Wednesday, November 4, 2009

Ade Aku Kesah?


Seperti yang kita ketahui bersama, kata-kata 'blog' sudah tidak asing lagi bagi kita. Namun, bila ada pertanyaan apekah itu blog atau fungsi bagi blog, apakah jawapan anda?

Blog adalah suatu media online yang biasanya digunakan untuk menulis hal hal pribadi dan informasi tapi seiring dengan perkembangannya, fungsi blog pun mulai berubah, kini blog juga boleh digunakan untuk pelbagai aplikasi, dari hal-hal yang sifatnya non komersil hingga yang sifatnya komersil dan contoh yang terbaik pada masa sekarang, ramai dikalangan usahawan mempromosikan business mereka melalui blog.

Ramai yang menggunakan blog sebagai diary online , dimana mereka menulis tentang hal hal yang bersifat pribadi, mengekspresikan tentang kisah cinta mereka, pengalaman, atau ada yang mengambil langkah yang lebih berani menceritakan masalah rumah tangga.


Melalui blog, keperibadian blogger menjadi mudah dikenali berdasarkan topik apa yang disukai, apa tanggapan terhadap link-link yang dipilih dan isu-isu didalamnya. Oleh sebab itu blog bersifat personal. Perkembangan lain dari blog iaitu ketika blog memuatkan tulisan tentang apa yang seorang blogger fikirkan, rasakan, hingga apa yang dia lakukan sehari-hari.

Jadi, jika.....JIKA okey..sila faham ayat aku ni betul2. Jika ada orang yang mempersoalkan kepada aku "hek elleh...takkan itu pun nak tulis kat blog". Aku pun boleh jugak menjawab "Ini blog aku, so sukehati aku la nak tulis ape pun. Ade aku kesah?" haaaaa....jawapan aku ni memang la agak biadap.huhu~ Tapi entry kali ni takde bermaksud pun untuk menyakiti hati sesiapa. Sekadar luahan pendapat aku je. Nama pun blog kan...;D