Friday, July 29, 2011

Harimau Malaya - Part 3






Mode emo gila (sila jangan poyo sangat.hahaha):

Si baju2 merah tuh bukan main bola. Main wayang kuat je lebih. Asek2 kena usung. Kalau la aku jadi tukang angkat tu, aku kira 1,2,3 patu lepaskan. Biar saket betol2. Pastu baru angkat balik. hohoho :D

sedikit sebanyak sharbinee si goal keeper tido masa main kat Singapore hampeh tu punya pasal pun ada jugak. Kalau apek main dari dulu kompem bola tak bolos sampai byk camni. Player singapore mlm ni banyak kejar 'grammy award' & Oscar. Geram! pape pun malam ni aku memang hangen betul dengan wayang singapore. Ada yang sampai label kan match ni Malaysia vs Singa PURA-PURA. agagagaga~ :D

HARIMAU MALAYA NO WAYANG
TAK IMPORT
TAK LEMBIK
TAK PONDAN
*tapi defend harimau Malaya pun agak kureng juga*
EVEN TAK MENANG
PROUD 2 BE MALAYSIAN
AUUMMM TO SAFEE SALI+APEK+AMIRUL!! :)


LASTLY
MMG PATUT PON SINGAPORE KENE LASER!


Emo terlampau ni. hahahaha
ok bye!





Wednesday, July 27, 2011

Kari Ayam





Lepas asam pedas,menu berat seterusnya adelah Kari Ayam!*bagi aku yang tak berapa nak handal memasak, menu ni kira berat la. tp i still bole masak yaw. blueekkk :D* Esok kat office ada majlis Potluck sempena nak sambut ramadhan. So, ade orang request suruh buat Kari Ayam. boleh makan dengan roti jala..perghhh...sedap2. *kalau makan dengan kuah durian, mesti lagi yummeh..:D* Seriously, aku agak cuak kalau nak masak menu yang berasaskan santan ni. ngeh3. tapi bagus jugak ade orang request2 ni. automatically, bole belajar masak :)



Hasilnya

1st trial ni. baru sudah masak tadi
Main masak campak2 je bahan-bahan ni.huhu
nervous la nak suruh korang rasa ni esok.
*statement poyo di situ ye.hahaha :D*


Tapi pape pon tadi ayah makan dengan nasi tambah 2x yaw~
suke! suke! :)



Bahan-bahan nye
*saje nak gedik tunjuk pro.hahahaha*


bawang merah,
bawang putih,
halia,
daun kari,
bunga lawang,
kayu manis
asam keping *lupa nak snap pic :D*


serbuk kari ayam Adabi mix with cili yang dah di blend



santan



kentang




of course la kena ade ayam ni~


Thanks to mak yang sudi jadi tok guru
heh~




p/s : Apaila masuk bulan Ramadhan, maka dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka serta diikat semua iblis dan syaitan. Oleh itu, Ramadhan adalah bulan pendidikan dan latihan maka setiap orang yang menerima kedatangan bulan Ramadhan ini hendaklah membuat persiapan yang secukupnya samada dari segi, fizikal dan spritual. Semoga kita dapat muliakan bulan Ramadhan yang bakal datang ini dengan sebaik mungkin. InsyaAllah...:)



Saturday, July 23, 2011

Harimau Malaya - Part Two




Harini tengok bola memang terlebih emo la. Singapore vs Malaysia. banyak drama la game kali ni. Referee pon aku tengok macam kena 'bayar' je,mase die bagi kad merah kat Si Safiq tuh. Tapi naseb baik lepas tu dia bagi kad merah kat player Singapore jugak. Kira fair & square. Tarik balik tuduhan tadi. heh~ At least 5-3 is better than 4-1 (thanks to Safee Sali). Kira2 Singapore ni takdela terror sangat, banyak pemain Import.agagaga~

Tapi untuk game kali ni, aku anti betol la dengan goal keeper Malaysia. kasik tuka la keeper tido tu. Issshhhh...geram betol~ we want Khairul Fahmi! :D Sampai ade yang emo kat Fb cakap :

"ape keeper Msia ni? taw jd keeper ke x?"

"Keeper Msia dah bole balik, main congkak kat rumah"

hahahaha. penangan bola memang macam ni.adoi~ Ok..jom booking ticket on9 for this 2nd leg match on 28th. Grandstand = RM50, Free seating = RM30





p/s : Ni kalau supporter Singapore baca entry ni memang kena banned la blog aku. hehe :D





Thursday, July 21, 2011

Stalker....best tak?



