Sunday, February 28, 2010

The Beginning

Sepanjang cuti Maulidur Rasul ni sibuk betul la dengan aktiviti2. Exspecially bile dah mula berjinak2 dengan dunia bisnes ni. Ewah! Aku consider yang It's still new. So aku & partner memerlukan support yang penoh daripada anda. Partner aku adelah Jah. Ye...dia lah ketua kumpulan sejak dari sekolah lagi.wakakaka~ ;D Kalau ade rezeki, tak lame lagi akan wujud nya blog rasmi produk kami & menambahkan lagi seorang partner untuk photography session yawww~ InsyaAllah...;) sapekah gerangan partner photography lagi sorang tuh?? RAHSIA!! hahahaha...poyo betul la. kite tunggu & lihat saje nanti yep! So, permulaan ni kami memulakan dengan kawan2 dulu iaitu dengan membuat paperbag for goodies & bekas telur untuk Majlis Aqiqah anak Ida. Then, kalau mendapat sambutan baik daripada orang ramai, aku anggap itu rezeki permulaan yang baik buat kami. Lepas tuh baru la akan buat strategi promosi yang seterusnya...;) Ayah aku siap menyakat dengan panggil aku mcm ni "Usahawan kecik meh sini makan dulu" sebab bile orang suh makan aku asyik ckp "kejap lagi la...banyak keje tak siap lagi ni.." haahahaha..siot je...;D



A day before Majlis Aqiqah
pink+purple theme~



bakul tuh untuk isi bekas telur. very nice~~
Jah siap cari kat SSF Sri Damansara lagik..
price die so reasonable.;)






The goody bags! ;)
*sape maw tempah??hehe.len pattern plak lepas ni*



Tuh dia model2 memperagakan bekas telur..kui3..;D
comel kan?? kan?? credit to Jah! ngeee~





Nur Qaleesya Qistina
time ni suda mengamuk sebab panas
bile nak tido asek kene gomol je..hehe~ ;D



p/s: wait for the new blogshop....wink2 ;)



Saturday, February 20, 2010

Siapa berani mula?





Lelaki atau perempuan yang perlu ambil langkah pertama? Tidak semua orang berani meluahkan perasaan kepada orang lain, apatah lagi jika mahu menyatakan hati sudah terpaut kepada empunya diri. Pada era siber ini, tanggapan lelaki harus mula dulu mungkin tidak boleh diterima lagi. Mengapa tidak? Wanita semakin ramai mencapai kedudukan tinggi, bukannya hanya duduk di rumah dan menanti lamaran jejaka. Maka tercetuslah polemik siapa patut mulakan dulu - lelaki atau wanita? Jangan tidak tahu, ada wanita hari ini berani meluahkan perasaan kepada lelaki diminati. Individu seperti ini rela menerima sebarang reaksi daripada si jejaka asalkan apa yang terpendam, sudah diluahkan. Namun, masih ramai berpegang kepada amalan tradisi. Lebih manis, jika lelaki yang mengambil langkah pertama jika tidak, digelar pula pergi mencari timba!


Bagi pendapat aku, wanita lebih berani mengambil langkah mula dan menyatakan perasaan mereka. Ini kerana kebanyakan wanita bersikap terbuka. Kebanyakan lelaki pula ada sikap ego ketika berdepan situasi ini. Apa yang membuatkan kebanyakan lelaki tidak berani mula dulu kerana mereka takut jika wanita yang diminati, tidak suka kepada mereka. Malah, segelintir lelaki mudah tercabar apabila cinta mereka ditolak. Ramai lelaki sekarang takutkan komitmen. Jadi, mereka tidak berani memulakan hubungan walaupun mereka sangat menyukai wanita terbabit. Disebabkan itulah, kita dapat melihat semakin ramai wanita berani meluahkan perasaan kepada individu yang disukai. Wanita sekarang bukan saja berani menunjukkan keupayaan dalam bidang pekerjaan, malah berani menjadi pihak yang meluahkan rasa hati kepada insan yang disukai. *wah..ni macam nak boikot lelaki ni..kui3..;D*


Tetapi secara am, aku berpendapat lelaki selalunya lebih berani untuk menjadi orang yang mula berterus-terang mengenai perasaan mereka. Ini kerana lelaki lebih ekspresif dan terbuka berbanding wanita dalam hal sebegini. Tetapi, biar apapun, siapa yang memulakannya dulu tidak penting. Terpulang kepada individu itu sendiri, sama ada lelaki atau wanita. Jika mereka sedia dan berani untuk berterus-terang, teruskan saja. Sekarang, sudah ramai wanita tidak kisah untuk memulakan hubungan atau berterus-terang mengenai perasaan mereka kepada lelaki. Seperti yang dikhabarkan, sesetengah juga lelaki suka kepada wanita yang berani menyatakan perasaan. Namun, lazimnya wanita melihat kepada situasi. Jika melihat perkenalan itu berpotensi menjadi lebih serius, barulah mereka luahkan perasaan.


