Sunday, July 5, 2009

Memelihara tugu Cinta

Bila aku baca balik tajuk entry ni macam geli la.hahahhaa~ tapi macam dah tak de ayat lain yang sesuai untuk entry ni.uhuhuhu~ ;D;p Aku tertarik dengan artikel ni yang di published kan pada akhbar harian metro beberapa hari lepas. Tapi cuma tak berkesempatan nak update kat blog. Memang artikel ni tak sesuai untuk orang yang single pringles mcam aku ni. eheee~ ;D;p Tapi aku suke artikel yang lebih kepada motivasi diri..;) Kategori motivasi ke artikel ni? haha~ Lantak la. ;D

MEMPERTAHANKAN setiap percintaan menjadi tanggungjawab pasangan setelah mempunyai insan disayangi. Bagi yang mempunyai fahaman kukuh, percintaan bukanlah satu permainan yang boleh bermula dan berakhir sesuka hati. Bagi mempertahankan sebuah percintaan, jangan sesekali melakukan perkara yang tidak sepatutnya. Anda perlu jujur dan tidak perlu berpura-pura dalam meneruskan kelangsungan dalam percintaan yang sudah ditakdirkan buat anda berdua. Kejujuran menjadi tunggak dalam perhubungan dan anda bertanggungjawab menjadikan jalinan itu terus kukuh bagaikan tugu ampuh selamanya. Tunjukkan sifat sebenar anda dan percayalah orang yang mencintai anda akan sentiasa menerima anda seadanya jika kesetiaan adalah sandarannya. Selain itu, bagi mempertahankan sebuah percintaan, elakkan daripada melakukan perkara berikut kerana ia boleh menggoyahkan hubungan yang sudah bertahun terbina atau yang baru saja bermula.



Melirik kepada jejaka atau gadis lain

Tidak dinafikan cinta bukannya penghalang untuk anda meluaskan pergaulan, tetapi harus ada batasannya. Mata biasanya cepat saja melirik jejaka atau gadis lain yang lalu di depan mata walaupun anda tidak berniat lebih daripada itu. Sekadar mencuci mata namun ia juga boleh membawa kepada kecurangan jika anda tidak membendung sebaiknya. Mungkin bermula dengan menjeling, kemudian berkawan dan tidak mustahil anda akan jatuh hati padanya. Hargailah setiap yang ada di hadapan mata kerana banyak kes berlaku, kekesalan adalah penghujung kepada sebuah perhubungan apabila anda cuba menguji kehebatan diri, tetapi akhirnya membawa padah. Tidak perlu menjeling pada yang lain selagi yang ada di hadapan mata sudah cukup sempurna di mata anda.



Bersikap hipokrit


Anda tidak seharusnya berpura-pura tekun ketika mendengar dia berbicara mengenai perkara yang tidak disukai. Jangan paksa diri berhadapan dengan semua perkara ini kerana apa yang dikatakan sebenarnya langsung tidak singgah di otak anda. Hipokrit namanya membiarkan si dia tahu apa yang anda tidak suka supaya si dia tidak mengulangi perkara sama. Namun, tegur secara baik dan berhemah, tetapi jangan sampai membuatkan dia tersinggung dengan kritikan anda.



Bercinta kerana simpati dan kasihan

Anda tidak akan menjadi penyelamat jika memaksa diri menerima cinta si dia. Perasaan ikhlas dan jujur itu tidak akan wujud dalam diri seandainya simpati menjadi sebab anda sudi bertaut cinta dengan si dia. Jangan terlalu mudah jatuh cinta hanya kerana kasihankan si dia yang terlalu mengharapkan anda. Pastikan anda menerimanya kerana keistimewaan yang dia miliki. Andainya tiada langsung rasa cinta dalam diri padanya, lebih baik berterus-terang. Si dia lebih kecewa jika tahu anda sebenarnya tidak mencintainya seperti mana dia mencintai anda. Cinta tiada paksaan, semua orang berhak membuat pilihan sendiri mengikut naluri masing-masing.



