Tuesday, October 6, 2009

Apabila Sudah Sampai Seru


UPDATED

(Sebelum ni kan seperti sedia maklum tarikh yg diberi untuk keberangkatan parents aku ke Tanah Suci was on 23rd October..Tapi semalam parents pegi Tabung Haji, mereka di inform ada perubahan tarikh iaitu penerbangan mereka pada 10hb November 2009.Harap maklum. Sekian Terima Kasih.;D)


Musim haji datang lagi dan Kota Makkah akan menerima kunjungan jutaan umat Islam seluruh dunia untuk mengerjakan ibadat haji bagi tahun 1429 hijrah. Jemaah haji negara kita yang terpilih mengerjakan ibadat haji akan mula berangkat ke Tanah Suci Makkah akhir Oktober ini untuk menyempurnakan Rukun Islam kelima itu. Ibadat haji wajib dilakukan umat Islam yang berkemampuan dari segi kewangan serta sihat tubuh badan.

Mereka yang akan pergi mengerjakan haji tahun ini pasti sudah siap sedia dengan persiapan fizikal serta mental, tentu tidak sabar untuk segera berada di Tanah Suci Makkah sebagai tetamu Allah. Menjadi tetamu Allah adalah sesuatu yang cukup bermakna dalam hidup seseorang Muslim. Tidak semua insan dijemput Allah sebagai tetamu-Nya. Mereka yang terpilih adalah hamba-Nya yang dikira beruntung dan sewajarnyalah mereka itu berasa bersyukur kepada Allah.


Alhamdulillah..Mak & ayah aku adalah diantara tetamu Allah yang terpilih untuk menunaikan ibadah Haji pada tahun ni. Petang semalam mak bagitau yang flight die pada 23 Oktober ni. Since mak bgtau berita tuh, xtaw la nak gambarkan mcmane perasaan aku time tuh. Rasa gembira (sbb dpt menunaikan Haji), gelisah, resah, sayu, sume2 la ade. Automatically jugak air mata aku ni keluar bile aku duk sorang2.*mmg cengeng la aku ni.huhu* Dulu masa aku tengok orang anta mak & ayah dorang pegi Haji, aku tertanya2 nape duk merembes2 air mata dorang ni kuar. Bila tiba turn aku, baru aku faham mcmane perasaan mereka.

Apa yang aku harapkan untuk pemergian mak & ayah ke Tanah Suci nanti, semoga mereka sentiasa bersikap sabar dalam apa juga keadaan yang mereka hadapi. Aku berdoa supaya mereka dikurniakan tubuh badan yang sihat serta mampu melakukan rukun dan wajib haji bagi mendapat haji mabrur. InsyaAllah..;)


p/s: Ade tak sesiapa yg sukarela nak duk dgn aku kat rumah buat teman & jadi bibik sepanjang ketiadaan parents aku nanti..;D