Sembang di bbm dengan kakak alumni!
not so politic and just neutral
ye ke neutral? :D
Majoriti golongan belia kurang peka akan isu semasa politik. Kalau nak ikot diri sendiri ni pon dulu memang tak peduli pon pasal politik sehingga la terjebak ke kancah pekerjaan ni, baru la ambil tahu pasal politik. Serba sedikit bidang kerja memang memerlukan diri ni untuk berpengetahuan pasal politik. *sigh*
Justeru, ada sesetangah golongan belia berpendapat begini :
"Tolong jangan agungkan politik lebih drpd tuhan. Tak kisah lah UMNO, PAS, PKR dan whatsoever. Buat malu orang islam je bergaduh sesama sendiri. Inilah sebab golongan remaja dan belia tak kisah langsung pasal politik, malah tak pernah mendaftar pun. Tolong hentikan pergaduhan politik. kami dah bosan!!"
Pendapat :
Politik dan agung2 kan pemimpin malah pergaduhan politik tu tak timbul. Yang difokuskan di sini cuma mengenai "perjuangan" seseorang yg telah dilakukan untuk semua rakyat. Itu yang dihormati. Soal belia tak mendaftar atau daftar tu dah berlaku lama lagi. Kita lah, selain pemimpin yang perlu menyedarkan mereka. Ketidaksetujuan dalam politik mana2 pon berlaku. Yang pasti rakyat tidak bole bagi jawapan "saya seorang neutral". TIDAK BOLEH. kerana ianya menunjukkan ketidakbertanggungjawab sebagai rakyat. Akan tetapi keperluan neutral tu perlu oleh penjawat awam dalam menjalani tugas harian serta bertindak secara rasional dan tidak terlalu taksub kepada sesuatu fahaman politik supaya amanah rakyat dpt dilaksanakan dengan adil dan saksama. Politik tidak salah. Ketidakbetulan orang yg mengamalkan poltik itu yg salah. Ok. tak boleh cakap lebih2, nanti nama kena calon dalam PRU13. takpun kena banned. muehehehe. sekian!