Zaman ini berbeza dengan zaman dulu. Jika sudah terlalu suka kepada seseorang, mengapa perlu dipendamkan? Berterus-terang saja tanpa memikirkan siapa yang harus memulakan dulu. Tengok keadaan jugalah...Seseorang itu harus mencari waktu yang sesuai untuk meluahkan perasaan mereka kepada insan disukai. Bagi aku, tidak ada salahnya jika wanita yang memulakan langkah pertama. Lelaki harus lebih gentleman dan menjadi pihak yang mula menyatakan perasaannya. Ini kerana kebanyakan wanita malu untuk berbuat demikian, walaupun hakikatnya mereka mahu. Jika lelaki berani untuk meluahkan perasaan mereka kepada wanita, ia secara tidak langsung menunjukkan mereka ikhlas dan serius dalam menjalin hubungan.

Bagaimana pula dengan anda?



Kerja Sepejabat





Ahli psikologi menyatakan, antara faktor seseorang itu boleh jatuh cinta atau bertemu jodoh dengan pasangannya adalah kerana unsur berdekatan dan sering berada serta banyak menghabiskan masa bersama di tempat yang mereka kerap bersua muka. Berdasarkan teori itu, tidak hairanlah jika ramai pasangan yang boleh jatuh cinta atau bertemu jodoh di tempat kerja sehingga sepakat mendirikan rumah tangga. Bermula usik mengusik, keluar makan dan kerap membuat aktiviti bersama serta bertentang mata setiap hari, tidak mustahil hati mula terpaut.

Menamatkan percintaan di pejabat, pasangan akhirnya melangkah ke gerbang perkahwinan. Kata orang, suasana ketika dilamun cinta tidak sama berbanding selepas berkahwin. Oleh kerana itulah selepas berkahwin, ramai juga yang kurang senang bekerja di bawah satu bumbung, lebih-lebih lagi jika berada dalam jabatan sama. Alasannya, kerap berjumpa dan bertentangan mata, di rumah dan kemudian di tempat kerja boleh menyebabkan pasangan berasa bosan, meskipun ketika dilamun cinta itulah yang dirindui serta diharapkan selalu berlaku. Lalu, ada yang mengambil keputusan seorang perlu berhenti kerja atau pun mencari peluang pekerjaan di tempat lain.


Ada juga berpendapat, apabila bekerja di tempat yang sama sudah tentu langkah dan gerak-geri tidak sebebas dulu. Bagi si isteri, ada yang berasa serba salah hendak berbual berlebih-lebih dan keluar makan bersama rakan sekerja lelaki. Walaupun tidak melakukan kesilapan, si isteri berasa perlu menghormati orang dikasihi dan turut bimbang soal cemburu akan timbul apabila melihatnya berjalan beriringan, seolah-olah tampak mesra dengan lelaki lain sedangkan suami sendiri ada di depan mata.

Justeru, sesetengah pihak berpendapat memilih untuk tidak bekerja di tempat sama. Isteri tidak nampak kelibat suami dan begitulah sebaliknya. Tetapi apabila suami atau isteri berada di tempat kerja masing-masing dengan berpaksikan saling mempercayai antara satu sama lain bolehlah buat hal sendiri selagi ia tidak melanggar batas-batas yang ditegah agama mahupun budaya. Habis kerja, di rumah barulah bersua muka dan menjalankan kehidupan seperti suami dan isteri. Sekurang-kurangnya rasa rindu tu timbul la sedikit. ;)


Tolong Jangan Ganggu




Bukan merajuk namun pasti banyak sebab mengapa sesetengah individu mahu bersendiri bagi menyelesaikan kemelut atau tekanan yang dihadapi. Tidak kira seakrab mana pun persahabatan atau cinta yang terjalin, bagi sesetengah individu, bersendirian lebih baik untuk meredakan tekanan atau berfikir tanpa gangguan. Sama ada konflik yang dihadapi membabitkan ahli keluarga, kekasih atau teman sepejabat, detik bersendirian dianggap alternatif terbaik dalam mencari penyelesaian atau mengelak kemelut berpanjangan. Mungkin dengan bersendiri, ia membuka ruang untuk kita merenung kembali baik buruk perkara yang dihadapi serta berfikir secara logik untuk meleraikan kekusutan melanda. Namun, biarpun bersendiri, janganlah ia menjadi amalan hingga boleh mendatangkan kesan jangka panjang dalam perhubungan. Gunakan masa bersendiri untuk mengenal diri serta melihat kehidupan dalam perspektif baru!




