Thursday, May 28, 2009

I'm Officially addicted to Online Shopping


Bila dikaitkan dengan shopping, ianya sgt la sinonim dgn wanita. Hmm..tp bg aku shopping adelah satu therapy bile kita hadapi stress selain mengatasinya dgn MAKAN..hehe. Seriously aku pernah mengalami stress, then bila shopping aku rase mcm masalah yg aku hadapi tuh bole dilupakan seketika. Bertambah2 lg la penyakit shopping aku ni bile aku diperkenalkan shopping online oleh beberapa kenalan baru2 ni (credit to Diha..saje je nk kasi bold name ko n kasi color2 sket..wakaka). Tp bg aku x salah kalau nk shopping through internet asalkan kite pandai nk kawal perbelanjaan n nafsu mbeli kite. Naseb baik la aku start shopping on9 ni mase aku blaja lagi. kalo dah keje, mmg abes la gaji aku. huhu (huwaaaa...bile nk dpt keje ni?? asek tanam anggur je!!). Diha penah nasihatkan aku, kalau nk shopping on9 tuh berpada2 la, if dh addicted to shopping on9 ni mmg hancur la.hahhaha~ Tak sume pengguna percaya dgn kewujudan shopping on9 ni. Ada yg mereka x puas hati kalau x nampak sendiri kualiti brg b4 membeli. Tp kalau nak dibanding kan harganye lebih murah drpd pasaran biasa and ada yg x terdapat kt shopppong complex pun stuff tu sbb majoriti brg2 yg dijual through on9 ni diorg ade dealer dr taiwan, hongkong, bandung n etc. Kalau mahal pun ade la tambah shipping cost and postage fee tuh.huhu~ Setakat ni aku berase puas hati lagi dgn brg yg aku beli melalui internet ni..;)



So, bg sesiape yg baru nk berjinak2 dgn shopping melalui internet..ni ade sedikit tips yg bole dikongsi bersama.

1. Tahu daripada mana anda membeli

Apabila membeli barangan melalui internet, hanya beli daripada syarikat yang bertauliah dan hanya beri maklumat yang cukup untuk pembelian.

2. Pastikan pembelian dan maklumat selamat

Pastikan transaksi web selamat dan berhati-hati dengan katalaluan.

3. Kenalpasti penjual tidak bertanggungjawab dan pemalsuan sebelum membeli

Kenali pemalsuan sebelum menjadi mangsa. Cari jalan untuk memastikan penjual tidak akan menyalahgunakan maklumat peribadi.

4. Periksa polisi syarikat dan simpan rekod pembelian

Sebelum membeli, pastikan anda memahami polisi syarikat mengenai pemulangan, waranti dan lain-lain. Selepas pembelian, simpan rekod pembelian dan pantau statement kad kredit. Di Malaysia penggunaan kad kredit untuk pembelian melalui internet masih ditahap yang sangat rendah. Ini disebabkan kebimbangan pengguna terhadap penipuan yang sering berlaku. Sebagai jalan keluar, ramai pengguna di Malaysia lebih gemar menggunakan pemindahan wang kedalam akaun samada menggunakan sistem online seperti Maybank2u dari Maybank atau e-Channel dari BCB. dari . dari atau dari .

Namun demikian anda harus berhati-hati sebelum melakukan pemindahan wang melalui internet. Pastikan nombor akaun penerima adalah sama dengan apa yang dicatatkan oleh kedai internet berkenaan. Sila hubungi terlebih dahulu pihak penerima wang bagi mengesahkan anda boleh memindahkan wang kedalam akaunnya. Setelah anda telah pasti dengan perkara-perkara diatas, maka anda bolehlah membeli belah dengan selamat. Selamat Membeli Belah!