Friday, January 29, 2010

Program diet vs Makan

Nak diet...tapi ade je yang mengganggu semangat aku nak memulakan program diet ni. Ade jamuan la...kawan ajak gi makan la...haisshhh..*alasan..alasan..kui3* Baru2 ni baru je timbang berat badan..45kg yoww...mahu maintain kan berat itu. nakmo la naik2 lagi...ishhh3..Tapi cik zimah bilang aku tak la gemuk..nak sedap kan hati aku kah? ngeee~ Sian zimah, asek tergendala je program diet & puasa ganti die disebabkan pengaruh makan daripada aku.kui3. ;D maw kecikkan drumstick, lengan & perut la..;D Ade sesape yg bole bg suggestion yg bernas tak untuk mencapai impian aku ni???huhu. Bak kate Encik EO kat opis ni statement pertama: "haiihhhh...Dila..saye tgk awak ni makan tak henti2 dari tadi". statement kedua: "Wuiiihhh....dila ni lepas makan nasi lemak makan roti pulak. Badan je kecik, tp kuat makan." Penjelasan statement pertama:Bukan makan tak henti. Tapi benti sementara daripada buat keje,makan jap. Pastuh sambung balik buat keje. Makan kuih je pon. hehehe~ Penjelasan statement kedua: Makan nasi lemak tuh kongsi dengan Zimah ehhhhh...roti pun makan sekeping je eh...*menjawab2!...amboi....bese die tuh!.ngeee~ ;D* Kat bawah ni la aktiviti makan yang dijalankan yang sempat di capture..huuu~


Sunday, January 24, 2010

Meet the Akekun's Junior..



Agak takot untuk dukung baby yang berusia 2 minggu.
So kite lapik pakai tilam baby..kui3..;D



Masing2 maw tunjuk skill keibuan & kebapaan.hehehe~ ;D
Diana tunjuk skill kebidanan..eh x x x....hahaha~





Selain daripada menumpangkan kami dengan WTJ _ _ _ _ baru special edition color putih yg mengancam *fuhh...lebaw naw explain*, Encik Daus juga dengan baik hati blanja kami pizza di Jusco Bukit Tinggi..nyum! nyum! ;D



Balik tuh, kami lima sekawan solat maghrib & isyak berjemaah dengan berimam kan Daus di rumah aku. Surau kat Jusco full weiiiii....bak kate zimah die sungguh terharu dapat berjemaah bersama. *wink wink*


p/s : cepat la panggilan interview keje mai.....haiihhhh~~ =/ tapi dalam masa yg sama maw follow program Muallaf dari sume IPTA ke China anjuran LZS. Staff & SKP Unit Zakat bole ikot tak??? ngeeee~ ;D








Monday, January 18, 2010

Should I go for it or just leave it?

Berdasarkan tajuk entry kali ni macam berat sangat je keputusan yang nak dibuat. Pada hal rasenya dah yakin dah.huhu~ From the previous entry, aku ade bagitahu yang aku akan buat photoshoot untuk kawan aku tunang di Melaka kan? Ini adelah kali kedua aku menggalas tanggungjawab sebagai photographer untuk majlis pertunangan. 1st job tuh hanya suke2 je. Yang kali kedua ni macam mendapat satu kepuasan bila selesai photoshoot. 'satu kepuasan babe'..itulah dikatakan Cik Adzimah..;) Tak lama lagi duit akan dibank-in ke akaun aku..hee~ BEST! BEST! ;) So sekarang ni sedang berusehe untuk mendapatkan speed light & lens yang sesuai untuk nikon D50 aku. Buat masa ni mampu pakai D50 je.Kalau ade rezeki lebih baru la bole angkat nikon yang lagi up sket dan akan mengambil langkah yang seterusnya untuk menceburi dunia freelance plak bersama Cik Adzimah..ewah! InsyaALLAH~ merancang dulu.. kira kami start daripada bawah..banyak lagi skill2 'menembak' yang harus dipelajari ni..;) Tadi masa borak2 dengan kakak, dia kate mcmni "mula2 buat la majlis merisik or tunang dulu sebab nak buat wedding tuh berat jugak tanggungjawab die.bile dah rasa stabil n yakin bole la buat untuk wedding"..wahhhh! gitu taw kakak gue bilang..;D So di bawah ni adelah hasil gambar daripada nikon D50 aku & D80 zimah. Selepas selesai majlis tersebut, kami berdating di bandaraya Melaka. Dapat jumpe Dayah. Lame tak jumpe minah ni. Dah pakai vios siot! Dasat..dasat..kui3 Engkau telah memakai kereta idaman ku. ;D Takpe, tunggu vios TRD sportivo aku plak nanti. *berangan je.kui3*. Lebih banyak lagi gambar di upload & aksi terlampau photographer dapat disaksikan kat facebook aku. So sila la lawati di sana yep..;)





p/s : Jutaan terima kasih kepada (buah hati)2 ku yang sudi menemani sampai jauh nun ke Melaka. hehe~ ;) Pengalaman yang paling aku tak bole lupe, sampai je Shah Alam masa balik dari Melaka tuh baru la perasan road tax kete dah mampuih! Gile la!! dah pergi balik dari Melaka tuh. Siap terlepas road block kat section 7 lagik. Memang kami bernaseb baik. Kalau tak aku & zimah terketar2 nak bayor saman. wakakakaka~ bak kate zimah "kita dok ralat nak bayor kupon parking sebab takot kene saman dengan Majlis Bandaraya Melaka, alih2 road tax ni mati. Lagi masalah besor!.hahahaha~"...terkekek aku & zimah gelak kat kete. sengal2..esok ayah nak bagi nyawa kat road tax kete balik.hahaha. ;D