Hello stalkers! Yes. You. Kamu. Jangan buat-buat tak tau. Jangan nak buat muka seposen yeh. Jangan buat mimik2 muka apa pun. hahahaha :D





Cakap pasal Stalkers ni, korang pernah jadi stalker tak? Tak perlu lah yang sampai menghendap orang mandi semua tu. Zaman cyber macam ni, orang suka stalker kat Facebook, Blog, Flickr, Twitter dan lain-lain yang sewaktu dengannya. Best ke jadi stalker ni? haaaa...kawan2 aku ramai jugak yang suke jadi stalker ni. dorang suke stalk dorang nye ex-gf and ex-bf and dorang juga suke stalk bf/gf dorang punye ex-gf/ex-bf *paham tak ayat aku ni?* sebab katenya mendapat satu kepuasan. agagagagaga~ :D


Boleh tak kite stalking on our bf? Heyyy sapa kata tak boleh tu? Korang ni. Memang la kita kena trust each other. But, everything yang pasangan u cakap tu uols percaya 100% ke? Helloooo.. Kalau drama swasta tu nak jadi, jadi jugak.. Percaya sangat pun tak bleh. Sometimes kita kena jadi STALKER! hahahaha..gitu la bak kate membe sorang tu. :D


Tipulah kalau kamu kata kamu tak gemar stalk profile/blog/twitter sesiapa. Tapi, bila diri tuh dah mengada sangat pi stalk profile orang, so sebarang perasaan sakit jiwa yang melanda nanti sendiri kena tanggung la kan. Yang kamu pergi cari penyakit kenapa? ngaaaa~ Contoh macam kalau kita ade admire kat seseorang tu, pastuh bila kita dapat tau dia tu sebenarnya dah ade bf/gf pastuh bf/gf die tu lagi hot plak dari engko. haaaaa..saket hati kan? :D Sebab seperti sedia maklum, kalau kita stalk lebih-lebih, hasilnya akan menyakitkan hati. So better for me untuk diam and go with the flow. Pura-pura macam tak tahu je. Haha padahal bengkak siot hati uwaaaa... T__T.


Tapi kalau kamu jenis yang curious, then bila dah find out yang benda tu menyakitkan hati, kau janganlah pergi serang si polan tu tak tentu hala. Annoying tahu ke? Bagi aku, kalau hati tu tak cukup kering, tak payah jadi stalker. Teheee~~ :) Ada macam-macam lagi alasan yang boleh membuatkan seseorang tu menjadi stalker. Ada yang suka-suka. Ada yang memang sengaja nak tahu cerita. Ada yang sangat curious nak tahu tentang seseorang. Ada yang cinta dalam diam. (Ini bahaya! haha)


Maka, apabila orang nampak dan bercerita, maka orang mahu mencari bukti kebenaran sesuatu yang diperkatakan. Biasalah, masyarakat sangat suka mengambil berat antara satu sama lain.Tapi ini suatu gejala yang tidak berapa sihat. Ada yang kate stalker ni salah satu aktiviti untuk exercise kan hati. Tapi, ramai yang seronok menjadi stalker. Tidak kurang, pemilik blog ini juga.haha. Sebab, dengan jadi stalker, kawan-kawan yang dah lama berkurun tak jumpa, nak tahu perkembangan, tak lain tak bukan, view la facebook dia, gambar, status semua ada, tak perlu tanya lebih-lebih. Tahu dah dia macam mana keadaannya.

Aku rasa semua ada je terlibat dengan stalker ni, mengaku tak, mengaku tak? baik mengaku. hehe



P/s: Yes. I’m a stalker too....Haaa.....korang dah habis baca pun tak nak mengaku gak. Malas ah layan korang. Tidur lagi BEST. Bye. *haha* Eh...xbole tido lagi. nak sambug tengok abang Lampard main bola ni. :D ape pun support tigers!






Sunday, July 17, 2011

Harimau Malaya





Aku ni takde la die hard fan sangat kalau tengok bola. tapi still boleh layan especially bila tengok game yang melibatkan Harimau Malaya neh..auummmmm!

Dari dulu kalau semua orang support Manchester United, aku sorang je yang suke Liverpool. sebab dah ramai yang suke sangat MU, so aku pon support Liverpool. konon2 nak lain dari yang lain. hahahaha. bole macamtu? :D Tapi memang suke Liverpool pon sebab dulu ade Michael Owen. miahahahaha.