Hadiah Terbaik Lelaki





Sudah namanya lelaki, kadang kala sukar bagi wanita memahami peribadi dan perlakuan golongan berlawanan spesies dan jantina ini. Saban hari, ada saja isu berkaitan lelaki dibangkitkan. Soal gaya, cita rasa dan keinginan lelaki sering menjadi topik perbualan wanita termasuk mereka yang sudah lama hidup berumah tangga dan berkongsi segala-galanya dengan lelaki. Sifat dan keinginan lelaki yang sukar dijangka kadang kala merumitkan lagi usaha berdamping dengan golongan Adam ini. Meniti senarai perkara mengenai lelaki yang sukar dimengertikan, isu mencari hadiah untuk jejaka misalnya, boleh mencetuskan kebuntuan setiap kali tibanya hari jadi, ulang tahun perkahwinan atau detik istimewa yang mahu dikongsi bersama lelaki. Andai wanita jatuh cinta dengan barangan yang mahu dihadiahkan kepada teman lelaki, belum tentu si jejaka yang berjiwa kompleks gembira menerima pemberian itu. Silap hadiah, timbul pula perselisihan dek si dia berkecil hati andai hadiah yang diberi tidak begitu digemari kerana tidak memenuhi kehendak jiwa teman lelaki. Dalam hal ini, tidak semestinya hadiah yang diberi berharga mahal atau produk berjenama mewah. Sebaliknya, apa yang lebih penting, lelaki merasa puas dan gembira dengan hadiah yang diberi sekalipun sekadar kemeja T murah.


Sehubungan itu, dalam melerai kekusutan mencari hadiah untuk jejaka idaman, wanita disaran mengkaji terlebih dahulu peribadi si dia termasuk tingkah laku, minat dan hobi lelaki. Dengan mendasari peribadi dan minat lelaki, tidak sukar wanita memilih hadiah terbaik untuk diberikan sebagai tanda ingatan dan kasih sayang. Mengulas soal hadiah sesuai untuk lelaki, tidak kira lelaki atau wanita, faktor kriteria serta bajet perlu diambilkira dalam memilih hadiah sesuai. Secara psikologi lelaki tidak terlalu mengambil peduli soal jenis atau bentuk hadiah kerana bagi mereka, aspek hati dan niat pemberi lebih diutamakan. Berbanding wanita, bentuk hadiah kepada lelaki lebih menjurus kepada hubungan fizikal dan kaitan perhubungan yang terjalin. Ini sama ada membabitkan rakan sosial, teman emosional mahupun sebagai teman intim.



Erti hadiah yang diterima dalam konteks jantina lelaki dan wanita, hadiah bagi lelaki lebih bersifat faktor luaran atau tersurat kerana setiap hadiah diterima dengan hati terbuka. Wanita pula mempunyai sifat yang lebih tersirat. Bagi wanita, bukan soal jenis hadiah yang perlu sempurna sebaliknya setiap bentuk dan warna dalam hadiah yang diberi mempunyai erti besar dalam pemikiran dan naluri diri wanita. Nampak sedikit cerewet tetapi wanita lebih beremosi dan cukup mengambil berat soal hadiah dalam apa juga keadaan. Mengenai hadiah yang sesuai buat si jejaka, adalah penting untuk wanita mengkaji sifat serta karektor lelaki bagi menentukan konsep hadiah sesuai untuk si dia. Sebagai contoh, katanya, wanita boleh menentukan asas warna, bentuk dan fungsi hadiah yang difikirkan sesuai buat lelaki. Biasanya lelaki kurang cerewet dalam soal hadiah yang diperoleh kerana percaya kepada tanda ingatan dan niat si pemberi hadiah. Wanita pula seharusnya bijak memilih hadiah sesuai serta memastikan ia mewakili nilai hubungan antara lelaki dan wanita... Barulah pemberian itu bermakna antara dua pihak.




Melalui pemilihan hadiah yang tepat, wanita bukan saja memahami cita rasa dan minat sebenar lelaki, malah lelaki dan wanita dapat membentuk perhubungan ideal. Biarpun hadiah menjadi tanda keikhlasan pemberi, nilai sentimental serta bentuk yang cuba dipersembahkan dalam hadiah memiliki pengertian lebih besar ertinya bagi lelaki. Ini terutamanya jika hadiah yang diberikan menjadi idaman lelaki sekian lama. Mungkin selain kemeja, kasut, set minyak wangi dan jam tangan, barangan lain yang memenuhi karektor lelaki boleh dijadikan idea hadiah yang baru dan segar. Siapa sangka, hadiah unik seperti sport rim, jersi bola sepak edisi terhad mahupun tiket Formula 1 Petronas Malaysian Grand Prix 2010 di Sepang boleh menggembirakan si dia. Bukan sahaja mencipta kejutan, hadiah istimewa itu pasti mengeratkan lagi hubungan intim anda berdua! Ish3....akan tetapi kalau nak dibuat perbandingan yang boleh aku kaji, barangan lelaki nak ikotkan lebih mahal berbanding wanita. Mereka lebih mementingkan kualiti. Jarang shopping tapi sekali shopping memang berbalo-baloi.. ;D