Eh, dia tak garang. cuma bila time keje dia strict sikit. sikit je. Bila time borak2, kitorang bole je borak2 & gurau2. Tapi bila time keje, keje la."
Staff bendahari : "oooo..ok la. seronok la keje kalau macam tu"
Staff kat tempat aku : "bole la..."

balik2 opis, staff tu terus buat report kat aku yaw..hahaha. haaaa...tengok..macamni pon orang kate aku memain & tak serius? gewam nihh..~~ :D ok. sila abaikan. bye!



p/s : aku akan nampak serius bila time aku lapa jep...:D