Saturday, October 31, 2009

Cinta?

Pernah tak terasa dalam hidup kite sentiasa ingat seseorang, ingin mendengar suaranya selalu dan kadangkala terasa dirinya begitu dekat meskipun jauh beribu batu?


Jika ada.....itu namanya CINTA


CINTA...sifatnya subjektif, sama ada cinta pada ibu bapa, negara mahupun cinta pada seorang kekasih. Ia satu perasaan yang sukar dimengerti. Kita tidak boleh lari dari cinta kerana semakin kita cuba menyendiri semakin ia datang menghampiri. Tidak kira jika seseorang itu sudah berusia ataupun masih teruna/dara, rasa cintanya tetap wujud. Usah sangka orang yang sudah kerepot sudah tidak memiliki dan tiada cinta. Jauh di sudut hati, cinta masih terus segar. Semestinya semua manusia perlukan kasih sayang. Aku sendiri ada tafsiran untuk cinta yang mungkin bagi sesetengah orang cinta itu melecehkan. Betul tak ?

Pendapat ni adelah pengalaman lelaki yang pernah bercinta yang dapat kita kongsikan bersama.

"Dalam bercinta, korang kena pandai jaga hati pasangan korang. Bukan itu yang diajar oleh orang tua. Hehe. Jaga tingkahlaku awek korang baik-baik sebab mana tahu si dia boleh berubah tiba-tiba nanti. Karang menyesal tak tentu pasal. Kan. hehe. Belanja awek korang makan ke, tengok wayang ke , jalan-jalan ke , minyak wangi ke atau sebagainya. Mudahan cinta korang berkekalan. Ada kawan aku dulu punya la dia jaga awek sampai hampir semua dijaga. tut tut..tiba-tiba break. Entah la . Ini la dinamakan suratan takdir. Masa berubah , orang pun berubah. Hanya orang yang benar-benar setia je tak akan buat macam tu. Yang kaki laki dan perempuan tu lain cerita la. Kesimpulannya, kena pandai jaga hati pasangan korang."

Bagi aku, yang penting korang kena jujur. Ayat skemanya ialah kejujuran. Bak kata pepatah, kalau suka katakan suka. ye tak? hehe.


Kalau time berpisah or bahasa org muda-mudi slalu cakap ni 'break-up', ini la pengalaman yang amat-amat sakit dan memboringkan. Boring ? Entah la kenapa aku rasa macam tu. hehe. Bagi aku la. Hati korang akan lebih sakit kalau orang yang benar-benar sayang cakap tak sayang kau lagi.Betul tak ? Bak kate pepatah "The hardest thing to do is watch the one you love, love someone else".huhu. Jangan sedih..Mungkin ada hikmah atas semua tu. Paling menyeksakan saat korang masih teringat dan teringat kat si dia walhal si dia langsung tak ingatkan kita. Mana tahu, masa korang rindu dengan sang kekasih korang tu, dia layan orang lain. Susah nak lupakan sesiapa yang kita sayang dalam masa sekejap . Mana mungkin boleh lupa sekejap je. Lain la korang seorang yang betul2 tabah . Cara atasinya hanya KAWAN. Kesimpulannya, kalau break-up dengan sesiapa pun, pastikan korang berkongsi cerita korang tu dengan orang lain. Sentiasa dikelilingi dengan orang ramai atau dalam ayat lain bersosial. Maksud aku bukan bersosial yang melampau2 tu, kiranya macam beriadah bersama kawan2 & lakukan aktiviti2 yang korang rase bole hilangkan rase tekanan tuh. Baru hati korang terubat. Tapi , honestly bagi aku benda tu tak akan mampu buat korang terubat sepenuhnya. Apa nak buat ? Usaha sendiri ..aku sendiri masih tak tahu cara ubati sepenuhnya penyakit untuk part ini.hehe. Macam nasihat daripada seorang sahabat aku, "Kite tak boleh nak lupekan kenangan. Yela..name pun kenangan mesti la akan ingat sampai bila2. Tapi, kita jangan fikir". That's it! Let the time tells~ ;)


Banyak kisah-kisah yang aku pernah dengar dari kawan-kawan aku sendiri yang bercinta putus ditengah jalan. Sebabnya, tak faham siapa pasangan dia sebenarnya. Dalam kes macam tu, korang sendiri kena ada perasaan ambil berat. Tapi jangan pulak ambil berat sampai pasangan korang rasa terkongkong. Nanti korang pulak kena marah . Tak pasal-pasal aku jugak korang salahkan. Hehe ;D *Tapi perempuan mmg sukekan perhatian drpd lelaki yang mereka sayang. Cuma lelaki je yang tak paham2. Ke buat2 tak paham or tak mahu nak paham? Tepuk dada tanya hati.ngeeee~ ;D*

Bila bercinta, jadikan kekasih anda seperti seorang kawan rapat. Pada dia, anda berkongsi segala, suka dan duka, gembira, tawa serta cabaran yang melanda hidup anda. Cinta adalah emosi positif yang amat kuat. Kerana cinta, sesiapa saja sanggup berkorban segala dan buat apa saja. Kita bersemangat bila adanya cinta dan motivasi juga naik membara bila ada semarak cinta. Tekanan, risau dan gundah gulana hilang bila munculnya cinta. *betul ni...aku tak tipu.hahaha. sape yang pernah bercinta tuh mesti rasa benda yang same.kan?kan?kan? ;D* Cinta juga wujud dalam semangat setia kawan, bak kata Bob AF2, Cinta Seorang Teman. ;) Andai anda tiada kekasih yang untuk mencurah cinta, tumpahkan kasih sayang anda pada ibu bapa, keluarga, adik beradik mahupun hobi anda dan yang paling penting pada yang ESA. Sejak dari dulu lagi, motivasi timbul bila adanya rasa cinta. Jadi, untuk memberi semangat pada diri sendiri, timbulkan rasa cinta di dalam hati anda, kalau boleh dari pagi hingga ke malam hari!. Jadi, Elak memandang cinta sebagai emosi yang menyakitkan, sedih ataupun pilu kerana sikap negatif sebegitu akan membuang motivasi jauh dari diri anda. Kesannya, anda sukar nak ada motivasi dalam apa jua yang anda lakukan. Kita sentiasa ada dua pilihan, hitam atau putih, positif atau negatif, gembira atau sengsara. Mengapa perlu berduka, sedangkan anda ada pilihan untuk bertukar menjadi gembira. Cinta mudah diucap tetapi sukar dibina. Binalah motivasi diri melalui cinta, lantaran cinta untuk dinikmati bukan untuk ditangisi. Kuatkan semangat dan sabarkan hati, walau apa jua yang terjadi. Be Strong! ;)


Aku tertarik dengan ayat ni:

"cinta ibarat bola. Di sepak bila ada. Di cari bila tiada . Dirampas bila lalai . Di tinggal bila boring"



p/s: abes la aku di cop Jiwang pas ni..huahuahuahua~ ;D