Sanggup menyerah kalah

Anda sanggup menyerah kalah ketika berlawan badminton dengannya semata-mata mahu menjaga hatinya. Jangan takut, tidak salah bersaing dan tidak perlu berpura-pura. Hubungan dengan si dia akan menjadi lebih ceria andainya ada persaingan sihat. Namun, persaingan mestilah ke arah positif, jangan sehingga menjejaskan hubungan anda dan si dia hanya kerana terlalu serius bersaing.



Terima semua kesalahan

Jangan diam saja andai si dia melakukan sesuatu perkara yang tidak disukai. Bukan satu kesilapan andainya anda menegur perbuatannya yang 'kurang' itu supaya si dia menyedari dan sanggup berubah demi kebaikan. Dia mungkin sedikit tersinggung dengan teguran itu namun berterus-terang itu perlu untuk kebaikan berdua.



Harus sentiasa bersama

Orang bercinta kebiasaannya mahu berdua setiap masa. Namun, ini tidak bererti teman anda harus disingkirkan semata-mata sudah menemui cinta. Apa salahnya masukkan sekali si dia dalam kelompok teman anda supaya si dia boleh membiasakan dirinya. Ada masanya memang anda perlukan masa untuk berdua, tetapi janganlah asyik berdua saja kerana ia mungkin boleh menimbulkan rasa bosan.



Rapat dengan sahabat karib si dia

Sememangnya perlu bergaul dengan orang yang rapat dengan si dia supaya apabila anda tidak mempunyai masalah bergaul bersama si dia dan temannya. Namun, hati-hati supaya tidak terlalu akrab terutama dengan sahabat karib si dia. Ini boleh menimbulkan pelbagai rasa sangsi atau lebih teruk jika temannya jatuh cinta padamu.



Berpura-pura tidak cemburu

Anda harus dapat membezakan antara sikap percaya dan berdiam diri apabila melihat si dia asyik berbicara dengan jejaka atau gadis lain. Cemburu itu perlu ditunjukkan andainya ia keterlaluan supaya si dia sentiasa menghormati anda dalam apa jua keadaan. Apabila melihat si dia terlalu asyik berbual dengan jejaka atau gadis lain, tegur si dia dengan cara terbaik. Biar si dia tahu perasaan anda ketika itu. Tidak perlu sorokkan perasaan semata-mata mahu menunjukkan sikap terbuka sedangkan anda sakit hati melihat kemesraannya bersama orang lain.



Terlalu menerima sikap si dia


Setiap orang memiliki kelebihan dan keburukan tersendiri. Namun itu bukan alasan untuk anda menerima semua keburukannya. Manusia boleh berubah andainya ada kemahuan. Jangan hanya kerana terlalu menyayangi dirinya, anda pejam mata melihat si dia melakukan perkara menyakitkan hati.



Biarkan si dia saja membayar


Sesekali apa kata anda cuba bergilir-gilir membayar setiap kali makan atau minum. Perempuan adakalanya terlalu berkira soal belanja dengan lelaki walaupun kekasihnya sendiri. Sikap ini tidak sepatutnya berlaku kerana dalam sesuatu hubungan, perlu ada tolak ansur antara satu sama lain, barulah hubungan berjalan dengan baik tanpa sebarang masalah. Tetapi bagi lelaki, jangan pula rasa tercabar dan jangan pula ada yang mengambil kesempatan.

