Friday, July 8, 2011

Pujian itu racun





Pujian itu boleh membawa kebaikan dan keburukan kepada kita. Pernah tak berhadapan dengan orang yang sikit-sikit nak puji orang. Kadang-kadang risau jugak, takut jadi bangga dengan diri sendiri. Tapi ada juga orang yang mahu dirinya dipuji, sikit-sikit nak dirinya dipuji, takpun dia akan puji diri sendiri. so annoying lah!

Bagi aku, pujian yang membawa manfaat tu bila kita ambil pujian tersebut sebagai semangat untuk terus melakukan yang terbaik. Tidak kira dalam apa jua keje yang kita lakukan selagi kita yakin bahawa keje yang kita lakukan itu hanya kerana DIA yang ESA. Contoh, kalau kita draft surat rasmi or paperwork dengan betul, teliti dan kemas, jangan kita gembira dengan pujian dari majikan kita tu tetapi gembiralah kerana kita telah berjaya buat keje yang diamanahkan tu dengan sempurna.

Pujian yang membawa keburukan pulak bila pujian tersebut membuat kita rasa gembira dalam hati dan ingin menunjuk-nunjuk pada orang lain dengan kejayaan kita. Kita tidak mendapat pahala malahan mendapat dosa kerana ia telah termasuk kepada riak atau takbur. Riak adalah syirik yang kecil. *takut nye*

Bila orang puji "waaaa..cantiknya awak. manisya senyuman" kita mesti jawab "terima kasih". nape tak ucap "alhamdulillah...semuanya pemberian Allah". Aku memang ikhlas kalau memuji orang tapi bila orang puji aku melebih2 aku jadi macam "eee..hipokritnya kau bila cakap macam tu.setakat nak maniskan ayat je".hahaha. jahat tak berperansangka cenggitu? :D tipulah kalau tak suka dipuji. semua orang suka bila dia dipuji tapi jika orang memuji kebaikan dan kecantikan kita setinggi gunung, ingatlah bahawa Allah dan kita lebih tahu keburukan yang ada pada diri kita seluas lautan dan selalu beringat jika orang memuji kebaikan kita tapi sebenarnya kita ada sesuatu yang lebih buruk daripada pujian tersebut so that kita tak mudah alpa. wallahua'lam.



Harini ada orang puji saya lawa la pakai baju ni
"harini ade orang tu pakai lawa la"

sebelum balik orang tu cakap lagi
"apa pun i suka baju u"

haaaaaa..
pegi publish gamba sendiri kat blog pastu pegi cite kat sini
ni dah kira syirik kecil ni
memang tak mengambil iktibar langsung
agagagagaga :D

apepun..
Alhamdulillah...semuanya pemberian Allah
:)