Wednesday, September 21, 2011

Sebelum atau Selepas?




Apa yang sebelum? apa yang selepas? Rasa macam tertarik plak nak tulis isu ni setelah beberapa orang yang bercakap pasal hal ni. Kita nak cakap pasal bercinta sebelum or selepas kahwin.haaaaa...syok tak? hahaha :D Rasa membuak2 nak menulis pasal ni sebab situasi ni dah ada berlaku kat my office. Ada yang dah mengalami and ada jugak yang bakal mengalaminya tak lama lagi.huhu. Tak sangka orang itu diam2 je dah tunang melalui 'family match-maker'. Masa mula2 aku dapat tau berita yang orang itu dah tunang, macam2 aku tanya kat dia. Kalah polis pencen yaw. Orang itu layan kan ajew..haha.


Aku : Eh, ape perasaan u bila di match-maker kan oleh family eh?
Orang itu : Ok je..*slumber je dia jawab*
Aku : Ooo..maksud i, u boleh la terima even u tak kenal dia? Macam situasi match-maker ni la..
Orang itu
: Bole je..alaaa..orang dulu2 kan bercinta lepas kawen. bahagia je

Aku
: Amboiiii....ni kira nak ikot tradisi orang2 lame la ni? Abes gf yang lame macamane?

Orang itu
: Entah la....tak de jodoh...


Pastuh kak zan masuk bilik potong stim betol ahhh nak borak lagi..ishhhh! :D


Tak semua pasangan yang merealisasikan ikatan perkahwinan dengan bercinta dulu sebelum berkahwin. Tapi ada jugak yang berkahwin dulu baru bercinta selepas tu. Ada yang keluarkan statement yang bercinta lepas kahwin lebih beerti dalam institusi rumahtangga dan juga terdapat pelbagai kebaikan daripadanya. Apepun kelebihan, kebaikan atau keburukannya hanya dirasai oleh pasangan yang mengalami situasi tersebut.


Samalah macam cinta.Perkahwinan ibarat sebuah litar perlumbaan. Cinta sebelum berkahwin adalah ibarat berlumba di jalan raya yang terbuka yang merupakan satu kesalahan di samping bahaya yang sentiasa menunggu. Cinta selepas berkahwin ibarat berlumba di dalam litar. Ianya lebih selamat, tidak melanggar undang-undang dan lebih seronok dan bahagia. *aplikasikan ayat litar lumba dalam isu ni. sebelum ni ade jugak orang penah relatekan litar lumba ni dalam kehidupan.ngee~ :D*


Some people may say that, untuk berkahwin dengan seseorang, kita perlu kenal dahulu dengannya. Yup, ini betul. Siapa kata kita mesti berkahwin dengan orang yang kita tidak kenal? Tapi perlu ditegaskan di sini, tidak sama antara “kenal” dengan “cinta”. Kita boleh kenal seseorang tanpa kita bercinta terlebih dahulu.


Jika anda bercinta, belum tentu anda kenal dia. Ramai orang yang bercinta sebelum berkahwin hanya menyedari perangai sebenar pasangan mereka selepas berkahwin. Ini bermakna, ketika bercinta, mereka hanya nampak kebaikan pasangan mereka dan lupa akan segala keburukannya. Betul kan? Sampai ada kawan2 yang dah kahwin tu buat pengakuan macam ni "Makin duduk serumah makin tak kenal". tuh yang almost ten years bercouple yang cakap macam tu...haaaa... Susah nak cakap. bercinta before kawin susah, tak bercinta pun susah. Tapi yang pasti bercinta tu seronok.hahaha. eh, ape merepek2 ni..:D okey2..serius balik.


Bak kata orang yang dah mejalani alam bahtera rumahtangga melalui family match-maker ni, dia kate yang penting pucuk pangkal nya hati dan niat kita. Toleransi tu perlu ada. salah seorang kena kuat untuk hadapi situasi tu walaupun jauh kat sudut hati kita tu tak merelakan untuk sehidup semati dengan orang yang kita tak berapa kenal. Rasa sayang tu boleh dipupuk. katanya. So, akhirnya dia bahagia sampai sekarang yang dikurniakan 3 orang anak. Dah besar2 pun anaknya. :) *aku rasa macam dah banyak makan garam la sebab banyak share & belajar pengalaman hidup orang.huhu. maybe byk berurusan & bergaul dengan orang2 veteran kat tempat keje kot.huahuahua*





Jika hanya nampak kebaikan,ini bukanlah bermakna “kenal”. Kenal bermaksud, kita faham dan tahu setiap baik dan buruk seseorang itu. In short, sebelum berkahwin, kita perlu kenal pasangan kita terlebih dahulu, bukan bercinta terlebih dahulu. Kerana itulah kita ada kaedah merisik, supaya kita kenal pasangan dengan betul-betul. Jika kita cuba berkenal melalui cara cinta, syaitan akan menutup pandangan kita daripada melihat keburukan pasangan sehingga kita nampak si dia begitu sempurna.


Satu lagi persoalan lain. Ada orang lain juga bertanya, cinta ni fitrah manusia. Kita tak boleh tolak. Sampai ada jugak perasaan cinta tu bole wujud kepada orang yang tak sepatutnya perasaan tu wujud. Contoh macam cinta kat boyfriend/girlfriend orang ke, tunang orang ke or suami/isteri orang. Memang tu aku akui. Cinta itu fitrah. Tidak boleh ditolak, tetapi boleh DIKAWAL. Mengapa ada orang tidak boleh mengawal perasaan cinta?