Tapi tahun ni aku rase paling banyak la aku layan tengok football match start with Arsenal FC vs Msia on 13th July, Liverpool FC on 16th July (tadi tengok memang terkinja2 depan tv mase maghrib. masyaAllah. ape nak jadi dyla. tapi takpe i dalam keadaan "P" ngeh3...so layan je maghrib2 pon :D) and soon Harimau Malaya akan beraksi dengan Chelsea FC on 21st July. The 2nd round first leg will be at Stadium Jalan Besar Kallang on 23rd July while the 2nd leg will be at Stadium Nasional Bukit Jalil on 28th July. Nak pegi yang 28hb tu....tapi esoknya keje. Nak mintak MC kat doctor boleh tak? miahahahaha :D



p/s : Walaupon tadi Liverpool vs Msia 6-3, yang 3 goal tu lagi bermakna. Malaysian footballers are making a comeback. They are finally worth watching again. Proud to be Malaysian. Welcome back tigers! :) *tetiba semangat kesukanan gitu!*




Saturday, July 16, 2011

random






Gamba dan Story secara random


Sila jangan contohi pemandu seperti di atas
cari handphone siap tak pandang jalan kat depan
co-driver siap snap2 pic
nebes ai !!
hahahaha
:D




Lepas abes meeting, tengok sume staff dah balik
bila pegi kat pantry, tengok dorang tinggalkan nasi

Masa dalam bilik meeting, ade sorang staff bagi sms
"boss, kitorang balik dulu.
nasi ade sikit kitorang tinggalkan kat pantry"


terharu ohh punya staff yang caring *mood mengada :D*
sebab sume dah balik, so bawak balik makan kat rumah
terima kasih semua
:)



Masa cleaner indon kat office tu datang,
sempat die cakap
"waaaa...kasutnya banyak sampe tiga"

aku pun pandang je dia sambil sengih2...ngeee~
*tak campur lagi kasut yg dlm kete,
almari kasut kat rumah tu.agagaga*





begini la keadaan menuju ke Klang bila kua office after 6pm
bosan aihhhhhh~





beli handbag kat Braun Buffel dapat 5 botol air mineral
*saye tak beli handbag kat sini, dpt air mineral pon jadi la..ngeh3 :D*

tapi, handbag saye dibeli kat tempat lain..
ni dia....taraaaaaaa!!

ala2 mak datin joyah gitew
tapi i loikkeee!

terima kasih banyak2 ye :)
tetiba rasa sayang plak nak pakai handbag ni
heh~





Brainstorming Session at Marriot Hotel, Putrajaya

Muka saye tu sila jangan nak poyo serious ehhh.. :D



ain tido dalam iman? kui3 :D







Ada banyak benda la nak cite kat sini
tapi setiap kali ngadap laptop ni
mata mesti rasa macam ade gam uhu
:D

bila rajin nanti update lagi
ok bye!





Sunday, July 10, 2011

Apam Polkadot



Lama dah pic ni
tapi baru gedik2 nak uplaod sekarang
:D


terima kasih daun keladi to Shiena
nanti time majlis tunang or nikah awak,
i sponsor apam polkadot cenggini
purple+pink theme
:)


p/s : tiba2 saye rasa, a guy who can cook is sexy...
saye loikeee~~ auww :D
*sebab tengah tengok jamie oliver on travel & living channel*






Friday, July 8, 2011

Pujian itu racun





Pujian itu boleh membawa kebaikan dan keburukan kepada kita. Pernah tak berhadapan dengan orang yang sikit-sikit nak puji orang. Kadang-kadang risau jugak, takut jadi bangga dengan diri sendiri. Tapi ada juga orang yang mahu dirinya dipuji, sikit-sikit nak dirinya dipuji, takpun dia akan puji diri sendiri. so annoying lah!

Bagi aku, pujian yang membawa manfaat tu bila kita ambil pujian tersebut sebagai semangat untuk terus melakukan yang terbaik. Tidak kira dalam apa jua keje yang kita lakukan selagi kita yakin bahawa keje yang kita lakukan itu hanya kerana DIA yang ESA. Contoh, kalau kita draft surat rasmi or paperwork dengan betul, teliti dan kemas, jangan kita gembira dengan pujian dari majikan kita tu tetapi gembiralah kerana kita telah berjaya buat keje yang diamanahkan tu dengan sempurna.

Pujian yang membawa keburukan pulak bila pujian tersebut membuat kita rasa gembira dalam hati dan ingin menunjuk-nunjuk pada orang lain dengan kejayaan kita. Kita tidak mendapat pahala malahan mendapat dosa kerana ia telah termasuk kepada riak atau takbur. Riak adalah syirik yang kecil. *takut nye*

Bila orang puji "waaaa..cantiknya awak. manisya senyuman" kita mesti jawab "terima kasih". nape tak ucap "alhamdulillah...semuanya pemberian Allah". Aku memang ikhlas kalau memuji orang tapi bila orang puji aku melebih2 aku jadi macam "eee..hipokritnya kau bila cakap macam tu.setakat nak maniskan ayat je".hahaha. jahat tak berperansangka cenggitu? :D tipulah kalau tak suka dipuji. semua orang suka bila dia dipuji tapi jika orang memuji kebaikan dan kecantikan kita setinggi gunung, ingatlah bahawa Allah dan kita lebih tahu keburukan yang ada pada diri kita seluas lautan dan selalu beringat jika orang memuji kebaikan kita tapi sebenarnya kita ada sesuatu yang lebih buruk daripada pujian tersebut so that kita tak mudah alpa. wallahua'lam.