Friday, July 3, 2009

1st Day in Unit Zakat


Assalamulaikum..harini nak jadi alim sikit la..sebab keje kat unit zakat.hahahhaha~ ;D Well, today was my 1st day in Unit Zakat UiTM Shah Alam. Alhamdulillah sume perjalanan kerjaya ku harini berjalan lancar. Bos pon BEST *name pun ustaz Aminuddin, tenang je orang nye.ngee~*. Staff pun okey je. Sume banyak cakap n suke bercerita macam aku.haha~ Tapi agak penat jugak la kalau berkhidmat di department ni sbb UiTM Shah Alam akan proses data2 dari sume Kampus Cawangan UiTM di seluruh Malaysia. wahhhh! Bayangkan la setiap negeri ade Cawangan UiTM and berapa ribu orang pulak student yg apply zakat ni.haiiiihh~~ Siap kene wat OT ni. This weekend pon kene keje sbb ade exhibition kat foyer Menara Sultan Abdul Aziz Shah a.k.a Menara UiTM Shah Alam. Tapi it's okey..sebab nant OT itu akan berbayar dgn gaji kuh di akhir setiap bulan nanti.wahahaha~ ;D Okey la. Suda capek. maw solat dahulu. See u with more stories and issues from me! ;)

p/s : Actually sekarang ni kat opis lagi. Keje dah siap. Tapi Maksu nye keje x siap lagi so kene tunggu die siapkan keje dulu baru bole balik. Katenye kol 6.30 baru nak balik. agagagaa~

Thursday, July 2, 2009

Aku merindukanmu


Malam tadi di kala merehatkan diri di depan TV
tiba2 msg dari Eta muncul
dengan ayat2 cinta nya..hehe
"wei..tetiba aku rase rindu kat korang ni"
waaa..tersentuh hati ini. *jgn nak poyo sgt eh dyla..haha*
Aku merindukan mu jua
ala2 mcm lagu D'masiv x?hehe
Aku rindu kat sume kawan2 aku
Sume org yg aku teringat tiba2 contact aku
Korang ni ade instinct ke wehhhh? ;D
Ni pun baru lepas ber YM bersama Cik Diana Hamasuba
Kami berceloteh pelbagai perkara
Rindu u pada i masih banyak lagi ke dah kurang sket?
Nguahahahaa~
Nanti kite set time lunch or minum petang bersame yehh
After office hour..waaaaaa...musti BEST! ;)
Ok la..lapa..maw makan

Bye! ;)


Wednesday, July 1, 2009

Gelak sampai ke telinga


Tadi tgh syok2 online sambil tgk tv tiba2 handphone aku berbunyi2. Oh! Khairul call. Aku pun jawab la panggilan die. Patut la, harini (1 Julai 2009) birthday die rupenya. Dapat call free dari maxis. Tapi 1 hari je. Tak macam Celcom dapat seminggu.huhu~ Dalam bergayut dengan Khairul tuh sempat la die bercerita pengalaman die jadi Pensyarah untuk budak2 matriks. Macam2 ragam okey. Memang cerita die sgt kelakar sampai aku boleh tergelak besar sampai ke telinga. Siap mak aku tepuk aku sbb aku gelak kuat sangat sampai die nak tgk TV pon x dengar sbb suara aku lagi kuat.hahaha~ Apa2 pun Khairul nampak macam happy and comfortable dgn career die sekarang sebagai tenaga pengajar. It's good for you dude! Keep it up the good work! ;) Memandangkan tempat keje aku dekat dengan fakulti yang die mengajar, siap pesan lagi kat aku teman die hari2 lunch.huhu. No hal la..asalkan encek belanja.wahahahaa! *gughau ja..;D* Macam seronok je tengok orang mengajar ni. Tapi kalau nak suruh aku mengajar untuk seisi class tuh macam tak kene je. Aku tidak berkarisma untuk menjadi seorang tenaga pengajar. Setakat ajar tuition for 2 persons tuh ok la kot.huhu~ Di kesempatan ini juga aku nak wish tahniah kepada Along (my cousin) yang dapat posting mengajar di UiTM Merbok, Kedah. Jauh naaa pergi meninggalkan suami.huhu~ Tak pe, setiap minggu anda balik melepaskan rindu.agagaga~;D

Wasabi yang tak bole dimakan!