Cinta nafsu ibarat kurap. Makin digaru makin sedap. Tetapi kurap yang digaru itu semakin lama semakin parah dan membinasakan walaupun rasa “sedap” seketika ketika digaru… *hahaha..sampai hati cakap cinta mcam kurap. xtau macamane boleh ibaratkan cinta ni dengan kurap..adoila..imaginasi tinggi bebenor bila bab2 nak merapu kat blog ni..:D* Begitulah cinta nafsu yang hanya menjanjikan keseronokan sementara yang akhirnya menuju kekecewaan. Cinta sebelum berkahwin hanya menjanjikan keseronokan sementara yang mengecewakan. Cinta selepas berkahwin pula datang bersama tanggungjawab yang perlu dipikul yang akan mematangkan pasangan disamping menjanjikan keseronokan yang diikat bersama kesetiaan. ewah! :)


Mungkin ada di kalangan masyarakat yang merasakan bahawa bercinta selepas berkahwin merupakan suatu perkara yang tidak praktikal pada zaman sekarang. “Macam mana kau nak kenal dengan bakal bini kau? Kau ingat kahwin ini senang ke? Kita kena kenali siapa yang akan kita jadikan teman sehingga ke akhir hayat. Perlu saling mengenali dulu dan faham memahami, baru ada bibit-bibit bahagia," kata seseorang tu.

Betul... Aku pun berpendapat bahawa perlu untuk kita mengenali pasangan kita terlebih dulu sebelum kita dapat membina mahligai bahagia. Realiti, bercinta tidak sesekali akan membuatkan kita mengenal bakal pasangan kita dalam erti kata yang sebenarnya.

Tak setuju?




Seseorang yang sedang bercinta tidak lebih dari seseorang yang sedang berlakon.Ya, seseorang yang sedang bercinta sememangnya hidup dalam keadaan lakonan. Mereka bukanlah mereka yang “sebenarnya” di hadapan bf/gf mereka.


Buktinya adalah, seseorang yang cukup kasar gaya percakapan di hapadan rakan-rakan, boleh berubah menjadi seorang yang paling lemah lembut dalam tutur kata bila ditelefon oleh si buah hati *banyak dah aku tengok insiden ni. pijak semut tak mati wei! huhu*. Tapi aku suka lebih sikap keterbukaan dalam hubungan. bukan maksud aku tu terlalu slumber sampai takde rasa malu. Just be yourself la. behave bila perlu ikot situasi. Yang penting kita selesa & serasi bila kita dengan pasangan kita tu..ok? :)


Daripada pemerhatian yang dapat simpulkan bahawa seseorang yang sedang bercinta bukanlah mempamerkan dirinya yang sebenar. Dia hanyalah jelmaan kepada “insan sempurna” yang diingini oleh pasangannya. Persoalan hati susah untuk ditafsir. Tapi, sekali jatuh cinta, peliharalah perasaan itu. Ingat, cinta perlukan matlamat dan tujuan yang jelas. Matlamat dan tujuan yang jelas itu adalah untuk membina sebuah keluarga yang diredai-Nya. Bukan cinta yang dihiasi denngan janji manis yang kosong belaka. Bercintalah untuk berkahwin la senang cakap.


Jodoh pertemuan itu urusan Allah. Apa yang termampu, berdoalah sepanjang masa semoga dikurniakan pasangan yang baik agar dapat melahirkan zuriat yang baik juga. Jodoh juga tidak datang bergolek tanpa usaha. Ni pesen ayat mak aku jugak "jodoh tu bukan datang bergolek-golek depan kita. doa tu memang la doa. tapi usaha tu kena jugak"...haaaaa...gituh! Mak sekarang dah semakin serius cakap pasal jodoh nih..aiyoyo! :D


And Last but not least...

Agak tertarik dengan perkongsian ustaz yang merupakan ahli panel forum kat tv tentang pengalaman di hari pernikahan. Aku tak ingat program ape. sebab dah lama dah. Saat menyentuh isteri yang pada ketika itu menjadi halal untuk seumur hidup, sindrom menggeletar tidak dapat dielakkan. Hahaha.memang lawak la ustaz tu. Kenapa menggeletar? *bongok tak soalan ni? :D*


Ustaz tu cakap :

Cuba anda bayangkan, anda menyentuh buat pertama kali wanita yang tidak pernah anda sentuh melainkan mahram anda. Anda menyentuh buat pertama kali wanita yang akan menemani anda seumur hidup. Anda menyentuh buat pertama kali wanita yang anda cintai walau tidak pernah ada pertemuan antara kalian. Anda menyentuh buat pertama kali wanita yang akan melahirkan zuriat untuk anda.


Paling ingat, pesan panel tersebut "Indahnya perasaan itu tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Bercintalah selepas berkahwin. Setiap hari akan dipenuhi rasa cinta kerana setiap hari anda mengenal sesuatu yang baharu terhadap pasangan anda. Bercintalah selepas berkahwin kerana anda bebas melakukan apa saja tanpa terikat dengan batas agama, malahan anda mendapat gandaan pahala yang amat besar,"




Jika mahukan pasangan yang baik,
perbaikilah diri terlebih dahulu.
Jangan terlalu mencari kesempurnaan,
tetapi terimalah dia seadanya
Kejarlah cinta Allah, cinta manusia akan mengejar kamu.





p/s : So awak2 semua ni dah buat keputusan? nak before ke after? heh~
*semakin seronok dengar pasal motivasi2 ni. :)*