Harini ada orang puji saya lawa la pakai baju ni
"harini ade orang tu pakai lawa la"

sebelum balik orang tu cakap lagi
"apa pun i suka baju u"

haaaaaa..
pegi publish gamba sendiri kat blog pastu pegi cite kat sini
ni dah kira syirik kecil ni
memang tak mengambil iktibar langsung
agagagagaga :D

apepun..
Alhamdulillah...semuanya pemberian Allah
:)





Wednesday, July 6, 2011

"Dewi Rainbow"









Hijab Style was inspired by
Dian pelangi
she's so gorgeous okey
|
|
V

uolls can view her style here : Click---> Dian Rainbow







Monday, July 4, 2011

Sunday, July 3, 2011

Sungai Petani Updated






Nakmo cakap banyak2
Just enjoy the pics bole tak?
:D


1st day




suke signboard IPOH ni
sebab font size dia sangat LARGE!
rasa puas & best tengok
bole tak bagi reason cenggitu? :D











Tempat beradu kami
di Park Avenue Hotel, Sg Petani
memang tido je keje bila duk dalam bilik ni
:D







Petang tu Encik Pengantin sms
"Woi..kalau korang nak makan buah manggis bawah pokok,
datang r rumah kol 5.23 jap g..hee"

(nape nak kena ade 3 minit tu? nak penampor? hahahaha)



Disambut oleh Encik Pengantin
untuk ke dusun belakang rumah beliau
Serius best weh rumah kampung ade dusun buah
belakang rumah die je ade sawah and lembu.hehe
aku macam teruja plus batak2 gitew..hahahaha. damn!

Best nye ade kampung
Kene cari bakal suami yang kampung jauh ni
baru la bole nyanyi lagu
"balik kampung by sudirman" tu
hahahhahaha...ok...sila abaikan saje :D



sangat lebat oh buah rambutan tuh!



Gamba bawah :
Encik Pengantin panjat pokok sendiri
nak petik buah manggis & rambutan untuk bagi kat kitorang
tak sangka kami mempunyai kawan yg sweet macam kamu
terharu we all...awwww~ hahahahaha :D
|
|
|
V




masa dia panjat tu nervous betol kitorang
takot la si pengantin ni main panjat2 pokok,
tak bole nak bersanding esoknya
memang bahaya betol lah! issshhhh~


ni la hasil nya
tadaaaaaaaa!!




Encik Pengantin yang comot
:D


tengok la orang tu tengah syok layan manggis..hee~
manis!


bestttttt~~
*walaupun kaki aku bintat2 kene gigit nyamuk.huhu*




sedang khusyuk mendengar kisah pengantin baru
:D



Tuh dia aksi encik pengantin nak bukak kulit durian
Berusaha sedaya upaya tu...
sampai mak die cakap
"sanggup dia panjat pokok nak bagi hangpa buah"
huhuhu..touching la statement makcik..:D





2nd day

Breakfast yaw~




pastu g lepak kat swimming pool
nak terjun tapi tak bawak bikini la plak..miahahaha




Masa nak simpan barang kat bonnet belakang kete,
semut sangat banyak kerumun plastic bag manggis+rambutan
Dan2 tu juge anta kete g car wash..huhu

pakai lawa2 kene lepak kat car wash pulekkk..
muka tension je memasing :D




bapak semut sume ado ni..
pakcik car wash tu siap tolong vacuum buah ni
nak sedut semut..huhu














kenduri kawen die ade stall ABC
kenduri kawen kau ado? :D
pakcik nye ABC terbaik!







hijau = tenang
:)




masa otw balik
highway menghala ke utara jam gile!
kesian mereka









bertolak dari sg petani around 3pm
sampai Kelana Jaya 7pm
total masa perjalanan = 4 jam
Ok tak? :D


Singgah rumah mak buyong
sebab nak anta buah + goodies bag dari sg petani
mak buyong cakap dapor die
dah lame tak berasap sejak die pregnant
So, encik suami die pegi beli lauk utk kami yg kebulur ni.huhu

telur dadar tuh je yang masak sendiri.
sape masak? sape? sape?
masak telur dadar pon nak kekecoh yeh!
hahahahaha



perut mak buyong yang semakin cute!
:D



mak buyong yang bambam
bersama encik suami yang kuwus
:D



Lastly...
Wedding Toasts to the bride and groom :

Wishing you Allah's blessing and
may He always be the heart of your marriage,
from this day forward, as you share life's joys and trials,
may you always comfort one another with a smile,
Always be together through both laughter and the tears,
Depending on each other, loving happily ever after.
Wishing you an always kind of love.
Congratulations!