Aku pernah makan sushi sekali and seumur hidup. Dah lame gile mase zaman2 skolah dulu kawan aku yang memperkenalkan sushi tuh pada kami. Tapi sushi made in Jusco je.hehe. Mase tuh hang out kat Jusco Bukit Raja. Then bile penat berjalan, kawan aku tuh pun suggest untuk beli something yang bole dimakan. Die nak makan sushi. Mase tuh skolah lagi kan, so aku rase macam batak sket nampak sushi.haha. So die suh aku rase. Aku pun excited la nak makan. Aku gigit separuh je. Tak sampai ke kerongkong sushi tuh aku nak luahkan balik.haha. Kawan aku kate JANGAN! kalau nak makan jgn separuh2, kasi masuk satu ketul terus dalam mulut. Aku ni pun ikot la ckp die. *lurus bendul btol! haha* Aku dah rase sesuatu menusuk hidung aku ye..rase hot sangat siap mata aku ni merembeskan air yg agak banyak.haha~ Dah abes telan sume aku terus teguk satu botol air mineral. Gile kentang ah! *ayat macam diha..huhu* Last2 kawan aku tuh berterus terang la yang sushi die bg aku makan tuh ade wasabi skali. haaaa...??? wasabi? apekah? Actually wasabi is Japanese horseradish.. Kire macam perasa la untuk makanan Jepun. Sumpah! aku x bole menerima sushi lagi.huhu~ Tapi sekarang ni aku bukan nak cerita pasal wasabi yang ini. *dah nak half perenggan baru nak ckp bukan nak cite pasal wasabi ni..haha~ aku dah bengong! ;D* Tapi wasabi yang aku nak story ni mmg x bole makan. Tapi damn hot la juge n yang paling penting aku suke and rase macm nak memilikinya! awwwww~ ;D

Ni la dieeeeeeeeeee...Taraaaaaaaaa!!!

DELL Wasabi PZ310 Photo Printer

Aku terbaca iklan ni kat paper baru2 ni. Maybe bagi orang2 yg celik IT dah taw benda ni lame kot. Tapi bagi aku ianya agak baru. Excited jugak la bile terpandang cool gadget ni. Sekarang ni DELL tengah buat promotion untuk gadget nye termasuk DELL studio.*mmg hampir2 nak beli ni dulu mase laptop skrg ni tgh down.huhu* Price die pun bagi aku kire ok la dlm RM495 ke RM459. Tak ingat. huhu~ It comes in small design (lebih kurang same size with external hard disk) and can print anywhere n everywhere. Also available in your choice of three colors which is pink, black and blue. Bole print without wire but using bluetooth. Yang lagi hebat, no ink require to print tapi die dah didesignkan ZINK Zero-Ink Technology from ZINK Imaging. Kira berbaloi jugak la gadget ni bagi orang2 yang suka snap2 pikcer guna handphone. Tapi takkan la nak simpan sume pikcer dalam handphone sampai penuh. So dengan wasabi ni, kite bole bluetooth terus pikcer dari handphone ke wasabi and boleh terus print! Aku ade la survey and explore pasal gadget ni kat website DELL. So i wanna share with u guys the features of this cool gadget!

Designed to Move


Wherever you travel, Wasabi is right by your side. Lightweight and compact, it fits in your pocket with room to spare. And there are no complicated drivers to install or any software to update. Simply charge Wasabi’s battery and go!


No Ink. Not Even a Drop.

With Wasabi, ink is so yesterday. ZINK Zero Ink provides vivid color to every photo by placing Amorphochromic™ Crystals inside the paper requires ZINK Paper paper. It’s not magic, but you can say it is.

Intuitive Thinking

It doesn’t read minds, but Wasabi will alert you with "happy" or "sad" LED icons when your battery charge is low or high. Want more than one print of the same shot? With one-touch reprint, your wish is Wasabi’s command.

Wasabi can also connect wirelessly to your camera phone or computer via Bluetooth technology. If that doesn’t strike your fancy, you can print via PictBridge USB connection from your digital camera.

Simple to Service

Order replacement photo paper online and they’ll deliver it directly to you. Wasabi is built to last and it comes with a 1-Year Advanced Exchange Warranty. You have the option to purchase an extended warranty that can help protect you for either 2 or 3 additional years. Finally, Dell Forums put you in touch with other users to exchange tips and ideas.