Kuasa hijrah adalah kuasa untuk berubah. Lebih kurang macamtula motto tahun baru aku untuk tahun baru kali ni. ewah! :D Hijrah tak bermaksud kita perlu berpindah daripada tempat tinggal lama dan menetap di tempat yang baru. Hijrah pada diri sendiri sebenarnya. kira yang penting keyword kat sini aku nak cakap adelah hijrah hati dan niat. Bila ketetapan hijrah pada 2 benda tu dah ade, proses hijrah diri untuk berubah pun akan menjadi lebih mudah. InsyaAllah..:)
Alhamdulillah, kita masih lagi bernafas untuk melalui hari terakhir tahun 1432H dan InsyaAllah panjang umur murah rezeki memiliki kesempatan untuk melalui tahun baru Hijrah 1433. Marilah sama-sama kita melakukan muhasabah diri. Sambutan Hijrah tidak membawa sebarang erti jika kita masih di takuk lama dan enggan melakukan perubahan ke arah kebaikan, kebajikan dan redha Ilahi.
Bosan dengan kehidupan sekarang? Inginkan perubahan? Manusia memang hendak berubah kerana setiap manusia normal inginkan perubahan dalam hidup. Semua mahu menjadi yang terbaik tidak kira fizikal, emosi, spiritual, intelektual, akademik, kerjaya, sosial, kekeluargaan, kewangan, psikologi dan keagamaan. Setiap insan tidak mahu hidup di takuk lama. Tetapi bagaimana?
Memang sukar untuk berubah. Berhijrahlah dari satu tahap ke satu tahap yang lebih baik melalui lima langkah hijrah iaitu melakukan muhasabah, menetapkan azam, menetapkan matlamat, merancang strategi, komited dan konsisten. *tapi komited dan konsisten tu susah nye la aku nak capai. hadoiiii..* So, rangsang diri kita dengan mengubah tabiat agar tidak kekal di takuk lama.
Sebenarnya, kitalah yang lebih tahu dan mengerti tentang diri kita sendiri. Namun, kita kena percaya bahawa setiap orang inginkan kejayaan. Kita mahukan hari ini yang lebih baik daripada semalam. Kita mahu esok yang lebih bermakna daripada hari ini. bukan macamtu?
Bagi aku, hijrah hendaklah dilakukan dengan niat yang tulus semata-mata kerana Allah selaras dengan semangat dan niat hati yang ikhlas untuk berubah. Maka, kita harus muhasabah diri terhadap proses hijrah dalam diri. Tak dinafikan ianya memerlukan proses tidak terlalu drastik dan perlahan-lahan. Tetapi untuk melalui proses itu, adakah detik demi detik, hari demi hari, bulan demi bulan dan tahun demi t ahun kita melakukan proses perubahan ke arah yang lebih baik? Adakah solat kita cukup dan lebih khusyuk, pahala kita bertambah dan tutur kata kita lebih baik? Tepuk dada, tengok minda, buatlah keputusan yang terbaik untuk masa depan yang lebih baik!
Selamat Berhijrah!
Diana Amir
Irma Hasmie
Sham Kamikaze
p/s : Perubahan harini. lepas subuh terus bangun yaw~ nak cuba teruskan! InsyaAllah...:)