Sunday, November 8, 2009

Berkumis, Bermisai atau Berjambang?

Petang2 macam ni merehatkan minda sebentar. Nak ikut kan lepas asar ni nak pergi teman mak beli barang sikit. Tapi disebabkan hujan, terpaksa ditangguhkan plan tu. Sekarang ni aku jadi peneman setia kepada Mak. Mane2 pergi je mak ajak aku. Nak bermanja2 sikit sebelum parents berangkat ke Tanah Suci.heee~ ;) Tadi lepas makan tengahari duk lepak depan TV jap menonton rancangan TV kegemaran mak. Ape lagi, NONA la. Aku tertarik dengan isu yang dikupas tadi iaitu lelaki bermisai.huhu~ Aku & kakak siap terkekek gelak tengok TV sambil kenekan abang ipar. Kakak aku yang sengal ni bole cakap "ade misai tak best la..nanti rase tajam2 nak cium.wakakakaka." Giler arrrr..hahahaha~ ;D Lelaki bermisai idaman akukah...?? Entah la...hehehehe. Tak pernah set target lelaki yang macam mana sebenarnya patut jadi suami aku, terutamanya tentang misai ke tak bermisai. *tapi lagi suke kalau ade janggut sikit je. misai tuh pun kalau bole tak maw sebenarnye.setakat kumis sikit2 tuh bole la.Jangan la sampai mcm A.Galak.hahaha.Tapi tak bole nak cakap.kalau dah jodoh nak buat mcamne kan.ngeeee~* Yang penting baik hati, tahu nak jaga aku & terima aku seadanya. *wink wink* ;)



KECANTIKAN begitu sinonim dengan wanita.Ianya tidak sesuai jika lelaki dikaitkan dengan kecantikan. Lelaki fitrahnya kacak, gagah, macho dan perkasa. Mereka tidak harus menjadi cantik. Wajarkah lelaki juga menjadi cantik?

Tidak dapat dinafikan lelaki zaman sekarang khususnya di bandar mula menjaga penampilan diri. Tidak saja pada pakaian, malah semakin menitik-beratkan soal penjagaan wajah dan berdandan. Boleh katakan lelaki di negara ini semakin bijak bergaya. Ini dapat dilihat cara mereka mengenakan pakaian ke pejabat, memilih fabrik, gandingan warna bersesuaian antara kemeja dan seluar. Begitu juga penampilan remaja lelaki yang semakin bijak memilih jenama yang saling berkait dengan karektor diri.


Di samping mengenakan assesories, penampilan lelaki dengan berjambang pendek dikatakan sebagai gagah, matang, sasa, menonjol, dewasa, romantis, agresif dan serius dalam menjalin hubungan cinta. Lelaki dari kategori ini dianggap paling sesuai dijadikan pasangan romantik sama ada untuk hubungan singkat atau jangka panjang.


Lelaki yang menyimpan misai, jambang dan janggut lebih terserlah sifat kelelakiannya berbanding lelaki tidak bermisai dan berjanggut yang ada kalanya mereka gelar “jambu” atau “pretty boy”. Misai dan janggut juga secara tidak langsung dapat membuatkan seseorang lelaki kelihatan lebih matang dan dominan, dua kualiti yang rata-rata dicari oleh wanita. Ada wanita sukakan lelaki yang cuma menyimpan misai, Ada yang suka pada lelaki yang menyimpan jambang. Namun, ada yang terpikat pada yang memiliki kedua-duanya, misai dan jambang. Paling penting, misai dan jambang ini dijaga rapi dan tidak dibiarkan kelihatan bersepah kerana ia boleh menimbulkan pandangan bahawa anda seorang yang tidak terurus.

Mengikut kaca mata anda, lelaki di Malaysia yang bagaiman mencerminkan lelaki ideal dan bergaya?

a) Lelaki berjanggut pendek

b) Lelaki berjanggut panjang

c) Lelaki berjanggut dan bermisai

d) Lelaki bermisai tebal macam Dato’ K ;D

e) Lelaki bermisai nipis

f) Lelaki tanpa misai dan janggut

g) Lelaki bermisai macam Charlie Chaplin

h) Lelaki berkumis

i) Lelaki berjambang

Ada wanita memilih untuk berdampingan dengan jejaka berjanggut.

Ada wanita yang memilih lelaki dagunya licin tanpa janggut.

Ada wanita sukakan lelaki bermisai nipis.

Jangan terkejut… kerana majority daripada wanita-wanita tersebut memihak pada lelaki berjanggut. Ini kerana bagi mereka, lelaki yang tidak bercukur memiliki daya tarikan tersendiri. Malahan, mereka juga turut memilih lelaki berjambang untuk menjadi teman hidup mereka. Jadi mulai sekarang jangan cukur janggut kamu wahai lelaki..huhuhu tapi janganlah biar berserabai..;D

Aku suke siapa ye?? Oh!! aku suke die ni..

Michael Chad Murray..;D