Thursday, July 21, 2011

Stalker....best tak?



Hello stalkers! Yes. You. Kamu. Jangan buat-buat tak tau. Jangan nak buat muka seposen yeh. Jangan buat mimik2 muka apa pun. hahahaha :D





Cakap pasal Stalkers ni, korang pernah jadi stalker tak? Tak perlu lah yang sampai menghendap orang mandi semua tu. Zaman cyber macam ni, orang suka stalker kat Facebook, Blog, Flickr, Twitter dan lain-lain yang sewaktu dengannya. Best ke jadi stalker ni? haaaa...kawan2 aku ramai jugak yang suke jadi stalker ni. dorang suke stalk dorang nye ex-gf and ex-bf and dorang juga suke stalk bf/gf dorang punye ex-gf/ex-bf *paham tak ayat aku ni?* sebab katenya mendapat satu kepuasan. agagagagaga~ :D


Boleh tak kite stalking on our bf? Heyyy sapa kata tak boleh tu? Korang ni. Memang la kita kena trust each other. But, everything yang pasangan u cakap tu uols percaya 100% ke? Helloooo.. Kalau drama swasta tu nak jadi, jadi jugak.. Percaya sangat pun tak bleh. Sometimes kita kena jadi STALKER! hahahaha..gitu la bak kate membe sorang tu. :D


Tipulah kalau kamu kata kamu tak gemar stalk profile/blog/twitter sesiapa. Tapi, bila diri tuh dah mengada sangat pi stalk profile orang, so sebarang perasaan sakit jiwa yang melanda nanti sendiri kena tanggung la kan. Yang kamu pergi cari penyakit kenapa? ngaaaa~ Contoh macam kalau kita ade admire kat seseorang tu, pastuh bila kita dapat tau dia tu sebenarnya dah ade bf/gf pastuh bf/gf die tu lagi hot plak dari engko. haaaaa..saket hati kan? :D Sebab seperti sedia maklum, kalau kita stalk lebih-lebih, hasilnya akan menyakitkan hati. So better for me untuk diam and go with the flow. Pura-pura macam tak tahu je. Haha padahal bengkak siot hati uwaaaa... T__T.


Tapi kalau kamu jenis yang curious, then bila dah find out yang benda tu menyakitkan hati, kau janganlah pergi serang si polan tu tak tentu hala. Annoying tahu ke? Bagi aku, kalau hati tu tak cukup kering, tak payah jadi stalker. Teheee~~ :) Ada macam-macam lagi alasan yang boleh membuatkan seseorang tu menjadi stalker. Ada yang suka-suka. Ada yang memang sengaja nak tahu cerita. Ada yang sangat curious nak tahu tentang seseorang. Ada yang cinta dalam diam. (Ini bahaya! haha)


Maka, apabila orang nampak dan bercerita, maka orang mahu mencari bukti kebenaran sesuatu yang diperkatakan. Biasalah, masyarakat sangat suka mengambil berat antara satu sama lain.Tapi ini suatu gejala yang tidak berapa sihat. Ada yang kate stalker ni salah satu aktiviti untuk exercise kan hati. Tapi, ramai yang seronok menjadi stalker. Tidak kurang, pemilik blog ini juga.haha. Sebab, dengan jadi stalker, kawan-kawan yang dah lama berkurun tak jumpa, nak tahu perkembangan, tak lain tak bukan, view la facebook dia, gambar, status semua ada, tak perlu tanya lebih-lebih. Tahu dah dia macam mana keadaannya.

Aku rasa semua ada je terlibat dengan stalker ni, mengaku tak, mengaku tak? baik mengaku. hehe



P/s: Yes. I’m a stalker too....Haaa.....korang dah habis baca pun tak nak mengaku gak. Malas ah layan korang. Tidur lagi BEST. Bye. *haha* Eh...xbole tido lagi. nak sambug tengok abang Lampard main bola ni. :D ape pun support tigers!