Cerita "Gemersik Kalbu" ni buat aku terpanggil nak hapdate pasal ego la...kalau dah sayang tu cakap je la. tak nak ngaku plak. babab kang! ecececeh :D pengaruh tv kuat betol. hikhikhik. Ego lelaki or perempuan, mane lagi tinggi? Tak kesah la sape lagi besar egonye tapi perasaan ego tu memang ade kat semua orang.
Hati perempuan ni org kata sangat halus, sampai dorang mampu merasakan kegembiraan juga kesedihan insan lain tanpa melakukan komunikasi.
*macam aku baca novel cintun2 tu bole terbawak2 diri kita dlm cite tu..gedik kan?hahaha* Just menggunakan pandangan mata kasar, mereka lazimnya mampu meleraikan teka-teki yang bermain dalam kotak pemikiran or
instinct bak kate omputeh. Mungkin, itulah antara kelebihan yang dianugerahkan Tuhan. :)
Berbeza dengan lelaki, mereka kelihatan lebih tegas dan kasar dalam mengetuai kehidupan sekali gus keluarga mereka sendiri. Susah kalau nak tengok seorang lelaki menitiskan air matanya. Hanya perubahan air muka saja dapat menunjukkan perasaan yang sedang dialami kaum Adam itu apatah lagi kalau nak tengok mereka memanjakan atau menunjukkan kasih sayang yang dipendam. gitu kan ayat jiwa2 aku dah keluar. geli. geli. geli :D
Bak kate Dr. Fadzilah Kamsah,
*aku suke die. suke die bg motivasi la ngek. :D* lelaki tidak seharusnya terasa egonya tercabar dalam menunjukkan kasih sayang mereka terhadap pasangan atau termasuk keluarganya. Perasaan yang dimiliki boleh dibuktikan menerusi kelakuan dan ia adalah lebih romantis serta dihargai kerana ia bukanlah perkara yang memalukan atau melanggar didikan agama yang dianuti. Sebalik perasaan malu atau hilang ‘macho’, perasaan sayang yang dibuktikan menerusi perbuatan juga adalah satu cara terpuji dan berlandaskan sunnah Nabi, yang tidak segan silu untuk membantu isterinya dalam menyelesaikan tugasan rumah, begitu juga menunjukkan kasihnya dengan memegang dan membelai.
Mungkin lelaki dilihat jarang atau susah menunjukkan maklum balas menunjukkan sensitiviti mereka kerana didikan psikologi yang dibawa tidak mengajar lelaki untuk berlembut dan merendahkan keegoan mereka. Berbeza dengan perempuan, sudah menjadi sifat semula jadi mereka untuk lebih prihatin dan membuktikan pengorbanan dan juga kemanjaan secara spontan. Lelaki pula agak malu untuk memberitahu apatah lagi menunjukkan mereka juga sebenarnya sensitif dan ingin dimanjakan atau memanjakan.
*lelaki nak jaga imej yehh? :D*Ego orang perempuan ni paling tak pun dia duduk diam-diam menyepikan diri. Kira merajok la tu.haha. Kadang-kadang lelaki ni dia kurang peka kot dengan tindakan dorang dengan ego yang tak tentu hala tujuannya yang boleh membuatkan perempuan jadi emo tak tentu pasal jugak la kan. Or saje je nak testing2 la konon. puteh mata baru tau. ngeee~ Terlajak perahu boleh berundur, terlajak kata takde button reverse oke..hahaha.
Bagi aku ego ni more to sifat selfish. Memang susah nak control ego sebenarnye baik lelaki ataupun perempuan. Tapi ape pon tengok atas diri sendiri jugak la kan. Kalau kita mampu bersabar dan tak terlalu ikotkan perasaan marah dan nak tunjukkan
"kau bagos, aku lagi bagos tuuuu!". Tapi kadang2 aku rasa kita perlukan sikap ego tu untuk protect kan diri kita especially bila ia melibatkan soal hati. wah gitu! :D tapi berpada2 la jugak kannnn.
Memang sifat semulajadi lelaki EGO tinggi dan perempuan cepat emosi berbanding lelaki. So, jejaka2 dan gadis2 sekalian, anda tak perlu gaduh2 lagi siapa lg ego dan siapa lg emo. Terima je kenyataan ni OK? hehe. Lelaki kena pandai jaga hati perempuan, jangan bagi diorang cepat tacing dan perempuan kena pandai manage EGO lelaki tu, jangan coba2 cabar egoist si dia...
p/s : Pendapat hati nurani jer..Jangan ego dan jangan terlalu emo tak baik untuk kesihatan hubungan~ :)