Wednesday, January 13, 2010

Sepintas Lalu

Salam semua..banyak betul suara2 sumbang yang bertanya khabar blossomlicious ni setelah sekian lama blog ni berkubur. Lame ke? baru 2 minggu je kot.hee~ Perasaan malas nak menulis kat blog ni semakin membuak2. ;D Pagi2 ni aku dah jadi sang pujangga dengan mengeluarkan ayat2 manes untuk memujuk si Buah Hati iaitu Cik Fatin Nurdiana Abu Samah. Haaa...bagi name penuh skali bagi penghormatan sket.hehe~ Mula2 si gadis ni dah majuk2 ayam dulu sebab dah lama tak calling2 die. Ayat die aku dah hapal dah kalau majuk. Macam ni ha.."Alaa..ko memang..ko memang.." haaa..tuh je la..hahaha~ Lepas die dapat tahu nak pergi Melaka hari sabtu ni (16/01/10) tak ajak die..makin sedepa la muncung die.kui3. Actually hari sabtu ni ade majlis pertunangan kawan aku mase sama2 belajar kat UiTM Arau dulu sekaligus dilantik menjadi photographer. Ade la sikit bayaran yang aku charge kat die. Permulaan ni buat biasa2 je dulu sebab props pun tak mantap lagi nak mintak bayaran yang melampaui batas. Cukup la lepas nak sampai ke Alor Gajah tuh.huhu. Memandangkan aku tak nak sorang2, aku ajak la Eta sebagai peneman. At least takdela aku sorang2 budak ex-Arau kat situ. Lepas tuh aku pikir2 aku nak back up photographer untuk majlis tuh nanti. Jadi aku pun jemputlah Adzimah sebagai rakan setugas.*wah..mcm wartawan taw.poyo betol.hahaha* So, pergi majlis ni mmg atas dasar tugas kerja la skali yg dipertanggungjawabkan ke atas aku. Selepas kawan aku bagi green light bole bawak kawan ramai2, aku terus je bagi jemputan khas kat Diana. So bukan sengaja tak mo ajak cik Diana ehhh...Mari pamerkan semula senyuman anda yang paling manis itew! ;) Biase la kan bile dah lame tak jumpe ni, mesti ade rase rindu-rinduan di hati. uwekkss! hahaha~ Tapi aku memang rindu kat ko Diana..ko je yang tak tahu..ngeee~ ;D So hopefully this Saturday we can make it to Malacca. Kite berjimba2 di bandar bersejarah itu sambil photoshoot lepas selesai majlis. BEST! BEST! ;)

Gambar yang menampakkan
jerawat sebijik kat atas hidung aku.kui3. ;D
*Bersama Cik Diana di zaman muda-mudi n aku kurus lagi.hehe*


*************************************************************************************



Okey...habes cite kat atas. Kite bukak cite kat bawah plak. bawah? hahaha. Ni yang malas nak menulis. Bile start je menulis, mula la yg merepek2 yang kuar kat kepale ni. ;D Kawan yang seangkatan dengan aku masa kat opis zakat ni dah 'bersara' daripada perkhidmatan kerana dia sangat homesick untuk balik ke Terengganu dan seterusnya mencari keje di sana. Buat majlis perpisahan sikit untuk dia di Intekma Resort. Gambar takde becoz belum transfer lagi sebab malas.haha~ Kuat betul magnet 'M' kat dalam diri aku ni. ;D So pengganti die adelah Cik Adzimah. Bile start semester baru ni, mula lah student ramai berduyun2 mengadu masalah nak apply zakat online tak boleh. system error la..Mula2 tuh macam agak kelam kelibut jugak la keadaan kat Unit zakat ni. Pelbagai adegan yang melucukan dan menahan kesabaran yang kami hadapi bersama dalam opis ni.kui3. ;D Bila pegawai sistem maklumat yang bertanggungjawab sama2 turun ke Unit Zakat ni untuk selesaikan masalah tersebut, baru lah kami paham macamne nak kendalikan sistem online zakat tuh. Actually takde problem pun sistem tuh, cuma student ni je yang tak baca arahan betul2 masa nak isi form online. Bila kami dah hebat kendalikan sistem,*hebat ke?kui3* senang sikit la nak kemukakan bukti2 bahawa sistem tuh sebenarnya okey. So, student takdela nak cengkelat nak tipu2 cakap sistem online problem. No cheating2 yeh. Baru la reda sket kaunter pertanyaan kat Unit Zakat ni.huhu~


Bersama Jee sebelum die 'bersara' hehe~


Cik Adzimah bersama Encik EO yang kelam kabut. ;D
*kelam kabut & sengal2 die la yg bikin gamat & ceria kat Unit Zakat.hehe*


*************************************************************************************




Lastly nak wish congrats to Kak Puja
my Ex-CS229 classmate
yang baru dapat baby yang sehat seberat 3.00++ kg.
Nanti kami datang melawat eh nak gomol2 baby anda.hehe~ ;D


Mohd Shahriz Kamil with his mommy~